DI ANTARA SEMUA BINTANG (Bab 5)

23 2 0
                                    


BAB 5

SOULED OUT.

Muzik yang bergema. Suasana yang santai. Relaks. Tak formal sampai buat dia sesak nafas. Inilah suasana yang Eva nak. Tak payah ada lilin di tengah meja siap dengan kelopak bunga yang bertaburan. Bagi Eva, cara begitu dah klasik. Setakat makan aje pun cukuplah. Dan yang paling penting, Nashrah ikut sekali.

"Tell me more about you." Tony di hadapan bertanya. Kalau di tempat kerja, jarang dapat tanya soalan macam ni. Paling standard pun tanya berapa sales yang Eva dapat untuk hari itu. Apa target sales Eva untuk bulan ni. Next roadshow nak join sekali ke tak.

Eva tergelak. Siang tadi pun Red bertanyakan soalan yang sama. Mungkin hari ni memang hari 'mari-kenal-Eva-Chandra'. Dia jeling minta tolong Nashrah di sebelah. Huh...harapan tinggal kenangan. Sedap Nashrah kunyah stik ayam yang tinggal separuh di atas pinggan. Tak faham dengan kawan sorang ni. Dia ajak sekali bukan sebab nak Nashrah makan sampai seluar jeans tu sempit. Tapi supaya Nashrah boleh tolong jawab soalan yang menjurus ke arah 'I-love-you-jom-couple'.

"Orphan. Tinggal kat Seri Kasih sampai dah cukup besar. Lepas tu keluar dengan Nashrah, sama-sama cari rezeki. Dah cuba banyak kerja. So far kerja dengan you sekarang kira bolehlah. Bertahan jugak sampai sekarang." Eva berterus-terang.

Perjalanan dia dan Nashrah sangat panjang. Sebaik saja keluar dari rumah anak yatim sepuluh tahun yang lalu, mereka berdua susah senang bersama. Cuci piring. Jadi tukang sapu lantai shopping mall. Cashier di Parkson. Gadis tol di mana-mana tol yang berdekatan. Jadi salesgirl dari rumah ke rumah jual produk Electrolux. Banyak lagi kot tapi kalau disenaraikan, sampai esok pun tak habis.

Hidup mereka berdua umpama kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dapat gaji hari sebanyak RM15 sehari pun dah cukup bersyukur. Pernah mereka berdua berkongsi dua paket Maggi kari setiap sehari selama seminggu. Memang kurus giler kot masa tu. Susah tak usah cakap. Tapi itu semua sudah berlalu. Yang penting adalah kehidupan mereka berdua sekarang. Yang sudah jauh berubah berbanding dulu. Malah lebih bagus dan lebih cerah.

"You asal mana sebenarnya?" Tony mula tertarik. Kalau Eva minta tolong untuk menjejaki ahli keluarga Eva, satu Malaysia pun dia sanggup cari. Demi Eva...ya, demi Eva!

Eva senyum. Entah soalan cepumas manalah dia korek untuk tanya aku malam-malam macam ni.

"I tak pernah kenal dan tak pernah tahu asal usul I." Sedih. Pahit. Tapi itulah realiti.

Takkan nak tipu kata dia anak raja Siam yang hilang dibawa arus dan dijumpai oleh penduduk tempatan di Selat Melaka. Confirm Tony terkejut sampai pengsan kalau dia jaja cerita dongeng macam tu.

Tony masih setia memandang wajah mulus Eva. Cantik. Bersahaja. Tak banyak songeh. Tak bitchy. Tak pernah mengada. Itulah yang menarik hatinya pada pekerja yang bernama Eva Chandra. Kalau boleh dia ingin memiliki. Niat hati nak melamar Eva. Tapi selalu tertangguh. Tak pun Eva sengaja tukar topik sebab mahu mengelak daripada tujuan utamanya untuk 'tackle' sang cinta. Dan cara paling 'common', Eva akan ajak Nashrah keluar sekali macam sekarang. Nak keluar berdua dengan Eva memang tunggu bulan jatuh ke riba ajelah.

"How about love then?"

"Sorry?" Eva mengangkat kening.

"Takkan tak ada crush."

Oh! Baru Eva faham. And ya...dah ku agak, pasti soalan luar alam akan ditanya juga.

DI ANTARA SEMUA BINTANGWhere stories live. Discover now