Pelbagai jenis makanan diletakkan dalam pinggan Natasha. Terbuntang mata cantik dia tu. Dia mendongak memandang Airiel. He?
" Makan. Kau makan sikit sangat. Bila lah nak besar tinggi"
Natasha menjegil. " Hey! This is to much! Aku tak boleh habis lah. Apa ni.." dia dah menggaru kepala. Nasib ada tudung, kalau tak serabai dah!
Airiel mengangkat bahu. Iman dan Izara tidak mempedulikan. Hanya senyum sahaja.
Natasha dah telan liur. Haduih..pecah lah perut macam ni. Kalau Airiel dinner dekat rumah ni, confirm dia suruh Natasha makan kalah tentera!
Perlahan lahan bismillah dibaca dan nasi mula disuap ke mulut.
Hm! Sedap macam selalu!
.....
" Kenapa duduk luar? Kau memang setiap kali aku datang, kau duduk luar ke apa?"
Natasha mencebik. " Biarlah. Aku suka duduk sini"
Yelah. Best. Malam..sejuk..angin.
Airiel mengambil tempat di depan Natasha. Natasha mengalihkan pandangan. Taknak menatap mata Airiel lama lama.
Bisa bikin heart attack!
Airiel sengih. " Hey, come on. Dua hari tak jumpa takde story ke? Tak bosan ke aku takde?"
Natasha gelak. Perasannya! Tapi betullah. Bosan. Ehek..taknak mengaku.
" Kau ni, buat jelah kerja tu elok elok. Aku kan ada Amran. Dia kan teman aku"
Airiel diam. Cemburu. Mukanya berubah menjadi dingin seperti biasa. Ada Amran? Dia temankan aku? Amran?
" Aku masuk kejap. Pastu balik dah"
Terus dia berlalu. Natasha terpinga pinga.
Wait...dia jealous ke?
Muka Natasha dah merah.
......
Pintu bilik Natasha diketuk. Natasha hanya mencapai tuala untuk menutup kepala. Yelah, kata Izara dia kena pakai tudung dalam rumah jugak sebab Iman bukan mahram dia.
Oh..Izara.
Izara masuk dan menutup pintu. Dia tersenyum. Di tangannya ada beberapa helai tudung.
" Ha..ni..amiklah. Ni semua tudung yang akak tak pakai. Semua shawl lah tapi. Jangan risau, semua plain" Izara senyum manis.
Natasha mengambil dengan mata bercahaya. Ada juga satu tudung sarung berwarna hitam. Baguslah, senang sikit.
" Ni, esok Tasha ikut kan?"
Terus masam muka Natasha. Izara gelak. Dress yang tersangkut di tepi almari dipandang.
" Hurm...tak tau lah. Tasha mana pernah pakai baju macam tu. Akak takde baju lain ke?"
Izara menggeleng. " Jangan risau, mesti okay punya. Lagi lagi Airiel yang pilih. Tasha kan cantik "
Natasha senyum. Nasib baik event tu malam. Kalau pagi, memang dia taknak ikut! Panas.
......
" Get ready. Please buat betul betul kali ni. Aku ada korang je. Yang lebih nanti serah aku"
Mereka mengangguk. Rela dan setia.
" Baik master Shark"
Ceh! Tak macam master pon. Noob je..mengampu je lebih ni.
YOU ARE READING
Irine
ActionBeautifulllll cover by @Rayyzell " Kau..CEO sini kan? Aku nak tanya boleh tak?" - Natasha Irine " Kalau aku taknak? Lagipun aku tak kenal kau. Aku sibuk. " - Airiel Zakhwan ... " Aku ada kan?! Aku tolong kau. " - Airiel Zakhwan " Kenapa? Kenapa kau...