Bab 4

2.7K 141 0
                                    

Natasha turun ke halaman rumah. Dia ternampak Max yang leka bermain telefon. Bahu Max ditepuk kuat dari belakang. Terkejut beruk si Max tu. Terlepas handphone dari tangan.

" Lah, miss. Kenapa? Terkejut aku"

Natasha senyum nipis. Cepat senyuman tu muncul lagi cepat senyuman tu hilang.

" Aku nak pergi besok. Aku tak tau pulak daddy serius. Kau tolong aku eh? Jaga dia"

" Hm. Aku faham"

Natasha naik semula. Langkah Natasha hanya diperhati oleh Max sehingga dia menaiki tangga. Sebaik sahaja memasuki bilik, pintu dikunci. Mungkin kalau sebab Romanov tak kahwinkan dia dengan Felix, semua ni takkan jadi kan?

Natasha mengeluh berat. Balik Malaysia. Macam mimpi je.










****











" Miss, jom. Time untuk pergi sekarang" Max berbisik. Natasha mengangguk lemah. Dia dakap tubuh Nickholai sekali lagi. Air mata Natasha jatuh. Nickholai tergelak lalu kesat air mata anaknya.

" Jangan risau. Daddy okay dekat sini. Max ada kan "

Natasha hanya mengangguk.

" Dengar sini, Tasha punya pedang daddy dah kasi dekat kawan daddy. Dia akan tolong bawak masuk Malaysia. Uncle Henry. Dekat sana, dia yang akan tolong uruskan pasal warganegara Tasha. So, jangan risau okay?" Nickholai tersenyum manis.

" Miss, your flight lebih kurang 1 jam dari sekarang. Kita kena cepat" Max panggil Natasha lagi sekali.

" Okay, you kena pergi sekarang. Behave. Dekat sana nak beli apa apa beli aja. Jaga diri. Jangan lupa cari orang yang daddy suruh. You need their help. And, jangan call daddy. Biar daddy yang call nanti. Wakilkan daddy untuk ibu "

Natasha dah teresak esak. Nickholai mengusap rambut coklat gelap Natasha.

" Max, go" Nickholai mengarah.

Max tarik lengan Natasha untuk pergi. Natasha pandang belakang. Kelihatan Nickholai tersenyum manis kearahnya.










****










" Miss, go. Flight dah get ready. Uncle Henry akan jumpa kau dekat Malaysia nanti"

" Max..tolong jaga daddy aku"

Max mengangguk. Kali ni dah berapa kali Natasha berpesan padanya.

Natasha menepuk bahu Max lalu berpaling untuk memasuki balai perlepasan. Hoodie ditarik untuk menutup muka. Tali beg sandang dipegang erat.

Mata ditahan supaya tidak berkelip bagi menahan air mata daripada jatuh. Merah wajah gadis itu menahan tangis.









****









Penumpang penumpang yang ada didalam perut kapal terbang itu dilihat Natasha. Ahli ahli ternama semua. Maklumlah first class.

Semua tidur. Natasha mengeluh. Betul ke benda ni tengah jadi sekarang ni? Macam cepat sangat.

Dia mengeluh lagi. Terfikir..bagaimana kehidupan dia dekat sana nanti?

Natasha menyerabaikan rambut dia. Nasib baik dia duduk seorang. Badan disandarkan malas.

Dia angkat tangan pada pramugari. Daripada duduk diam baik dia habiskan duit.

" Can you give me a cup of latte please?"








****












IrineWhere stories live. Discover now