DI ANTARA SEMUA BINTANG (Bab 4)

31 4 0
                                    


BAB 4

"Weekend ni you free tak?"

"Free."

"Then you will be on duty for this week's road show. It will be from 8am to 5pm. Our aim is to get at least five sales each person for each day. Bla bla bla..."

What the...fudge? Mata Eva membulat besar. Serius dia menyesal kata dia free hujung minggu ni. Bila tengok muka boss besar kat depan yang sedang petah menerangkan tentang road show, dia rasa macam nak lempang dengan dokumen pelanggan yang dipegang.

"Tapi boss, I ada plan lain hujung minggu. Kira nak melawat saudara kat kampung. Isteri dia baru lepas bersalin."

Oh, Eva..silalah rendam muka sendiri di dalam perigi lepas ni sebab menipu tanpa rasa bersalah. Kampung pun tak wujud, dia pulak sebatang kara. Nak melawat siapa cik kak?

"Tapi I nak tolong you. Sales you paling sikit bulan ni. Kalau you tak berusaha, hujung bulan ni you jugak yang bising siap tayang muka kecewa sebab sales tak cukup." Tony senyum bila wajah Eva dah mencuka.

Rolling eyes...Eva terpaksa menghadiahkan senyuman yang paling tak ikhlas untuk boss besar. Memang niat Tony baik, siap bagi ceramah percuma tentang 'usaha tangga kejayaan' tapi....haih! Malas tahap beruang kalau turun kerja waktu hujung minggu.

"So I submit nama you, okey. Hoping for the best." Tony kenyit mata.

Oh sila rejam diri anda dengan lesung batu kat dapur rumah. Eva terpaksa akur. Dia kan cuma pekerja bawahan. Apa yang boss arahkan terpaksa dituruti kalau tak nak periuk nasi hilang.

"Eva..."

Eva yang baru mahu berlalu berpaling bila Tony memanggilnya semula. Jangan cakap mamat ni tak nak bagi aku cuti bulan depan pulak, sah aku lempang dengan fail kat atas meja sana tu.

"Lunch is on me today."

"Oh...okay. Thanks." Eva senyum nipis. Takkan dia nak lompat bintang sebagai tanda betapa gembiranya dia boss mak belanja makan. De'....setakat belanja makan, bukannya bagi bonus tiga bulan gaji pun.

"Eva..."

Apa lagi yang mamat ni nak? Eva berpaling kali kedua.

"Dinner is also on me. Happy belated birthday."

"Huh? Macam mana you tau? And my birthday was two days ago." Kening Eva terangkat sebelah.

Tony tersenyum. Kalau dia bagitau yang dia tengok nombor kad pengenalan Eva, nanti kena cop stalker pulak. Lagipun dah dua tahun Eva bekerja di sini, mana boleh lupa tarikh penting macam tu.

"Ok tak malam ni?" Tony masih mencuba nasib. Eva ni macam merpati. Jinak tapi bila diajak liat giler.

"Alright. I on aje. Tapi dengan syarat." Eva tersengih.

"Apa dia?"

"Nashrah ikut sekali."

"Set."

Yuhuuuu! Waktu macam ni barulah boleh consider nak lompat bintang ke tak. Boss nak belanja makan tengah hari dengan makan malam sekali, takkan nak ditolak rezeki tu babe.

"Eva..."

Oh maigad...berapa kali mamat ni nak panggil nama aku? Eva berpaling untuk kali ketiga.

DI ANTARA SEMUA BINTANGWhere stories live. Discover now