DI ANTARA SEMUA BINTANG (Bab 10)

49 3 0
                                    


BAB 10

GULP!

Nashrah menelan liur. Habislah aku kali ni. Pandangannya bersilih ganti dengan Shark dan Eva. Eva di sebelah kiri. Shark di sebelah kanan. Dia pula di tengah-tengah jadi tiang lampu. Serius suasana terasa amat tegang. Cengkerik pun tak berani lalu.

"Err...babe. Aku kat dalam ya. Takut ayam hangus." Dan sekejap saja Nashrah sudah menghilang ke belakang rumah sebelum sempat Eva membuka mulut.

S.E.R.A.M.

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan situasi sekarang. Dia tak sampai hati nak menghalau Shark dari rumah sebelum Eva sampai. Dia pula tak berani nak berterus-terang dengan Eva. Kalau Eva tahu Shark ada di sini, sumpah Eva takkan pulang ke rumah malam ini.

"Ya Tuhan, mintak-mintaklah jangan ada apa-apa yang buruk terjadi kat dalam tu." Nashrah sempat menadah tangan. Manalah tahu Shark keluarkan pistol dari poket, lepas tu ugut Eva untuk mengikutnya pulang ke rumah. Tak pun, Eva siap dengan pisau dapur nak halau Shark sebelum ada yang menjadi arwah.

Hish! Shush! Shush! Silalah pergi segala imaginasi yang bukan-bukan.

Dan di dalam sana, suasana masih hening. Satu patah perkataan pun tak terkeluar dari mulut Eva dan Shark. Masing-masing diam. Hanya pandangan mata saja yang bersabung.

"How are you?"

Eva tarik nafas dalam. Dah lama tak dengar suara Shark. Lama yang teramat lama...wajah Shark tampak tenang. Aura naga Shark belum keluar lagi.

"Macam mana awak dapar cari rumah ni?" Soalan Shark dijawab dengan soalan oleh Eva. Dia berdiri berpeluk tubuh, cuba menenangkan hati yang terasa seperti dilanggar garuda. Sedih. Rindu. Dia tak tahu nak bereaksi macam mana. Menyesal pula tak lepak sampai ke pagi dengan Red di pejabat tadi. Kalau tak, dia takkan berjumpa dengan Shark malam ini.

Shark masih tenang. Dia menapak selangkah ke hadapan, ingin lebih dekat dengan Eva. Tapi bila Eva mengundurkan diri, dia tak terus melangkah. Dua tahun...dua tahun tak bersua muka dengan Eva hinggalah ke hari ini. Perasaan rindu dan cintanya membuak-buak. Ikut hati, dia nak peluk Eva. Dia nak cium sepuas hati. Dia nak peluk sampai ke sudah.

"Saya datang nak ajak awak balik."

"Rumah saya kat sini."

"Eva..."

Eva menelan liur. Dah lama tak dengar Shark panggil nama dia. Oh hati sila jangan goyah!

"Ikut saya balik. Kita mulakan hidup baru." Shark masih cuba memujuk. Dia nekad untuk bawa Eva balik malam ini juga.

Eva senyum sinis. Dia pandang wajah Shark tajam. Walau dalam hati sebenarnya sudah hampir cair sebab perasan rindu hampir menguasai diri.

"Hidup baru? Macam dulu? Yang tak ada tujuan hidup? Yang tak ada penghujung macam yang saya nak?" Suara Eva bergetar.

Sungguh. Hidup dengan Shark adalah apa yang diimpikan oleh kebanyakan wanita di dunia. Dilimpahi kemewahan. Gelak ketawa. Gembira tak sudah. Tapi bagi Eva, apalah gunanya hubungan cinta yang terjalin jika tak berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan? Dia inginkan sebuah keluarga. Berkahwin dengan Shark. Melahirkan anak-anak untuk Shark. Tapi Shark? Shark tak pernah ambil serius semua itu. Bagi Shark, asalkan dia ada di sisi dan mereka berdua hidup bahagia pun sudah cukup. Berkahwin? Mungkin bagi seorang Shakir Jayden, perkataan itu tak pernah ada dalam kamus hidup.

"Kalau niat awak nak ajak saya balik ke rumah atas bukit tu hari ni, baik awak balik. Kalau awak heret saya sekalipun saya takkan ikut," Eva menyambung. Be firm, dear lady! Be firm! Dalam hati bukan main lagi memberikan semangat untuk diri sendiri supaya tak 'tersungkur' di depan Shark.

DI ANTARA SEMUA BINTANGWhere stories live. Discover now