BAB 6

1K 25 9
                                    


MALAM itu Aireen mendapat pelepasan awal dari Zul. Andrew selaku rakan duetnya akan mengambil tempat untuk separuh masa kedua.

Rasa tak sedap badan. Mungkin kerana beberapa hari dia kurang rehat kerana ke sana ke mari. Tidurnya jadi tak menentu.

Tadi pun sepanjang petang dia meluangkan masa bersama ayahnya. Kembali ke hotel sejam sebelum persembahan bermula. Tak sempat untuk berehat.

Malam itu, Cef Badrul kekurangan pekerja di bahagian Kitchen terpaksalah Dilla sukarela mengambil makanan mereka sendiri. Sementara menunggu Dilla kembali di duduk rehat di sofa.

"Oo... jadi di sinilah akak menyorok selama ni? Banyak kali telefon buat tak endah sahaja." Aiza muncul di bilik persalinan terus menyinis menyerangnya.

Ada Dilla dan seorang lelaki yang tidak dikenali di belakang Aiza.

Itu tentu Farid. Lelaki yang dikatakan sering bersama Aiza di Politeknik.

Betullah apa yang dia dan Dilla sangkakan. Aiza mengikut lelaki itu.

"So?" Aireen berlagak tenang.

Tekad Aiza mencarinya apabila panggilan sekadar missed call yang dibuat tak dilayan. Tentu duit tinggal beberapa sen sahaja dalam kantungnya.

"Tak sangka akak cari duit dengan kerja terkutuk. Jual diri!" Herdikan dihambur Aiza, bengang kakaknya masih boleh berlagak biasa. Sedangkan ketika dia tiba di hotel itu, lemah lututnya melihat gah tempat itu.

Lebih menyakitkan hati apabila terlihat kakaknya sedang gembira menyanyi di atas pentas. Ada pula beberapa pasangan menari di lantai dansa. Sudah rupa di kelab malam pula tempat itu.

Aireen menarik nafas dalam-dalam. Tersentap dengan tohmahan Aiza.

Jika petang tadi, Hakim menyangka Aireen terdesak mahukan duit sehingga memberi tawaran supaya dia menjadi pendamping. Dan, segala bayaran pengajian, Hakim akan lunaskan. Aireen masih dapat bertahan. Mengerti kawan sekuliahnya tidak tahu apa-apa tentang nasib dirinya.

Namun, kali ini apa yang terbit dari mulut Aiza terlalu perit dan pedih.

"Baru sekarang Aiza nak ambil tahu? Selama ni minta duit, ada fikir dari mana akak dapat?" Aireen memulang buah keras, tidak tahu berapa lama dia dapat berlagak kuat. Hatinya sedang disiat-siat oleh adiknya.

"Jadi selama ini, ayah dan Aiza makan haramlah?!" Tempelak Aiza.

Berdesing telinga mendengar itu, Aireen beristighfar panjang.

"Aiza ingat akak apa? Pelacur? GRO? Tak tahu nak beza halal dan haram?" Aireen bangun berdiri. Kecewa bila dihina oleh adik sendiri.

"Kalau tahu halal haram, kenapa ada di sini? Kenapa pakai seperti perempuan sundal? Tak malu ke?!" Tebak Aiza.

Tidak cukup dihina, dia dipandang jijik pula oleh si Aiza. Aireen mendongak kepala, menarik nafas panjang. Menahan air dari gugur di hadapan orang yang tidak tahu menghargai.

"Kalau tak tahu apa-apa, baik Aiza diam. Jangan buat kacau tempat kerja akak." Suara Aireen sudah terketar menahan sabar, cuba untuk mengelak bertemu mata dengan adiknya.

Aireen mencapai baju kardigan. Mahu keluar dari bilik itu tetapi langkahnya dihadang.

"Kenapa? Takut pelanggan akak lari? Malam ni tak dapat menyundal! Padanlah akak tinggalkan ayah di rumah orang tua. Supaya dia tak tahu perbuatan terkutuk akak ni!" Herdik Aiza. Rasa kemenangan apabila kakaknya mengalah.

"Aiza! Tak baik tuduh Kak Ai macam tu!" Akhirnya Dilla mencelah. Padanya, Aiza sudah melampau.

"Kak Dilla diam! Sanggup Kak Dilla bersubahat dengan akak? Atau Kak Dilla sama juga?" Aiza menyergah, menjeling tajam pada Dilla.

MELODI HATIWhere stories live. Discover now