Bab 13

2.3K 156 5
                                    

" Nah.."

Amran mengangkat kening. Huluran Natasha disambut.

" Apa ni?"

" Aku punya pedang. Kau tolong pegangkan "

" Boleh. Tapi sampai bila? "

Natasha mengangkat bahu. Beg khas untuk meletakkan pedang nya itu ditenung. " Sampai aku nak ambil balik "

Amran memandang Natasha.

" Kenapa kau bawak pedang ni? Well, kau kan tak suka semua ni. Macam, membunuh? Still, kenapa bawak pedang ni? " Amran melontarkan soalannya.

Gadis berambut paras bahu itu mengambil tempat duduk.

" Pedang tu tak semestinya untuk membunuh" jelas Natasha pendek. Amran diam. Menunggu penjelasan yang lebih panjang.

" Dua bulan selepas aku join team grandpa, kawan daddy datang melawat. Dia orang jepun. Kaito. Macam mana daddy kenal Kaito, aku taktau "

" And of course, dia bukan orang biasa. Dia Yakuza. Anak kepada Yakuza. Walaupun dia hidup dalam golongan 'gelap', dia masih sokong cara aku dengan daddy. Masih berkawan dengan daddy"

Amran masih diam. Dengar cara Natasha bercerita, Amran tahu, Kaito turut mahukan kebebasan dan hidup ikut cara sendiri.

" Kaito selalu datang jumpa dengan daddy. Ada masa, dia tanya aku macam macam. Aku pun ceritalah, aku tak suka semua ni. Aku ada agama aku. Aku taknak semua ni. Aku bagitau dia, aku taktahu macam mana nak lari, sebab grandpa selalu halang "

Nafas ditarik. " Kaito kata, jangan takut kalau kau yakin dengan apa yang kau percaya " sama macam apa yang Airiel kata.

" Hari demi hari, Kaito kena pergi. Dia dah tak boleh datang selalu. Kali terakhir aku jumpa Kaito, dia bagi aku pedang ni"

" Aku buat ni untuk kau, khas untuk kau. Takde apa apa yang istimewa, tapi tengok pedang ni, ingat apa yang selalu aku cakap. And yeah, itu last apa yang Kaito cakap " Natasha tertawa kecil dihujung cerita.

Amran senyum dan mengangguk. Pedang yang berada dalam pegangan digenggam erat. Tanda dia akan menjaga item itu seperti yang dipinta.

" So..bila kau nak bagitau Leo pasal kau?" soal Amran lagi. Kalini buka topik baharu. Terus tegak badan Natasha. Wajah Amran dipandang.

" Kau kenal Airiel?"

Amran mengangkat bahu. " Well..dia terkenal jugak. Suatu masa yang dulu. Tapi takdela dulu sangat"

" Terkenal?"

Amran menjulingkan mata. " Yang tu biar Leo kasitau sendiri lah. Haish kau ni. Lain aku tanya, lain kau jawab "

Natasha mencebik.












.....















Hari ni, Airiel bawak Natasha pergi rumah Haniah. Rumah ibunya.

" Harini cousin aku semua berkumpul. Selalunya macam tu lah. Aku je tak join"

Natasha hanya mengangguk mendengar kata kata Airiel. Saat Airiel mengajaknya, otaknya dah kosong sepenuhnya. Sedar sedar, kepala dah angguk terlebih dahulu.

" Tapi..kenapa kawan kawan kau ikut sekali?" soal Natasha merujuk kepada Ryan , Jumbo , dan Carl yang mengekori dari belakang.

" Entah. Dorang nak ikut. Dah lama tak jumpa mak aku kot" jawab Airiel. Bibir nya naik sikit bila melihat Natasha mengangguk polos.

IrineWhere stories live. Discover now