Lengan Natasha dicengkam Airiel. Airiel menggelengkan kepala. Dia tidak mahu Natasha beradu tenaga dengan Felix. Kalau Natasha tidak mengandung, takde lah dia risau sangat. Masalahnya Natasha mengandung!Natasha hanya senyum. Kekura tangan Airiel diusap lembut. Pandangan dihalakan semula kearah Felix.
" Kau nak harta tu? Just take it. Aku taknak pun semua tu" kata Natasha. Cuba untuk selesaikan dengan cara elok. Malas mahu memanjangkan perkara.
Felix gelak besar. Air matanya dilap. Lawak sangat gamaknya.
" Hey? Kau. Aku nak kau. Kau kena kahwin dengan aku"
" Taknak. Aku dah ada suami aku" jawab Natasha selamba. Wajahnya tiada riak. Sambil itu, Airiel perlahan lahan bergerak untuk mencapai G-19 yang terdampar dilantai.
" Hey, grandpa kau dah janji nak satukan kau dengan aku. Kau sanggup ke nak hampakan grandpa kau tu?"
" Buat apa. Kau yang bunuh dia. Dia yang rogol Crystal. Tak semua arahan kita kena ikut. Arahan yang bodoh, aku tak ikut"
Merah wajah Felix. Terasa?
Tanpa sebarang kata, Felix menerkam kearah Natasha. Leher Natasha berjaya disauk. Natasha mengangkat sikunya dan menghentak wajah Felix berkali kali sehingga Felix melepaskan lehernya.
Natasha terbatuk batuk. Satu tumbukan hinggap dipipi Natasha. Kuat.
Natasha meludah apabila ada cecair rasa seperti besi. Dalam mulutnya berdarah. Laju kaki diangkat dan dia menyasarkan abdomen lelaki itu.
Sementelah, Airiel sudah berdiri tegak sambil mengacu pistol kearah Felix. Pantas Felix menerkam Airiel pula. Mereka bergelut.
G-19 dirampas Felix lalu dicampak jauh. Sangat jauh! Kemudian wajah Airiel menerima tumbukan Felix. Airiel mengelak namun perutnya dihentak lutut Felix. Airiel mengerang sebelum tangannya laju dilayangkan ke wajah Felix.
Felix terteleng. Sengal. Laju, wajah Airiel ditumbuk. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Empat-
" Stop, bastard!" Natasha menempik. Dia melompat dan berpusing.
Bush!
Badan Felix terteleng. Dia jatuh terjelepuk. Natasha mendapatkan Airiel. Airiel mengerang sakit. Muka Airiel penuh dengan luka luka. Hujung bibir Airiel sudah berdarah.
Tangan Natasha menggeletar. Matanya mula bersinar. Dia menuju kearah Felix. Leher Felix dicengkam kuat membuatkan lelaki itu berdiri.
" Ini. Habuan. Kau. Bunuh. Keluarga. Aku"
Wajah Felix menerima pukulan demi pukulan oleh Natasha. Felix mengaduh kuat.
" Argh!"
" Kau patut mati! Kau patut hilang dari dunia ni!! Kau buat aku sengsara! Kau target orang yang tak bersalah! You're totally son of bitch!" bergema suara Natasha. Apabila tangannya sudah lenguh, dia berhenti.
" Bloody hell!"
" Urgh..uhuk uhuk!"
Puas melihat Felix seperti nyawa nyawa ikan. Darah pekat membasahi lantai. Bau hanyir mula bertandang.
Natasha mendapatkan Airiel. Dia membantu Airiel bangun. Lantas tubuh Airiel didakap erat. Dahi lelaki itu dicium lembut.
" Kau tau kenapa? Heh..grandpa kau lagi bodoh. Dia pun bunuh orang yang tak bersalah. Dia bunuh mak kau. Dia bunuh family aku. Biar aku terkontang kanting"
Natasha dan Airiel terdiam. Mata hanya tertancap pada Felix yang terbaring lemah. Terukir senyuman sinis dibibirnya.
" Siapa yang patut mati sekarang ni?"
YOU ARE READING
Irine
ActionBeautifulllll cover by @Rayyzell " Kau..CEO sini kan? Aku nak tanya boleh tak?" - Natasha Irine " Kalau aku taknak? Lagipun aku tak kenal kau. Aku sibuk. " - Airiel Zakhwan ... " Aku ada kan?! Aku tolong kau. " - Airiel Zakhwan " Kenapa? Kenapa kau...