DI ANTARA SEMUA BINTANG (Bab 7)

23 3 0
                                    


BAB 7

"JANGANLAH sedih. Bukannya aku pindah rumah pun." Eva membetulkan blazer di tubuh.

Blazer? Ya, blazer yang teramatlah jarang dipakai sepanjang hidup. Selama bekerja di Autoposh, paling 'common' pun pakai baju company yang berwarna kelabu itu dengan seluar slack hitam. Kalau mood nak bergaya sikit, dia padankan dengan skirt pendek paras atas lutut.

Hari ini hari pertama bekerja di tempat Red. Syarikat yang berurusan dengan peralatan yang berkaitan dengan minyak dan gas. Serius masih tak faham dan tak ada idea langsung. Tapi dia tak takut untuk mencuba pengalaman baru. Dia pasti akan rindukan suasana yang sentiasa happening dan rileks di Autoposh.

Life must move on, darling! So does yours!

"Ya lah. Lepas ni siapa nak temankan aku makan. Siapa nak car pool dengan aku. Siapa nak bising pasal customer yang banyak songeh. Siapa yang nak temankan aku stay dekat showroom dengan orang bank." Nashrah bernada sedih. Seronok bekerja dengan Eva. Satu kepala. sehati sejiwa. Apa saja yang mereka berdua lakukan semuanya pasti bersama.

"Bila kau dah tak ada nanti, bosanlah aku. Kat showroom pun takkan happening macam dulu," sambung Nashrah.

Jangankan dia, dengan bos besar sekali down bila Eva berhenti kerja. Tony macam sedih memanjang, kalah-kalah muka mereka berdua yang jatuh sales macam bulan lepas.

"Alaaaaa itu pun nak drama. Balik rumah kan ada aku. Again, aku ulang untuk kali yang ke enam puluh lima. Bukannya aku pindah rumah pun." Eva berpaling menghadap Nashrah. Rasa nak tergelak tengok muka Nashrah yang buat-buat sedih.

"Nanti cerita kat aku apa yang best sangat tempat baru. Manalah tau aku pun nak tukar tempat kerja." Nashrah tersengih. Again...kerja dengan Eva memang best!

Eva tergelak. "Janganlah wei. Nanti Tony makin sedih."

"Dia sedih masa kau tak ada aje. Dengan aku dia tak ada feeling."

"Then Karim macam mana?"

"Choiiiii.... Mamat tu lagi." Nashrah berlalu keluar dari bilik Eva sebelum Eva menyakat lebih teruk. Dah agak dah. Kalau ada senarai calon suami pilihan, Eva pasti meletakkan nama Karim di tangga teratas untuknya.

Eva semakin galak ketawa. Nashrah alergik kalau dengar nama Karim disebut. Mula-mula memanglah menyampah, lama-lama nanti hati pandai terpaut.

Eva mencapai compact powder di atas meja. Touch up sikit. Dah siap! Lama dia merenung dirinya di sebalik cermin. Biru. Haih...dia tak ada blazer warna lain. Yang ada cuma blazer warna biru tua ni saja. Dia beli empat tahun yang lalu. Itu pun sebab Shark yang paksa. Part mana relevannya dia tak faham. Bukannya dia selalu pakai pun pakaian formal. Dan yang paling epic, semua blazer yang dibeli berwarna biru tua. Alasan? Sebab itu adalah warna kegemaran Shark.

Biru itu indah....

Biru itu cantik...

Biru itu dia!

"Babe, teringatkan dia lagi?"

Eva tersedar semula dari kenangan lama. Wajah Nashrah yang muncul semula di sebalik pintu bilik dipandang dari cermin.

DI ANTARA SEMUA BINTANGWhere stories live. Discover now