Anggap macam season 2 EC. Kerana mereka sudah dewasa. *Lap air mata dengan tisu.•••
Zayan Delaila, 23.
Laila berdiri di hadapan pagar tinggi Perumahan Guru IAF. Bag bagasi beroda empat dia letak bersebelahan dengan dirinya. Dan beberapa kotak barang lainnya.
Buat kali terakhir dia memandang kembali bangunan yang menempatkan tenaga pengajar Institut Akademik dan Al-Qur'an, Al-Furqan itu.
Tugasnya di sini sudah selesai. Setelah menghabiskan zaman belajar dan praktikalnya di sini,
pada akhirnya Laila memutuskan untuk berhenti dan melamar sebagai tenaga pengajar sementara di sebuah perkampungan asli yang masih dalam tempoh pemajuan di bawah seliaan Tim Penegak Tamadun Muslim Nusantara, TPTMN.Di saat rakan-rakan seperjuangan Laila yang juga lulusan IAF, sama sepertinya sudah selesa dengan kerja tetap mereka. Di sini Laila bahkan meluncutkan gelaran bakal 'guru' miliknya di institut berprestij ini.
Dan lebih memilih untuk menempuh jalan berlumpur dan cerun bukit semata-mata untuk menjadi pendidik kepada anak-anak asli nun jauh di pedalaman sana.
Memilih untuk keluar dari zon selesa dan terjun ke tengah hutan tebal yang masih belum diterokai itu.
Entah kenapa keputusan gila ini yang dipilihnya.
Sudah hilang akalkah dia? persis seperti yang dikatakan Zahra kepadanya sebulan yang lalu ketika dia menyuarakan keputusan akhirnya.
"Zay, kau ni dah hilang akal gamaknya."
Laila tergeleng kecil mengingatkan sahabatnya yang seorang itu. Kemana perginya? kelibat Zahra belum kelihatan, sudah cukup lama Laila berdiri tercongok di depan pondok pengawal ini.
Zahra menawarkan diri untuk menghantar Laila ke kawasan pedalaman asli Desa Kayak.
Pada awalnya Laila sudah berusaha untuk menolak dan tidak setuju dengan pelawaan dari Zahra itu.
Kawasan yang bakal ditempuhinya untuk menuju Desa Kayak sangat merbahaya.
Laluan jalan utamanya masih laluan tanah biasa tanpa tar yang menutupi.
Tambahan lagi kedudukan Desa Kayak sendiri berada di antara dua ceruk bukit yang baru ditemui keberadaannya dan masih belum diteroka secara menyeluruh.
Jalan yang akan mereka lalui nanti terletak betul-betul bersebelahan dengan tebing bukit dan sungai kecil yang mengalir dari atas bukit. Bagaimana Laila hendak bersetuju jika dia sendiri juga tidak tahu halangan apa lagi yang bakal menantinya di sana.
Tapi Zahra sekerasnya membantah penolakan Laila dengan mengatakan bahawa dia bukan berseorangan. Adik lelaki Zahra yang akan menjadi pemandu dalam perjalanan mereka nanti.
Lega Laila mendengarnya.
Apa lagi pilihan yang dia ada selain bersetuju dengan tawaran itu.
Kerana jika dia harus pergi ke sana dengan mengikut rombongan TPTMN, maka dia perlu menunggu sekitar dua atau tiga minggu.
Sedangkan Laila sebolehnya tidak mahu menunggu lagi. Dia khawatir hatinya tiba-tiba berubah.
Kerana kali ini dia sudah benar benar nekad dengan keputusannya menyumbang usaha dengan menjadi tenaga pengajar sementara di sana.
"ZAYAN!"
Laila toleh ke arah suara itu. Hujung bibir Laila ternaik sedikit ketika terpandangkan kereta Ford Ranger hitam di sisi jalan.
YOU ARE READING
EMPTY CAN
Teen Fiction▪ Dalam tempoh pengeditan. Maaf kalau ada yang keliru di tengah pembacaan.▪ Re-edit Empty Can. Di dalam dunia ini terlalu banyak perkara yang mengelirukan. Dan tiada penjelasan untuknya. Kadang ketika kau tersenyum, terasa lebih perit dibanding ket...