Fast Forward 3

1K 21 10
                                    

Tak ada dalam versi WP sebelum ini....

Suasana majlis perkahwinan yang menjadi idaman semua pasangan mempelai kembali di ingatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana majlis perkahwinan yang menjadi idaman semua pasangan mempelai kembali di ingatan.

Apabila Aireen melangkah masuk ke dalam dewan, mata tercari-cari kelibat Iqbal. Tak sukar kerana tuan rumah memakai baju Melayu bertema biru muda. Hanya dua orang lelaki sahaja yang memakai baju Melayu berwarna itu, iaitu adik iparnya, Izzat dan Iqbal.

Ketika Aireen menyusun langkah ke arah Iqbal, ada wanita cantik datang menghampiri suaminya. Laju tangan wanita itu menyelit di lengan Iqbal. Kelihatan mesra seperti sudah lama saling mengenali.

Canggung jadinya langkah Aireen. Dia menyembunyikan diri sambil mata memerhati ke arah mereka. Meneliti atas dan bawah kelibat yang mendampingi suaminya.

Penampilan elegan, mengenakan busana sedondon dengan Iqbal. Tak ubah seperti pasangan suami isteri. Sangat manis ketika tersenyum. Dan mengekor sahaja ke mana Iqbal pergi.

Adakah itu 'Ex-Along' yang Mak Lang rancak bercerita? Aireen mengangguk sendiri. Padanlah Iqbal tidak boleh lupakannya walau sudah lama mereka berpisah.

Tidak mahu tercekik ketika makan nasi minyak, Aireen menukar arah ke meja yang dikhaskan untuk kumpulan TS.

"Jangan tanya kalau tak mahu sakitkan hati sendiri." Zul bersuara, apabila Aireen memandang ke arahnya. Faham sangat maksud pandangan Aireen kerana mata mereka tertuju di tempat yang sama.

Tahulah Aireen kenapa Iqbal mengabaikan segala panggilan yang dibuatnya.

Bunyi kuat tiupan saksofon oleh Azizi menyentakkan lamunan Aireen. Hilang kisah canggungnya di majlis perkahwinan gilang gemilang. Dia kini berdiri di atas pentas, kelemasan. Andrew sudah mengambil tempatnya. Aireen berganjak ke belakang. Dia buat silap lagi.

"Go home." Itu sahaja yang dia dengar dari mulut Zul yang tidak memandang ke arahnya. Dia tahu Zul sedang menahan marah. Terlalu banyak dia buat silap malam ini.

Bukan disuruh take five seperti selalu tetapi Aireen diarahkan pulang.

Tegak Aireen duduk di kaunter bar, menanti pelayan memberikan minuman mineral untuknya. Berharap Zul ubah fikiran memanggil dia naik ke pentas semula. Dia tidak tahu ke mana hendak tuju malam itu.

Dilla tidak ada di rumah kerana berkursus di Langkawi. Sudah dua malam. Nampak gayanya dia bermalam di hotel lagi malam nanti.

Go home. Bukan naik ke bilik hotel. Aireen melepaskan helaan nafas panjang.

Apa guna dia balik ke rumah jika Iqbal balik lewat darinya. Adapun, Iqbal menganggap Aireen tak wujud. Tak peduli pun ke mana Aireen pergi kerana setiap kali Aireen mesej minta izin tidak pernah dibalas.

"Sad isn't it?" Izzat muncul dan duduk di sebelahnya. Bezanya Izzat menghadap lounge.

*****************************************************************

Berminat untuk peluk novel Melodi Hati boleh dapatkan dengan dengan saya atau Penerbitan Idea Kreatif dengan harga promosi kombo bersama novelist Hera Hasim, Mengejar Sempurna.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Atau boleh juga dapatkan dengan saya untuk kombo novel-novel saya yang sudah terbit. 👇👇👇

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Berminat boleh mesej saya di 012-6323076

Seperti biasa, pembelian dengan saya akan diberikan gift istimewa 💕💕

Penghantaran akan dilakukan pada minggu pertama Julai... 

MELODI HATIWhere stories live. Discover now