PROLOG

1.8K 44 10
                                    


RUTIN malam Aireen menyanyi di pentas kecil lounge hotel ternama, Hotel DW. Dia tahu apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepasnya. Bermanis muka kerana senyumannya bisa membuatkan punggung mereka melekat di kerusi hingga larut malam.

Pandangan mata tertangkap pada sekujur tubuh yang berada di penjuru lounge. Hampir setiap malam dia berada di tempat yang sama. Walhal tiada namanya melekat di meja, tapi tiada pengunjung yang berani memilih tempat itu jika dia terlewat. Seperti ada sekatan yang menghalang ke sana. Sedangkan itu adalah paling strategik. Tersorok tetapi menghadap pentas.

Sombong! Itu tanggapan pertama Aireen.

Si dia ibarat patung bernyawa. Tegak sahaja duduknya. Tak pernah sekali pun patung itu bertepuk tangan, malah senyum pun mungkin tak ada dalam kamus hidup. Jika berdiri tangan akan berada di dalam poket seluar atau bersilang kemas di dada. Hanya menambahkan dosej kesombongannya.

Muka kacak tetapi jika tiada senyum tak ubah seperti tempe Mak Minah yang melepasi tarikh luput. Masam dan busuk. Walau hakikatnya si dia adalah tempe paling wangi dalam dunia.

Ah! Pemilik hotel bertaraf lima bintang, mana mungkin hendak bertepuk tangan. Boleh kematu atau patah jika kedua tapak tangan itu bertemu.

Mungkinkah sejarah pertemuan pertama mereka tidak berakhir dengan baik?

Rasa berpasir liur yang melalui kerongkong. Aireen ketap bibir.

Jika mereka diperkenalkan lebih awal, tentu insiden berebut treadmill di gim tidak akan berlaku. Dia rela berlari lima pusingan mengelilingi hotel kerana jelingan maut pemilik DW membuatkan hatinya lupa diri.

"Ai, kita ada discussion selepas ini. Jumpa di coffee house in ten." Sapaan Zul menghilangkan makian di dalam hati terhadap lelaki yang telah berlalu pergi.

Ah! Seorang lagi... tak pernah reti tengok jam.

12.30 pagi. PAGI. PAGI. Bukan tak biasa berjaga sehingga ke Subuh. Tetapi malam itu matanya tak larat nak berjaga lagi. Gara-gara saka mata mengajak dia berlawan mata dengan si Tuan Sombong.

Pandangan mata tajam mengalahkan pedang samurai. Mujur tak buta matanya.

Eloklah tajam, tertusuk terus ke dalam hati. Bak kata orang tua, dari mata jatuh ke hati. Kata orang tua lagi, angan-angan biar sampai ke bulan manalah tahu ada putera raja menanti. Dah namapun DW. DW itu akronim bagi Dream World.

Dalam mimpi ajelah, Aireen...

MELODI HATIWhere stories live. Discover now