Sidek : Part 1

10.3K 99 1
                                    

Pada tanggal 18/12/2013 adalah titik di mana Dani menamatkan zaman persekolahannya. Dani berasa puas dan lega apabila dia berjaya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dengan baik. Kini, dia hanya perlu menunggu keputusan yang bakal dia ketahui pada tahun hadapan.

Semasa di sekolah, Dani bersama rakan-rakannya gembira kerana mereka telah pun menamatkan paper terakhir mereka. Ketika Dani hendak pulang, seorang lelaki menghampirinya. Lelaki itu adalah Sidek, pembuli no. 1 di sekolah itu. Dani tidak berapa gemar dengan Sidek.

Sidek seorang yang berkulit sawo matang. Badannya tegap. Maklumlah atlet sekolah. Ahli pasukan ragbi di sekolah itu. Bibirnya mungil. Matanya hitam. Sungguh mengasyikkan bagi sesiapa yang melihat dirinya. Tetapi bagi Dani semua itu tidak dapat menggoda dirinya kerana sikap Sidek yang entah apa-apa.

Sidek selalu menganggu hidupnya. Disebabkan penampilan Dani yang metrosexual dan jambu membuatkan Sidek selalu menganggu Dani. Oleh itu, Dani tidak suka bila Sidek menghampiri dirinya di kawasan parkir motor.

"Hai Dani. Nak balik dah ke? Taknak lepak dengan saya? Hehehe," Sidek tersengih-sengih. Tangannya gatal mencuit-cuit dagu Dani.

"Ya. Nak balik dah ni. Kau ni kenapa cuit-cuit aku? Tak ada kerja ke?" Jawab Dani lalu menolak tangan Sidek dengan kasar.

"Wow. Ganas eh? Ini buat saya suka ni," jawab Sidek lalu menjuihkan bibirnya seperti hendak mengucup Dani.

"Eh kau ni dah kenapa. Dah takde orang lain ke kau nak melempiaskan nafsu kau ni?" Balas Dani. Geram apabila Sidek mengada-ngada seperti itu. Bukan apa, nanti orang lain nampak, habis dicanang satu sekolah fitnah ini.

"Geram aku dengan kau ini. Kalau aku dapat, memang aku tak lepas tau!" Jawab Sidek. Kali ini pipi Dani menjadi mangsa. Merah betul pipinya apabila dicubit oleh Sidek.

"GILA!" Jerit Dani setelah menempis tangan Sidek. Dia pun menolak motorsikalnya keluar dari parkir motor lalu bergerak pulang ke rumah.

Sidek hanya melihat Dani dari jauh. Pandangannya hanya mengekori kelibat Dani sehingga hilang dari situ. Senyumannya terukir sinis.

_________________________________

"Abang Zul cakap abang datang minggu ni. Dah dekat sebulan abang Zul tak singgah rumah tau," bebel Dani kepada Encik Zul dalam talian. Dia duduk di luar rumah kerana takut ibunya mendengar pula perbualannya bersama Encik Zul.

"Abang busylah kerja sayang. Sorry. Abang betul-betul ada hal ni," balas Encik Zul cuba memujuk Dani.

"Dahlah. Abang memang tak sayang Dani dah. Bye," balas Dani dengan perasaan marah lalu mematikan panggilannya. Malas dia nak layan karenah Encik Zul. Asyik busy je memanjang.

Dani fikir kalau dia dah habis SPM bolehlah dia luangkan masa dengan Encik Zul lebih lama. Malangnya, semuanya tak pernah berlaku. Encik Zul hari demi hari seperti semakin melupakan dirinya. Dia sedih bila memikirkannya.

"Ibu, Dani nak keluar pergi 7E ni. Nak beli topup. Pastu nak pusing-pusing kampung sekejap. Ibu nak apa2?" Tanya Dani kepada ibunya.

"Taknak apa apa. Hah elok-elok kamu tu bawa motor. Dah gelap ini," beritahu ibunya. Dani hanya menanggukkan kepalanya lalu mencapai helmet dan kunci motor.

Dani pun tanpa berlengah masa, terus menghidupkan motorsikalnya kemudian meluncur laju membelah kegelapan malam.

_______________________________

"Eh Dani sayang! Buat apa malam-malam dekat sini?" Tegur seorang lelaki berpakaian jersey bola dan berseluar pendek. Dani melihat wajah lelaki itu. Rupa-rupanya lelaki itu adalah Sidek!

Dani & GayWhere stories live. Discover now