Bab 5

2.7K 149 1
                                    

" Oh, so tengah cari rumah lah sekarang ni?"

" Haah kak" Natasha senyum. Tegur tegur tadi, terus melarat ke bersembang pula.

" Akak tolong saya boleh tak? Saya tak tau sangat area dekat sini" terus Natasha meminta tolong straight. Lagi cepat dia jumpa rumah, lagi senang.

Izara membuat muka seperti berfikir. Dia mencuit suaminya yang leka mengunyah makanan.

" Abang! Kita tolong dia eh"

Iman angguk angguk. " Ha tolonglah" jawab Iman selamba.

Izara tepuk tangan. " Bagus! Kalau macam tu kita kasi dia duduk dengan kita lah. Boleh kan abang?"

Iman tersedak. Haduihhh isteri..

" Eh, tak payah lah kak. Saya taknak susahkan akak-"

" Tak susah lahh. Lagipun akak tau Natasha ni baik. Kan? Nanti akak adalah kawan" semudah itu Izara berkata. Matanya bersinar ikhlas.

Natasha senyum nipis. Baik? Agak agak kalau dia tau yang aku ni siapa, apalah reaksi dia.

Fikiran Natasha melayang..


Bunyi peluru bersimpang siur. Natasha memeriksa peluru didalam pistolnya. Masih penuh kerana dia tak menggunakannya. Tapi dalam keadaan sekarang, ramai yang boleh terkorban.

Dah agak! Tak sepatutnya dia setuju nak dengan cadangan grandpa. 'Memantau' konon! Membunuh adalah!

Tak boleh buang masa, Natasha keluar dari tempat persembunyian dan genggam erat pedangnya. Dia mara ke depan. Seorang lelaki mendekati nya. Dengan memejam mata, Natasha menjerit meminta maaf sebelum pedangnya melibas kaki si lawan.

Yang lain mula mara. Dengan pantas dia mengelak dan menahan segala serangan. Darah bercucuran dan memancut di setiap arah. Natasha semakin kaget.

Semakin ramai yang mendekati dia. Natasha dengan lincah menghayunkan pedangnya. Menghalang sesiapa pun mendekat.

Tak kisah lah nak kata pengecut atau apa sekali pun, dia dah taknak. Dia nak keluar.

Pedang disimpan. Natasha lawan menggunakan kaki dan tangan. Penuh berhati hati.

Dia lari ke arah seorang lelaki dan lompat kearahnya. Kakinya dikunci pada leher lelaki itu dan tangan menghentak pada leher. Pengsan.

Itu, kali pertama ketika Natasha menyertai team. Mengikut arahan Romanov bulat bulat. Lepas kejadian tu, ada je arahan, dia lagi rela terima hukuman daripada menyertai team.





" Abang senang je Tasha..kalau akak ni okay abang pun okay. Lagi pun betul jugak apa yang dia cakap tu"

Natasha kembali ke alam realiti. Hm. Diaorang memang baik. Terima aja orang luar tanpa berprasangka buruk.

Natasha diam. Terima? Tak?

" Tapi saya orang asing "

" Akak cuma nak membantu. Kalau Natasha sudi, terimalah " manis aja Izara berbicara. Kelu Natasha dibuatnya.

" Terima kasih sangat sangat. Selesai lah separuh hal saya. Terima kasih sangat sangat "

Pasangan itu tersenyum manis.












****











" Ni bilik Natasha. Kalau nak apa apa kasi tau akak eh. Akak ada dekat bawah dengan abang Iman "

IrineWhere stories live. Discover now