DI ANTARA SEMUA BINTANG (Bab 9)

29 3 0
                                    


BAB 9

'PIPING supervisor tak cakap apa pun. Dia sendiri tak perasan semua barang order hilang.'

'Waktu macam ni lah kita terdesak mengambil pekerja-pekerja baru. Masalahnya, siapa yang sanggup pergi offshore berminggu-minggu? Jauh macam tu, kalau offer gaji tinggi pun belum tentu ramai yang nak.'

'Upstream. Downstream. Those are not that easy.'

Krik...krik...krik....

Hampir ternganga mulut Eva. Satu hapak dia tak faham apa yang sedang dibincangkan dalam mesyuarat. Nak kata dia menyesal dengan keputusan untuk bekerja di sini, tak acilah pulak sebab ini baru hari pertama. Tapi serius dia rasa macam salah masuk bidang. Tak kira macam mana tekun pun dia menumpukan perhatian pada mesyuarat yang sedang berlangsung, dia tetap tak faham.

iPhone di atas riba bergetar dan cepat-cepat Eva tunduk. Panggilan masuk dari Nashrah tak dijawab.

Pertama...dia tahu Nashrah mesti nak tahu di mana dia sebab waktu sekarang dah kira agak lewat. Kedua...dia tak berani menjawab telefon pada waktu genting begini. Riak wajah setiap yang hadir nampak begitu tekun dan masih bersemangat. Jauh berbeza berbanding dia yang cuma menghitung masa untuk pulang ke rumah.

Eva : Babe, sorry. Aku masih kat meeting.

Pesanan WhatsApp dihantar kepada Nashrah. Janganlah Nashrah susah hati, dia elok aje jadi basi kat dalam bilik mesyuarat ni.

Nashrah : Syukurlah, nak. Aku ingat kau dah lupa jalan balik rumah.

Eva : Choiiii...ayam segala dah sedia belum? Nanti aku balik kita terus panggang.

Nashrah is writing....

Eva menunggu hampir seminit. Lama benar Nashrah nak membalas pesanan. Dia yang tunduk di bawah meja pun dah sakit tengkuk.

Nashrah : Dah. Kau balik tak ni?

Eva : Baliklah, wei. Tunggu aku.

Nashrah : Jaga diri. Aku tunggu kau...

Eva mengurut belakang tengkuk. Dia masih tunduk memandang skrin telefon. Ayat terakhir Nashrah dibaca berulang kali. Biasanya Nashrah takkan hantar pesanan yang ala-ala 'aku-risaukan-kau' macam ni. Paling 'common' pun Nashrah suruh singgah beli 'jajan', kalau tak pun beli makanan dari luar sebab malas nak masak kalau dah lambat sangat.

Eva : Kau okey tak ni?
Nashrah : Okey lah. Balik cepat sikit. Aku lapar.

Eva tersenyum nipis. Macamlah dia tak lapar. Mesyuarat bermula sejak pukul dua petang sampai sekarang tak habis lagi. Hanya teh panas saja yang dihidangkan, itu pun dah bertukar sejuk sekarang setelah berjam-jam.

Eva : Ayam tu kau dah marinate belum?

Nashrah : Dah...sos tiram..lada putih...cayenne...

Eva sembunyi senyum. Okeylah tu, sekurang-kurangnya semua sudah tersedia. Nanti bila balik tinggal nak panggang saja lagi. Namun beberapa saat kemudian jantung Eva berdetak laju.

DI ANTARA SEMUA BINTANGWhere stories live. Discover now