"AWALNYA kau hari ini," perli Najwa apabila terlihat kelibat Mikayla yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas 4 Setia.
Mikayla menarik kerusi seraya membalas, "Jangan tanya kenapa. Serius aku tak ada mood."
"Bangun!" Belum sempat Najwa menjawab, Razif ketua kelas 4 Setia bersuara. Serentak murid kelas 4 setia berdiri lalu memberi salam.
"Cikgu, jom main bola," ajak Naim setelah semua pelajar duduk di tempat masing-masing. Bukan selalu dapat waktu relief macam ini.
"Tak ada bola-bola. Buat kerja masing-masing." Cikgu Rizwan tegas menjawab sambil mencatat kehadiran pelajar di dalam buku kawalan kelas.
"Kenapa Cikgu Rizwan pulak yang masuk? Teacher Sarah tak datang eh?" soal Mikayla sambil memasukkan kembali buku teks Bahasa Inggeris ke dalam beg sekolahnya.
"Tak. Teacher hantar budak olahraga," jawab Najwa.
"Fuh selamat. Dah la aku belum siapkan kerja essay minggu lepas." Nafas lega ditarik. Dia bukannya suka mengarang karangan, lebih-lebih lagi karangan berbahasa Inggeris. Dia tidak gemar bermain dengan kosa kata dan penanda wacana bagi menghasilkan karangan yang baik.
Mikayla menongkat dagu sambil matanya tertumpu ke arah Cikgu Rizwan. Pelik. Kenapa Cikgu Rizwan masih single? Dia handsome kot. Macho gila. Betul ke dia belum berpunya?
"Assalamualaikum cikgu." Bunyi ketukan pintu serta-merta mematikan lamunan Mikayla.
"Waalaikumussalam. Ada apa?" Cikgu Rizwan memandang Wafiy yang berada di muka pintu.
Tatkala anak matanya bertaut dengan mata Wafiy, dia melemparkan jelingan tajam. Wajahnya sudah berubah kelat. Rasa menyampah dan benci mula bersatu dalam jiwanya.
"Esok ada mesyuarat agung untuk kelab persatuan dengan sukan permainan. Kehadiran wajib," umum Wafiy di hadapan kelas 4 Setia.
Gamat seketika kelas itu selepas mendengar pengumuman tersebut. Muncung si kaki ponteng sudah panjang sedepa. Yang aktif dalam kokurikulum pula tersenyum gembira.
"Terima kasih cikgu," ucap Wafiy sopan di muka pintu sebelum berlalu dari situ.
YOU ARE READING
Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]
Teen FictionKisah persahabatan yang penuh dengan kasih sayang. Insiden di depan pagar sekolah itu membuatkan dua orang manusia saling bertelagah. Adam Wafiy dengan sikap gila kuasanya. Mikayla pula dengan sifat nakalnya. "Musyrif si ketua pengawas tu pun tak ki...