Sudah seminggu lebih sejak peristiwa Dani bersama dengan Encik Zul. Encik Zul pun sudah pulang ke Melaka semula untuk bekerja. Dapatlah Dani melepaskan rindu dan sayangnya pada hari itu.
Hari ini, Dani saja keluar berjalan di KLCC untuk mencuci mata. Cuci mata tengok barangan dan juga lelaki-lelaki kacak yang berlegaran di dalam KLCC itu. Mana tau ada yang melekat.
"Hi. Are you Dani? From melaka right?" Sapa seseorang secara tiba-tiba. Dani pun menoleh memandang ke arah lelaki itu.
"Ya saya Dani. Awak errr siapa ya?" Tanya Dani. Muka lelaki itu familiar tetapi dia tidak dapat meneka nama lelaki itu.
"Saya Hanif. Kawan abang Zul. Ingat tak?" Beritahu lelaki kacak di hadapan Dani itu.
"Ohhhh. Lahhh. Patut macam kenal. Hanif apa khabar?" Dani menanya khabar. Dihulur tangannya untuk disalam. Hanif menyambut mesra salaman itu.
"Hanif sihat je. Dani apa khabar?" Tanya Hanif pula. Cuba memanjangkan perbualan.
"Sihat, Alhamdulillah. Hanif sorang je ke?" Dani cuba berbual.
"Ohh tak. Hanif dengan member. Emmm. Hari tu abang Zul ada datang Kuala Lumpur kan?" Tanya Hanif. Dia memandang tepat ke muka Dani.
"Ya. Dia tidur dekat rumah Dani semalam dua," beritahu Dani jujur. Semalam dua itu dipenuhi dengan seks songsang merekalah. Cukup memuaskan! Tiba-tiba seorang lelaki berbadan sasa berkulit sawo matang datang menghampiri Dani dan Hanif.
"Ohhhhh. Btw, ini member Hanif. Alif nama dia. Alif, ini Dani," Dani dan Alif pun saling bersalaman. Agak lama Alif memegang tangan Dani. Dani juga membalas dengan senyuman. Kemudian, mereka berdua melepaskan tangan masing-masing.
"Dani tinggal dekat mana?" Tanya Hanif bersahaja.
"Ohh dekat Gombak. Kalau Hanif dan Alif nak datang boleh saja," ajak Dani hangat-hangat tahi ayam. Ambil bahasa kononnya.
"Ohhh. Kalau Hanif nak singgah sekarang boleh?" Tanya Hanif tiba-tiba. Dia tersengih menanti jawapan dari Dani. Alif pun memandang tepat ke arah Dani menantikan jawapan.
"Errrr... boleh saja. Tapi rumah semak sedikitlah. Hehehe," beritahu Dani jujur. Dia tidak mahu dituduh pengotor.
"Eh tak adalah. Hanif faham saja. You okaykan?" Tanya Hanif seraya menoleh ke arah Alif yang tercegat disitu. Alif kemudian menangguk perlahan kepalanya. Mereka bertiga pun berjalan beriringan ke parkir kereta dan kemudian Dani memberi alamat rumahnya. Mereka pun bergerak ke rumah Dani.
__________________________________
"Hanif dengan Alif minum kopi atau teh?" Tanya Dani separa menjerit dari dapurnya.
"Kopi pun boleh Dani," jawab Hanif bersahaja. Matanya melihat sekeliling ruang tamu rumah Dani. Mungkin terpukau kerana kilang Dani bekerja mampu memberi sebuah rumah yang secantik ini untuk pekerjanya.
"Ini kopinya Hanif, Alif. Jemput minum," jemput Dani sambil tersenyum. Hanif dan Alif pun membalas senyuman Dani itu.
"So, dah lama Dani tinggal sini?" Tanya Hanif. Alif masih menghirup kopi yang dihidangkan itu. Mungkin sedap sangat agaknya air tangan Dani.
"Dah masuk 4 bulan lebih dah. Lama juga," beritahu Dani jujur. Buat apa nak menipu ya dok?
"Ohhh. Lama gak Dani tinggal sini," Hanif menangguk-anggukkan kepalanya.
"Rumah ni company Dani bagi en? Cantik betul," puji Alif mencelah. Dia kagum dengan company Dani yang cukup baik ini.
"Ya. Dani pada mulanya taknak berpindah tetapi setelah dipujuk akhirnya Dani menurut saja. Salah satu pujukan mereka adalah menggunakan rumah ini. Hehehe," jelas Dani.
"Dani, emmmmm, Hanif nak tanya sikit boleh?" Pinta Hanif.
"Tanya apa tu? Kalau boleh Dani jawab, Dani jawablah," beritahu Dani.
"Errrr... ada tak Encik Zul bagitahu sebab apa dia putus dengan Hanif?" Tanya Hanif serba-salah.
"Hmmmm. Rasanya tak ada. Kenapa?" Tanya Dani semula. Padahal Encik Zul ada terlepas cakap yang Hanif ini pelik. Tapi tak tahu pelik bagaimana.
"Ohhh. Okay," Hanif terdiam.
"Kenapa sebenarnya abang Zul putus dengan Hanif?" Tanya Dani.
"Errr...," Hanif serba salah ingij menceritakan asbab hubungannya tidak menjadi.
"Dia putus sebab Hanif dengan saya ajak main threesome!" Jawab Alif tiba-tiba mencelah. Dani terkejut memandang Hanif dan Alif serentak. Hanif juga menjegilkan matanya kepada Alif kerana terkejut dengan jawapan Alif.
"Alif!" Marah Hanif.
"What? Is it wrong? No kan?" Balas Alif. Dia membuatkan muka tidak bersalah.
"Hmmm. Betul tu Dani. Kami berdua ajak abang Zul main bertiga. Dia tolak. Dia kata kami berdua pelik. Kalau Dani, Dani rasa pelik ke?" Tanya Hanif kepada Dani. Dia ingin mendengar jawapan dari Dani.
"Errrr... hmmmmm...," Dani jadi gugup ingin memberi jawapan.
"Tak apa. Hanif fa..," belum sempat Hanif menjawab, Dani mencelah!
"Tak! Dani tak rasa pelik pun. Kalau... kalau Dani, Dani terima je. Something new," jawab Dani jujur. Dia tidak mahu Hanif dan Alif menjadi tidak selesa.
"Ohh begitu. Thank you Dani," Hanif merapatkan badannya ke arah Dani. Dia mengusap belakang badan Dani. Matanya memandang ke arah Alif. Alif pun menghampiri mereka berdua.
"Errr... Hanif dengan Alif nak apa?" Tanya Dani gugup kembali.
"Kalau Hanif ajak Dani threesome dengan kami berdua nak?" Tanya Hanif secara mengejut.
"What?!!!!!" Jerit Dani!
Nota Ringkas Penulis :
Penulis : OMG lama betul tergantung. Sorry igtkan nak stop sebab dah kerja. Tpi rasa syg tak habiskan. Hehe.* Terima kasih kerana membaca.
* Mohon anda terus menyokong saya sebagai penulis baharu boyxboy novel ini. Support saya dengan VOTE & ADD TO READING LIST & FOLLOW saya!
* Segala gambar dan video dikreditkan kepada Instagram dan Mr. Google.Terima kasih kerana membaca!
Khòrb-khun Khráb!
Kamsahamnida.
YOU ARE READING
Dani & Gay
Historia CortaKompilasi short gay story tentang seorang lelaki bernama Dani yang hidupnya penuh dengan lelaki-lelaki songsang yang mahukan dirinya dan mahukan dia memusnahkan diri mereka! 🏳️🌈 LGBT's short story 🔞 Mature contents READ AT YOUR OWN RISK! P.s: Ce...