Random Teaser

1.1K 28 3
                                    

"Dah lama kahwin baru nak tanya berdengkur atau tak?" Iqbal ketawa kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah lama kahwin baru nak tanya berdengkur atau tak?" Iqbal ketawa kecil. Seronok dapat mempermainkan Aireen.

"Kalau berdengkur tak adalah tuan nak tidur rapat-rapat dengan saya." Aireen membalas.

Iqbal mengangkat kening.

"Penat ke semalam?" Tanya Iqbal sambil jari telunjuk berjalan mengikut bentuk lengkuk hidung comel Aireen.

Aireen menggeleng. Sakit-sakit badan kerana kelas intensif Iqbal semalam dah biasa. Dapat duduk bawah pancuran air panas sekejap lagi, legalah.

"Tuan?"

Iqbal mengangkat kening. Soalan yang tak perlu ditanya. Mana pernah penat jika dengan Aireen.

Tak perlu jawapan, kening yang terangkat itu buat Aireen tersipu. Dia menarik selimut menyembunyikan wajahnya di dalam.

"Oh no!" Sesaat kemudian, Aireen menjerit kecil, bingkas duduk sambil menarik selimut menutupi tubuhnya.

"Kenapa?" Iqbal tercengang.

"We are naked!" Aireen menggigit bibir. Itu yang dia nampak ketika dalam selimut tadi.

Bila Iqbal ketawa besar, sekali lagi Aireen menutup mukanya. Termalu sendiri.

"Dah hilang ingatan ke? Ini bukan kali pertama tau."

"Ya. Tapi kita tak pernah tidur macam ni di rumah mama." Bentak Aireen dalam keadaan berbisik. Kut-kut perbualan mereka didengari di sebalik dinding.

"Yes! And, you were loud!"

Aireen mengetap bibir rapat dan menggumam. Bukan Iqbal tak tahu, mulutnya tidak dapat dikawal dalam keadaan mereka hilang rentak nafas.

"Apa salahnya di rumah mama pun. Bukannya kita tidur tak kunci bilik." Iqbal menarik tubuh Aireen agar rapat dengannya.

Aireen menelan liur. Bergetar sarafnya apabila kulit badan mereka saling bersentuhan. Dapat mengagak di mana akan berakhir.

"Satu rumah agaknya dengar kita menjerit. Bilik siapa sebelah dengan kita?" Aireen menggigit jari.

Sekarang baru nak ambil tahu siapa jiran bilik sebelah. Semua adik-adik Iqbal ada di rumah. Malah ada nenek Iqbal dan pembantu rumah juga di tingkat bawah.

"Siapa yang duduk di bawah bilik ni?" Aireen mula kalut. Tak tahu di mana hendak sorokkan muka bila bertemu dengan mereka nanti.

"Biarlah. Biar mereka tahu terutamanya mama. Yang anak dan menantu dia ni kuat nafsu. Sibuk nak bertanya je hal kelambu kita." Iqbal mengorak senyum.

Aireen memukul dada Iqbal.

"Tuan! Itu alasan tuan ajak saya tidur sini sebenarnya, kan? Mama tak paksa pun kalau kita tak bermalam di rumah dia. Awal pagi pun boleh datang. Bukan jauh pun." Rengek Aireen.

Iqbal pegang tangan Aireen yang memukul lembut dadanya. Dikucup beberapa kali.

"Semalam aku janji nak beri kau hadiah. Hadiahnya ada di sini." Iqbal mengelus pipi Aireen.

"Semalam bukan hadiah ke?" Aireen menyelit tangannya antara pipi dan bantal, mengiring menghadap Iqbal. Siapa tak teruja dapat hadiah. Kejutan menari di balkoni adalah hadiah paling manis.

"Ada lagi." Iqbal lemparkan senyum, mengiring sama seperti Aireen.

"Tanda terima kasih aku kepada kau. Terima kasih kerana selama ini ada dengan aku." Tapak tangan Iqbal menekap di pipi Aireen. Sejuk pipi itu dipanaskan dengan tangannya.

Aireen tersenyum. Apa yang dia telah lakukan sehingga mahu menuntut banyak hadiah dari Iqbal. Suami isteri tak perlulah berkira sangat. Cukuplah Iqbal ada bila diperlukan kelak.

"Jangan kata tuan nak hadiahkan satu round lagi. Kepala lutut saya dah nak tercabut ni." Aireen membalas laju.

Iqbal ketawa. Lucu.

"Itu bergantung pada kau sama ada suka atau tak dengan hadiah aku."

Aireen melirik manja. Jika Iqbal minta sekalipun dia tak menolak. Cuma mulut perlu diikat dengan kain atau ditampal plaster. Supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Mereka bukannya di kondominium Iqbal atau hotel untuk membuat bunyi-bunyian yang tidak sesuai didengari oleh semua peringkat umur.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Nak order MELODI HATI boleh WhatsApp saya di 0126323076


MELODI HATIWhere stories live. Discover now