Random Teaser 2

1.3K 32 17
                                    

"Aireen Arshat! What are you wearing!?" Iqbal menjerit melihat Aireen hanya berseluar dalam dan sport bra di dapur. Bukan main punggungnya melentik apabila pinggul bergoyang mengikut rentak muzik yang masuk ke telinga.

Bahayanya kondominium ini, sebaik melangkah pintu masuk rumah akan sampai di ruang dapur dahulu. Dan lebih membahayakan apabila penghuninya suka- suka berlegar di dalam rumah tanpa mengenakan apa- apa baju.

Sedangkan sebelum ini, hendak turun dari katil pun Aireen berusaha mencapai pakaian yang jatuh di lantai. Baju atau boxernya pun Aireen sanggup sarung asalkan badannya berbalut.

Ah! Budak kecik ni. Sudah tahu apa yang bakal berlaku nanti. Baju kerjanya bakal berganti yang lain.

"Kut ya pun tuan nak menjerit tutuplah pintu rumah dulu." Aireen melirih manja, spontan sebelah tangan melintang di dada sebelah lagi turun ke bawah pinggang. Tak guna menutup dua tempat itu jika bahagian lain mata dijamu tanpa sekatan.

"Kalau orang lain masuk macam mana?" Iqbal melipat lengan baju hingga paras siku. Gelas yang berisi air jus buah di kaunter dicapai. Diteguk sehingga habis. Minuman yang dituang oleh Aireen. Tak sempat diminum kerana dia muncul.

Aireen menarik earphone dari telinganya. Tidak jangka Iqbal akan pulang, sebab itu dia hanya memakai pakaian dalam sahaja untuk mengeringkan peluhnya. Dia baru sahaja selesai melakukan senaman.

"Dahaganya... mengalahkan saya baru lepas berlari 5 kilometer." Aireen senyum mengusik, apabila gelas yang telah kosong dihulurkan kepadanya. Gelas yang sama dia isi air kosong dari penapis air.

"Dahaga kau." Iqbal mengetap rahang. Melihatkan isterinya sedang meneguk air, halkumnya pula yang bergerak sama. Seperti air kosong itu yang melalui kerongkongnya.

Tahu dia sedang diperhatikan oleh mata helang yang menanti masa untuk menerkamnya, lidah sengaja menjilat bibir sebaik saja gelas diletakkan di kaunter.

"Sengaja, kan." Rasa tercabar, minum air kosong pun nak menggodanya. Lidah yang menjilat bibir itu memang perlu mendapat habuannya.

Siapa masih ingat part ni 👆👆

😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Berminat nak dapatkan MELODI HATI boleh WhatsApp saya 0126323076

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MELODI HATIWhere stories live. Discover now