Bab 35

2.2K 115 1
                                    


Natasha mengeliat. Tetapi rasa terbatas. Dia rasa pinggang dia berat. Pantas dicelikkan mata.

' Hwuargh tangan siapa ni?!'

Pantas Natasha golek ke tepi. Dalam gelap, dia memerhati. Kemudian dia menekup mulut.

" Alamak, tu Airiel lah.." bisiknya perlahan. Lampu tidur dibuka. Menerangi bilik itu walaupun cahayanya samar samar.

Airiel terjaga. Dia mengeliat.

" Irine, kenapa? Pukul berapa ni?" soalnya. Suaranya serak basah. Natasha menggaru pipi. Jam dinding di dilihat.

" Sorry, tak sengaja. Hem, dah nak subuh dah ni"

Airiel mengangguk. Dia baring menelentang. Matanya terpejam rapat.

" Awak, saya mandi dululah" Natasha bangun dari duduk. Pantas Airiel duduk dan menarik Natasha dalam pelukan. Pinggang Natasha dirangkul dari belakang. Kepalanya dilabuhkan pada bahu Natasha.

" Nanti kejap..." pinta Airiel. Hidungnya dilekapkan pada pipi Natasha.

Natasha membiarkan. Kejap? Okay..

Tapi beberapa minit dah berlalu. Kejap nanti nak azan dah.

" Airiel?"

Diam. Natasha berpaling sedikit. Terkejut dia bila tengok mata Airiel terbuka dan tengah merenung dia.

Natasha sengih. Sengaja dia sandarkan badannya.

" Listen, saya pun nak peluk peluk tau. Tapi, dah nak subuh. Lepas subuh nak peluk, peluk lah eh?"

Airiel menggeleng. Natasha rasa nak tepuk dahi. Dia menjulingkan mata. Airiel tergelak melihat reaksi Natasha.

" Okay, tapi kena ada tiket"

" Tiket apa?"

" One kiss untuk bangun. Double kiss untuk pergi mandi"

Pulak! Natasha dah merengus perlahan. Airiel tidak pedulikan. Setia menunggu.

Cup!

Cup!

" Okay dah double kiss. May i?"

" Nope"

Ya Allah..apa lagi?

Natasha mencebik. " Tak nak kawan lah macam ni" tangannya mula bergerak untuk melonggarkan pelukan. Airiel terkekek gelak dan membiarkan Natasha melepaskan diri.

Eleh, tak nak kawan konon.











.....














Peti ais dibuka. Bahagian atas kosong. Hanya ada ais batu. Bahagian bawah kosong juga. Cuma ada kaya, susu dan bahan biasa yang lain.

Natasha garu kepala. Nak breakfast apa?

Matanya meliar mencari bahan untuk dimasak. Matanya tertancap pada satu bungkusan roti. Roti pun roti lah, makanan jugak.

Maka, bermulalah misi Natasha untuk membuat sarapan pagi.

Tak nak bercakap dengan Airiel. Bahan dapur dah habis pun taknak kasi tau. Haha.

Roti yang sudah siap dibakar disapu kaya. Selepas itu tangan mengacau kopi didalam teko. Airiel suka black coffee.

Ceh. Merajuk konon. Apa yang Airiel suka, dia buat jugak.

Kemudian telinga nya menangkap bunyi pergerakan. Dah tau tu siapa, malas nak pandang belakang. Merajuk lah katakan.

IrineWhere stories live. Discover now