DI ANTARA SEMUA BINTANG (Bab 6)

23 4 0
                                    


BAB 6

BELON biru.

Banner biru.

Lapik meja biru.

Wrapping paper untuk hadiah cabutan bertuah pun biru.

Baju? Oh sila pengsan...baju hari ni pun berwarna biru.

Eva hanya mampu memandang. Hari ini adalah hari yang penting untuk Autoposh sempena sambutan ulang tahun Perodua. Semua showroom di seluruh negara mengadakan jamuan besar-besaran dan semua orang awam adalah dijemput datang. Jadi kalau nak menikmati rebate yang banyak dan harga yang hebat untuk model kereta terpilih, kena rajin singgah di Autoposh untuk keterangan lebih lanjut. Tapi biru untuk dekorasi showroom hari ini adalah sesuatu yang Eva tak mahu.

Kalau sekali pandang, orang awam pun boleh bingung kejap. Ini showroom Perodua ke premis Celcom? Biru gila! And ya, biru itu adalah dia....

"Eva."

Eva berpaling pada Nasrah yang gigih memanjat kerusi.

"Apa dia?"

"Tolong aku gantung belon ni kejap. Tangan tak sampai. Tangan aku pendek." Nashrah cuba sedaya upaya ingin menggantung belon pada pin tekan di tepi pintu utama. Dah dekat lima minit mencuba tapi masih tak berjaya, sebab tu dia perlukan talian hayat.

"Yang kau minta tolong dekat orang yang sama tinggi dengan kau apasal? Aku pun dua kali lima aje, mana sampai. Tinggi tu. Ha, tu minta tolong Karim."

Selamba Eva jerit kuat-kuat hingga Karim menoleh siap dengan senyuman yang boleh mencairkan hati mana-mana mata yang memandang. Terhambur ketawanya bila Nashrah tunjuk muka kelat macam orang tergigit petai. Dah berbulan-bulan Karim menaruh perasaan pada Nashrah. Tapi Nashrah jual mahal, malah mengelak sekerap yang boleh daripada lelaki itu.

"Mari saya tolong. Turun kejap." Karim mengarah.

Eva jungkit bahu dengan tawa yang masih bersisa bila Nashrah memandangnya dengan wajah mencuka. Dia sekadar nak minta tolong pada orang yang betul. Kalau dia yang tolong pun sama saja sebab ketinggiannya dengan Nashrah lebih kurang sama.

Beralih ke arah meja yang tidak jauh dari situ, Eva menyusun broucher yang sudah tersedia. Di dalam hati siap berdoa panjang moga rezeki hari ini lebih murah. Dia perlukan sales sebab bulan ini dia ketinggalan jauh. Kalau berterusan begini, terpaksalah dia makan mi Maggi untuk dua minggu berturut-turut.

"Eva."

Eva berpaling. Dia mengukir senyum pada Tony. Sejak akhir-akhir ini Tony ibarat macam ekor. Ke mana dia pergi, Tony pasti akan mengikuti dari belakang. Pergi pantri. Duduk di meja kaunter. Roadshow di mana-mana pusat beli belah. Di mana ada dia, di situ ada Tony. Kadang-kadang rimas juga, tapi terpaksalah bertahan sebab Tony bos besar. Kalau dia berterus-terang nanti Tony kecil hati.

"Malam ni free tak?"

Aik? Tengah hari pun tak muncul lagi, Tony dah bertanya tentang aktiviti di malam hari. Eva geleng kepala.

"I ada hal. Kenapa?" Nak mengelak kenalah menipu sedikit. Memang contoh yang tak patut diikuti tapi untuk kes terdesak macam ni terpaksa juga menipu.

Tony tersenyum. Dalam hati dah.....damn! Sukar untuk mendekati Eva Chandra. Gadis yang jinak-jinak merpati.

"Kira nak ajak you pergi dinner. My treat for your hard work."

DI ANTARA SEMUA BINTANGWhere stories live. Discover now