16 - Tak Berminat

518 96 38
                                    

Sehari semalam meluangkan masa bersama Cik Ita, sedikit sebanyak membuatkan Laila makin selesa. Kalau pada mulanya dia sedikit teragak agak hendak berbual ramah dengan Cik Ita, kini tidak lagi.

Mereka masak bersama, bersahur bersama, solat berjemaah bersama, bertadarus bersama. Hanya dia dan Cik Ita.

Jadi, tiada alasan lagi untuk Laila merasa canggung ketika duduk dengan Cik Ita nya. Lagipun Cik Ita sangat baik dan memahami. Cik Ita tahu bahawa Laila sedikit kekok. Laila kurang bercakap, susah untuk mesra dengan orang. Namun begitu, layanan ikhlas sepenuh hati dari Cik Ita, cukup mencairkan hati si gadis yang pendiam.

"Ila, sudah sudah la tu. Biarkan aje periuk tu diatas dapur. Nanti nak masuk waktu berbuka, baru kita hidang. Meh sini, duduk dulu dengan Umi." Cik Ita menepuk kerusi meja makan kosong disebelahnya.

Laila yang tadinya ralit mengacau pengat diatas dapur gas, terhenti. Tersengih saja dia memandang Cik Ita.

Jujur dia katakan, dia bukanlah tipikal gadis remaja yang mahir bab memasak didapur, tadi pun Cik Ita yang banyak membuat kerja. Mungkin Cik Ita sedia maklum, betapa kekoknya Laila hendak membuat kerja kerja didapur.

Buktinya sekarang, dia sendiri tidak tahu apa yang dia sedang lakukan. Diaduknya pengat pisang didalam periuk itu, tanpa dia sedar rupa pengat pisang yang tadinya elok sekarang sudah separa lebur dibuatnya.

Haih lah Zayan DeLaila.

Mungkin sebab itu juga Cik Ita menyuruhnya membiarkan saja periuk pengat itu disitu. Lihat betapa halusnya cara Cik Ita menegur remaja muda seperti Laila. Tak mahu Laila makin merasa kurang yakin dan malu dengan kemampuannya membuat kerja kerja dapur.

"Cik.. Ermm, Cik Ita-"

"Umi. Umi Laila." Tegur wanita berusia itu lembut.

Sejenak Laila memandang raut wajah dihadapannya itu, liur ditelan perlahan.

"U-Umi, ermm.. tak nak hidang untuk Babah dan orang rumah depan ini sekali ke?" Teragak agak Laila menyakan itu.

"Boleh juga, untuk Babah dan anak bujang Babah, Ila hidangkan dalam bekas Tupperware hijau tu. Lepastu, letak je dekat atas tiang larik depan sana. Pandai pandai lah diaorang datang ambil nanti." Cik Ita melirik sekilas pada Laila yang terjinjit jinjit hendak menggapai bekas Tupperware diatas kabinet.

"Assalamualaikum. Umi.. ooh Umi."

Sedang Laila leka mengisi bekas hijau dengan pengat pisang yang masih berasap panas itu, hampir saja pegangan tangannya terlepas sebaik mendengar laungan salam suara garau lelaki dari luar pintu dapur.

"Waalaikumsalam Mi, hah. Dah kenapa tiba tiba muncul dekat pintu belakang ni? Babahnya mana?" Umi menyoal si anak bujang yang masih elok berdiri dipintu luar dapur.

"Babah tengah bersembang dengan kawan dia dekat depan. Mi bagi salam ikut pintu depan tadi, no respon. Jadi Mi lalu lah ikut belakang ni." Kedengaran suara garau jejaka itu makin mendekat, Laila masih tegak berdiri kaku seperti patung cendana didepan dapur gas.

Kedengaran bunyi plastik diletakkan diatas meja makan.

"Apa tu?" Tanya Cik Ita.

Laila tetap saja seperti tadi, kepala langsuh tidak toleh belakang. Segan. Malu. Entah, semua dia rasa.

Walaupun dia tidak tahu langsung siapakah gerangan anak bujang Babah itu, tapi dengan keadaannya yang menumpang dirumah ini. Dengan Babah dan anak lelakinya terpaksa menginap dirumah yang berlainan bumbung dengan Cik Ita, sangat membuatkan perasaannya bercampur baur.

Dan dia harap tika ini, kewujudannya didapur tidak disedari oleh sipemilik suara garau tadi.

"Babah ada beli bahan mentah sikit tadi masa singgah dekat bandar. Ini yang Mi datang hantar dekat Umi. Ada juga kuih muih dari bazar, harapnya kena lah dengan selera Umi dan--" kata katanya tergantung.

EMPTY  CANWhere stories live. Discover now