Bab 18

2.3K 136 4
                                    

" Sir, taknak call miss ke?"

" It's okay Max. Saya demam biasa je. Demam rindu la tu" Nickholai tergelak dan terbatuk kemudiannya.

Max mengangguk. Semalam Nickholai kena marah dengan Romanov.

Sebabnya?

Nickholai hanya menegur Felix supaya tidak terlalu kasar dengan anak buahnya. Tak kiralah siapa pun. Felix masih baru, jadi dia kena pandai. Tak sangka pulak Felix memberitahu Romanov tentang hal ni.

Max mendengus perlahan. Felix tu memang tak layak jadi leader.

" Saya tak sabar nak pergi Malaysia.." kata Nickholai.

Max tersenyum. " Don't worry sir..you will.."











.....












Pintu bilik wad itu ditolak. Dia tersenyum melihat Natasha sedang tidur. Comel.

Tapi, senyuman itu hilang bila melihat Carl dan Ryan yang berada di sudut bilik. Pukul pukul tepuk tepuk.

Amboii, seronok betul eh main catur. Bawak untuk Natasha, manusia lain pulak yang main.

Airiel menuju ke arah mereka dan menepuk meja perlahan.

" Hei, aku suruh korang jaga luar, bukan main dalam ni"

Mereka sengih.

" Alah sekejap. Last "

" Jumbo mana?"

" Ada dia turun kejap beli makanan"

Airiel mengangguk. Natasha didekati. Dia meneliti wajah Natasha. Ada sedikit calar, tapi langsung tak mencacatkan kecantikan dia.

" Dia dah makan ke sebelum tidur tadi?" soal Airiel. Ryan menggeleng.

" Dia taknak makan. Ubat lagilah, dia kan tak suka"

Airiel menghela nafas. Kalau pasal ubat tu, memang dipangkah habis. Tak sedap lah, pahitlah, besar sangat lah, nanti tercekik lah, macam macam alasan dia kasi.

Kepala Natasha diusap sekali. Mahu mengejutkan dia.

" Irine? Bangun, makan" lembut Airiel bertutur dan mengejut. Di satu sudut pulak, dua ekor tu mengajuk percakapan Airiel. Lepastu terkekeh kekeh gelak.

" Hm.." Natasha memusingkan badannya membelakangi Airiel.

Eh eh, susah pulak nak bangun.

" Bangun lah. Kau ni dah lama hidup ke apa. Makan nasi ni. Aku dah beli. Lepastu makan ubat"

Natasha mencelikkan mata. Dia mendengus. " Malas nak duduk. Kau makan lah"

Airiel memejamkan mata. Ini budak..

Carl dan Ryan sudah ketawa. Rare ni ada orang bantah cakap Airiel!

Airiel memegang bahu Natasha erat. Diangkat tubuh Natasha supaya duduk. Dia senyum sinis.

" Tu dah duduk. Nah makan" dia menyuakan sudu pada Natasha.

Wanita itu mencebik. " Sinilah, aku boleh makan sendiri. Tangan tak patah lagi "

" Aku suap. Cepat bukak mulut"

Dua saat, empat saat, lapan saat..

Natasha mengalah. Mulutnya dibuka. Dengan cermat Airiel menyuap nasi kepada Natasha. Mengada!

Satu satu, dilayankan Natasha yang mintak macam macam. Kejap nak ikan kejap taknak. Nak suap kan? Ikutlah kata.

Habis sebekas nasi, Airiel menghulurkan air pula. Mulut Natasha dilap menggunakan tisu. Natasha sedikit terkedu. Seumur hidupnya, Airiel orang kedua yang memanjakannya sebegini. Selama ni dia sudah biasa buat semuanya sendiri. Dah lama tak rasa macam ni.

IrineWhere stories live. Discover now