DI ANTARA SEMUA BINTANG (Bab 3)

34 5 0
                                    


BAB 3

EVA tersenyum lebar. Comel aje kereta Axia di depan mata. Puas hati bila seluruh cermin kereta sudah tinted. Full tanked. Seperti yang dijanjikan pada pelanggannya yang buat hatinya tak tenag. Red! Ya, nama dia Red!

"Babe, bila customer kau nak sampai? Aku dah lapar dah ni." Nashrah muncul di sebelah dengan muka kebulur macam dah tiga hari tak makan.

"Tunggu kejap. Lagi sepuluh minit dia sampai."

"Lama wei." Nashrah pandang jam di tangan. Kalau lambat sangat nanti tak sempat nak tidur kejap selepas makan. Mata teramatlah mengantuk dan badan pun penat semacam. Semalam tidur pukul dua belas tengah malam sebab menemani Eva buat biskut makmur. Eva memang hantu 'baking'. Bukan musim Raya macam ni pun sibuk nak ambik order biskut. Lagi dia tak tahan kalau Eva ambik order buat biskut popiah. Dengan dia sekali dikerah untuk menyiapkan order yang beratnya berkilo-kilo.

"Then kau pergilah dulu. Kat kedai depan tu aje kan? Order untuk aku sekali. Mi goreng kering. Tak nak tauge. Letak udang banyak sikit."

"Kau ingat pakcik kedekut kat depan tu murah hati nak letak udang banyak-banyak dalam mi goreng?"

"Ala, kalau kau sebut nama aku mesti pakcik bagi punya." Eva sengih.

Nashrah turut tergelak. Eva Chandra...sesiapa pun akan suka dan tertarik pada teman baiknya itu.

Hampir lima belas minit menunggu, Eva dah semakin hilang sabar. Lama gila mamat ni nak datang ambik kereta yang baru dibeli. Kalau tak difikirkan tentang sales yang amatlah diperlukan saat ini, dah lama dia angkat kaki meninggalkan showroom. Biarlah pelanggan yang menunggu.

"Eva...."

Eva menoleh pada suara di sebelah. Huh, panjang umur awak Red! Eva menghadiahkan senyuman.

"Awak lambat lima belas minit." Eva tunjuk jam di tangan.

"Sorry, jalan sesak. And you waited for me." Red kenyit mata.

Sabar, Eva. Jangan melting! "This way, please."

Dia menunjukkan kereta yang dibeli Red. Rasa puas hati bila Red tersenyum lebar. Dia berdiri di sebelah kereta sementara Red berjalan mengelilingi kereta. Tak payah risaulah, tak ada kesan calar atau yang sewaktu dengannya. Sempat dia mengamati tubuh tinggi Red. Berbaju kemeja berwarna hijau muda dipadankan dengan fit slack berwarna hitam. Di leher tergantung necktie berwarna hitam. Tampak segak dan berkarisma.

Berkarisma? Argh, mengingatkan dia pada Shark.

"Nah. Enjoy your ride." Kunci kereta diletakkan di atas tapak tangan Red. Bagi Eva, tugasnya kini sudah selesai. Dia sudah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggannya.

"She must like this so much." Red memasukkan kunci kereta ke dalam poket seluar.

Sorry? Eva masih dengan senyuman. "Nak bagi hadiah untuk orang ke?"

"Ya."

"She must be very lucky." Untunglah ada orang hadiahkan kereta. Walaupun bukan BMW ke, Nissan Fairlady ke...tapi tetap kereta baru babe! Dia punya pun kereta Axia saja, itu pun terkontang kanting nak membayar ansuran setiap bulan. Hidupnya sekarang sudah tak semewah dulu. Dulu, apa yang dia nak semua dia akan dapat. Sekarang, kena berusaha keraslah jawabnya.

"I guess so. Satu-satunya adik yang saya ada."

"Oh..." Adik rupanya. Ingatkan kekasih hati ke, isteri ke.

DI ANTARA SEMUA BINTANGWhere stories live. Discover now