Bab 3

1.6K 369 104
                                    

"KAU nak pergi makan dekat mana ni?" soal Mikayla semasa mereka baru sahaja keluar dari kelas 4 Setia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU nak pergi makan dekat mana ni?" soal Mikayla semasa mereka baru sahaja keluar dari kelas 4 Setia. Selepas ini, mereka perlu menghadiri mesyuarat agung kokurikulum pada pukul tiga petang.

"Mestilah kantin. Mana lagi?" Najwa menjawab sambil membetulkan ikatan tali kasutnya yang terurai.

"Jom beli Tealive. Lepas tu kita singgah beli ayam seringgit tu," ajak Mikayla.

"Eyy... boleh ke keluar macam tu? Kalau pengawas nampak macam mana?"

"Alaa diorang tak kisah pun. Hari tu aku pergi dengan Mimi elok je." Mikayla berkata sambil menyandarkan tubuhnya di koridor.

"Hmm..." Rasa serba-salah mula menyelinap ke dalam hati Najwa. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

"Jomlah, Wawa. Aku belanja," pujuk Mikayla. Dompet berwarna hitam di tangannya digoyang-goyang di hadapan Najwa.

"Yalah, yalah." Najwa menurut. Tangan Mikayla ditarik menuju ke tangga.

Mata Najwa membulat tatkala terlihat kelibat seorang pengawas lelaki yang berada berdekatan dengan pondok pengawal. Rasa gusar mula membelit hatinya.

"Weh, ada pengawaslah!" Najwa menepuk bahu Mikayla berkali-kali.

"Ala, kau ni Wawa. Relakslah. Aku boleh settle." Mikayla berjalan dengan yakin mendekati pondok pengawal di hadapannya. Terkedek-kedek Najwa mengejar langkah sahabatnya itu.

"Kau orang nak pergi mana?" Wafiy menyoal.

Cebikan terhasil di mulut Mikayla tatkala suara itu menerjah gegendang telinganya. Raut wajah Wafiy dipandang meluat.

"Aku nak pergi jumpa mak aku. Dia ada dekat luar," bohong Mikayla.

"Eh, bukan kau kata nak beli Tealive ke?" Najwa menyampuk.

Spontan Mikayla menepuk dahinya. Aduh, Wawa ni! Tak boleh cover langsung.

"Ah, tak ada Tealive-Tealive. Kena sebat live dengan pengetua baru kau tahu," larang Wafiy, tegas.

Eyy dia inikan!

"Apa masalah kau eh? Kita orang tak kacau hidup kau pun." Mikayla melawan sambil memandang Wafiy tak puas hati.

Najwa dah menjegilkan matanya kepada Mikayla. Takut benar kalau dia pun kena seret ke bilik disiplin.

"Kau buat salah aku halanglah. Ini memang kerja aku. Tanggungjawab aku. Amanah. Kau tu je tak amanah nak langgar peraturan sekolah." Wafiy berkata sambil berpeluk tubuh.

"Musyrif si ketua pengawas tu pun tak kisah lah. Kau tu je yang over!"

"Sebab tak kisahlah semua orang besar kepala! Perangai macam kau inilah yang buatkan kredibiliti seorang pengawas tu jatuh, tahu!"

"Dah pergi dari sini. Tak payah nak mengada-ngada. Kalau kena culik nanti sekolah juga kena serang," halau Wafiy.

Huh! Macam bagus je!

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now