DI ANTARA SEMUA BINTANG (Bab 2)

35 5 0
                                    


BAB 2

EVA duduk menongkat dagu. Oh mai...apalah nasib dia bulan ni. Sales tak banyak sedangkan dah masuk tengah bulan. Kalau tak mencapai target, terpaksalah dia berusaha keras untuk dapatkan lebih banyak order untuk biskut makmur dan biskut popiah.

Dia pandang Nashrah yang sedang melayan pasangan suami isteri tak jauh dari situ. Untunglah Nashrah, hari ni pasti dapat sales lagi. Yang dia pulak sampai kena hinggap langau pun belum ada pelanggan yang menyangkut.

Kring!

Eva memanjangkan leher bila pintu utama showroom terbuka. Yes! Pelanggan baru! Tubuh Eva terus tegak dan menuju ke arah seorang lelaki yang baru melangkah masuk.

"Selamat pagi, encik. Nak cari kereta?" Teramatlah shitty sungguh soalanmu itu, wahai Eva. Kalau orang masuk ke showroom macam ni takkan nak cari ikan tenggiri kot.

"Good morning. Nak survey kereta." Red senyum. Kalau ikut versi nakalnya, dia nak kenakan si gadis yang memberikan soalan Abuden. Tapi tak sampai hati....wajah kat depan ni sangatlah innocent dan...cantik!

"Sure, no problem. Have a look." Eva memberi laluan. Dia hanya mengekori dari belakang.

"Ada promosi tak sekarang?" Red menoleh ke belakang. Serius wajah si gadis menarik perhatiannya. Tak rugi masuk random showroom hari ini untuk mencari kereta yang kononnya nak dihadiahkan pada di adik tunggal yang super manja kat rumah.

"Encik nak model yang mana satu? Untuk model Axia, kita ada rebate terutamanya Axia Facelift model baru. Kalau nak yang full spec, saya boleh beri rebate RM3500. Kalau tak dapat bayar down payment, full loan pun boleh. Yang penting ada slip gaji. Selain daripada itu...." Mulut Eva mula petah bercakap. Memandangkan sales bulan ini merundum jatuh, kenalah berusaha keras meyakinkan pelanggan supaya membeli model yang berkenan di hati.

"What colors do you have?" Red potong ayat si gadis dan kini berdiri berdepan dengan si gadis yang bernama....Eva! Nasib baik ada tag nama tergantung di leher si cantik. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket. Mata memang tak lepas memandang si empunya badan.

"We have white. Silver. Black. Yellow. Red. Green. Blue." Eva menjawab dengan senyuman. Oh please, I hate blue! Dahlah model display kat dalam showroom ni pun berwarna biru jugak.

"Apa beza setiap warna?" Sebenarnya Red malas nak dengar penjelasan tentang spesifikasi kereta. Nak belikan untuk Adik aje pun. Asalkan kereta yang ada empat tayar dan siap ada pintu pun sudah mampu membuatkan Adik lompat bintang sampai tak ingat dunia.

"Sorry?" Eva mendekatkan wajahnya. Tak faham dengan soalan lelaki di hadapannya ini.

Red tersenyum. Dia mendekat. Jarak di antara mereka berdua hanyalah beberapa inci saja. Dia tunduk sedikit.

"What color do you like?" Soalan Red perlahan saja.

Oh...sila jangan melting! Eva berdehem. Dia menjauh sedikit. Entah kenapa detak jantungnya tak sekata. Ala, biasalah kalau nampak lelaki kacak, terasa macam hormon kat dalam badan semua jadi haywire.

"I prefer white. Metallic white." Sejak bila kau gagap, Eva oi?

"Then saya pilih warna putih. Axia warna putih." Red masih tersenyum. Wajah Eva yang berubah di hadapan buat dia nak tergelak. Comel!

DI ANTARA SEMUA BINTANGWhere stories live. Discover now