Fast Forward 2

1K 23 2
                                    

----->>> Scene yang tak ada dalam versi sebelum ini <------

"Awak siapa?" Soal wanita yang hampir sebaya dengan ibu mentuanya, mengundang sepi seluruh rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak siapa?" Soal wanita yang hampir sebaya dengan ibu mentuanya, mengundang sepi seluruh rumah.

Aireen mengetap rahang. Itu adalah soalan yang paling lemah untuk dijawab apabila berada di sekeliling ahli keluarga besar Iqbal yang baru dia kenali.

Malam tadi ketika tiba di rumah agam itu, nenek Iqbal berada di ruang tamu bersama dengan yang lain, soal perkara yang sama.

Sudah lewat malam, tetapi penghuni rumah itu belum masuk bilik. Iqbal salah percaturan. Ingatkan dapat menyeludup Aireen masuk ke dalam rumah secara senyap.

"Kawan Hana. Hana minta Aireen tolong gubah dulang hantaran." Hana tampil menyelamatkan keadaan. Sama seperti semalam juga, Hana sudah bersedia dengan jawapan untuk sesiapa sahaja yang bertanya.

Pernikahan rahsia.

Rahsia sehingga saudara-mara, sepupu-sepupu pun tak tahu.

Bukan senang Aireen nak beriak apabila menjadi orang asing dalam keluarga besar itu. Dia canggung nak membawa diri. Tak berani nak mengangkat muka atau mencelah perbualan sepupu- sepupu Iqbal walaupun ada antara mereka sebaya sahaja dengan dia.

"Budak kecik, buatkan air kopi." Iqbal muncul di dapur ketika Aireen sedang duduk di kaunter pulau. Melarikan diri dari sepupu-sepupu Iqbal yang banyak bercakap dari tangan membantu. Kompelin sangat pandai.

Seorang kata kurang bunga, seorang lagi minta tambahkan daun. Datang seorang lagi minta lilitkan reben. Itu untuk dulang hantaran sahaja. Belum lagi bunga telur yang disusun pada tapaknya.

Aireen rimas. Lebih baik dia ke dapur membantu Mak Pah sediakan hidangan tengah hari. Tempat itu tidak ada siapa yang tuju. Siapa nak berpeluh dengan minyak, jari melekat bau bawang yang dipotong atau pijar kerana lada yang dipegang. Bertuah jika ada yang masuk membantu.

Lagi menambahkan lemas di ruang dada Aireen yang mulai ketat apabila makcik-makcik Iqbal berkumpul dan membuka topik tentang langkah bendul.

"Tak sangka, Angah yang dulu kahwin. Dulu arwah Zakwan beria-ia pesan jangan langkah bendul. Biar Along nikah dulu baru adik-adik yang lain menyusul. Kau dah lupa ke, Som?" Seperti dijangka akan ditembak begitu, si ibu hanya tersenyum sahaja dan mengerling pada Iqbal.

Tak pasal-pasal Aireen pula yang panas bila Puan Sri Kalsom diserang begitu.

"Tanyalah pada empunya diri."

Aireen ternanti juga jawapan dari mulut Iqbal bila ibunya berbalas begitu.

"Jodoh Angah dah sampai, biarlah dia kahwin." Tanpa rasa Iqbal menjawab.

Jawapan selamat pada Iqbal tetapi mengundang seribu rasa dalam diri Aireen. Bukan hanya untuk mak saudara yang sibuk bertanya, tetapi jawapan Iqbal itu tertuju kepada Aireen juga.

Dia bukan jodoh Iqbal? Jodoh Iqbal belum sampai? Aireen menahan hati dari meraung.

Malam tadi, perwatakan Iqbal seperti supermoon, terang dengan cahaya yang membahagiakan Aireen. Tapi ketika ini, perwatakan Iqbal adalah sisi lain si bulan. Tidak bercahaya langsung. Gelap!

Tuk! Tuk! Jari Iqbal mengetuk permukaan kaunter pulau cuba menarik perhatian Aireen yang duduk kaku, tidak bertingkah tatkala dia menegur meminta minuman.

"Hah? Tuan nak apa?"

Setelah Iqbal memetik jari di hadapan mata, barulah Aireen kembali ke realiti dan mendongakkan kepala memandang ke arahnya.

Iqbal mengetap rahang. Nyaris sahaja hidung comel Aireen hendak ditarik jika dia masih mengelamun.

"Air kopi." Kerah Iqbal. 

Aireen mengangguk-angguk.

"Tadi siapa yang buat? Tak sedap." Sungut Iqbal.

"Saya." Ujar Aireen perlahan. Dia bingkas bangun mengelak dari mata mereka bertembung.

Di dapur, cuma ada Mak Pah pembantu rumah yang sedang siapkan bahan untuk makan tengah hari. Sempat Aireen membantu memotong sayur sebelum duduk termenung di kaunter pulau.

"Kenapa tak macam selalu?" Omel Iqbal, mengambil tempat Aireen. Mata tak berganjak dari Aireen yang berdiri membelakanginya di kabinet.

Tiada jawapan dari si isteri. Sama ada ralit membuat minuman untuknya atau sambung mengelamun di situ pula.

"Kau okey?" Tanya Iqbal apabila muk yang berisi minuman yang diminta mendarat di hadapannya. 

***************************************************************

Nak peluk Melodi Hati boleh place order dengan saya, pihak Penerbitan Idea Kreatif atau novel seller.

WhatsApp saya 012-6323076

Atau boleh juga dapatkan MH bersama koleksi novel saya yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Atau boleh juga dapatkan MH bersama koleksi novel saya yang lain...

Atau boleh juga dapatkan MH bersama koleksi novel saya yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ini hanya utk belian dengan saya SAHAJA ya... 👇👇

Seperti biasa ada free gift istimewa untuk yang dapatkan naskah MH dari saya 💕

MELODI HATIWhere stories live. Discover now