Fast Forward

1.2K 32 22
                                    

Tet... tet... tet.... fast forward  sampai mereka lepas nikah... 😘😘😘

"So, can I have my tie now?" Sambil-sambil sudu bertukar tangan, habis dua pinggan nasi goreng

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"So, can I have my tie now?" Sambil-sambil sudu bertukar tangan, habis dua pinggan nasi goreng. Air kopi juga bertambah. So heavy and so kampung, berjaya buat dia bersandar kenyang.

"Wait... aku terlupa wallet di bilik." Belum sempat Aireen menghulur tali leher, Iqbal bingkas bangun, laju langkah menuju ke bilik.

Jika beg pakaian dan beg kerja Iqbal dia masih berani sentuh. Sediakan di muka pintu rumah agar si suami tak lupa. Tetapi dompet, dia tak berani. Walaupun ada di meja solek bersama koleksi jam berjenamanya.

"By the way..." Iqbal kembali dengan dompet di tangan. Sekeping kad yang terselit dikeluarkan. Lantas dihulurkan kepada Aireen yang sedang membersihkan pinggan makan mereka di singki.

"Apa ni?" Aireen menutup pili air, kain lap yang berada di tepi singki dicapai dan tangan dilap kering sebelum menyambut kad yang dihulur Iqbal. Setakat kad nama tak perlulah. Dia tahu di mana suaminya bekerja.

"Supplimentary credit card. Unlimited. Kau nak beli apa-apa pakai kad ni."

Aireen ternganga.

"Unlimited?"

"Kau kan beria nak tahu berapa kau dapat bila kahwin dengan aku." Kata-kata Iqbal membuatkan Aireen tersengih.

Ketika di Tanjung Mas tempoh hari, dia ada mengugut Iqbal. Bertanyakan berapa bayaran yang akan diberikan jika dia setuju untuk berkahwin. Tak sangka Iqbal masih ingat gurauannya.

"Saya bergurau je tuan. Tak payahlah. Saya nak beli apa-apa nanti saya minta dengan tuan." Kad itu dihulurkan kembali dan kepala digelengkan berkali-kali.

"Ambil sahaja. You might need it." Iqbal meningkah.

"Offer unlimited tu menarik. Tapi takkan saya nak beli jajan di kedai runcit bawah nak bayar pakai kad. Cash ada tak?" Aireen mencebik. Tidak teruja dengan kad yang tiada had itu.

Iqbal mengetap bibir. Dompet dibuka kembali. Beberapa not 100 dikeluarkan.

Bulat mata Aireen, apabila kepingan itu berada di tangannya.

"Banyak sangat ni. Bukan saya nak borong jajan satu lori. Sepaket dua je."

Iqbal berdengus. Banyak pula cekadak budak kecikni.

"Nak ke tak nak? Tak nak aku ambil balik semua." Iqbal mengugut. Senang!

"Okey, saya ambik. Orang tua-tua kata tak baik tolak rezeki. Terima kasih, tuan." Aireen kenyitkan mata pada Iqbal. Duit dilipat dua bersama-sama kad kredit itu, lalu diselitkan masuk ke dalam baju.

Terbuntang mata Iqbal melihat gelagat Aireen seperti mak-mak di kampung yang baru mendapat duit kutu. Duit diselitkan dalam bra.

"Keluarkan balik duit tu. Tukar." Iqbal membuka sekali lagi dompet duitnya.

MELODI HATIWhere stories live. Discover now