Bab 30

1K 172 130
                                    

TAK lekang senyuman menghiasi bibir mungilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAK lekang senyuman menghiasi bibir mungilnya. Wajah putih bersih itu kelihatan berseri-seri sekali. Anak matanya bersinar-sinar apabila menatap inai di jari-jemarinya.

Pandangannya dilemparkan ke arah saudara-maranya yang hadir di dalam majlis akad nikahnya. Kuntum kegembiraan mula mekar di lubuk hati apabila mengenangkan apa yang  diimpikan selama ini bakal terlunas tidak lama lagi.

"Kak long," bisik Irsya perlahan di telinga kakaknya sambil mencuit bahu Wanda. Kelihatan pengantin lelaki sudah mengambil tempat di hadapan tok kadi.

Saat itu, pintu debaran bagai diketuk bertalu-talu. Posisi kedudukannya bingkas dibetulkan sebelum nafasnya dihela perlahan. Dia tertunduk malu saat matanya berlaga dengan anak mata itu.

Wanda sempat mencuri pandang wajah bakal suaminya. Tenang sahaja lelaki itu mendengar setiap butir kata yang meniti di bibir jurunikah. Debaran semakin kuat mengetuk dinding hatinya saat bakal suaminya berjabat tangan dengan tok kadi.

"Zafran bin Ahmad Zani," seru jurunikah itu sambil memandang bakal pengantin lelaki itu.

"Saya." Ringkas balasannya.

"Aku nikahkan dikau dengan Wanda Ilya binti Abdul Rahman dengan berwalikan abangnya, Ikhwan Waiz bin Abdul Rahman dengan mas kahwin sepuluh ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya..."

Tak semena-mena, lafaz itu tergantung sepi, membuatkan perdu hati Wanda ditikam rasa hairan yang maha hebat. Kerutan di dahi semakin bertambah apabila dia terdengar bunyi ketukan bertalu-talu. Seakan dunianya beku dan terhenti seketika.

"Wanda Ilya!"

Sejurus suara itu menusuk halwa, Wanda pantas membuka mata. Dia terpisat-pisat sebelum kornea matanya liar memerhatikan keadaan sekelilingnya.

Huh. Mimpi rupanya.

Dia masih berada di dalam kereta Honda Civic kesayangannya. Saat itu juga, dia menangkap bunyi ketukan bertalu-talu di tingkap keretanya. Pantas dia menurunkan cermin tingkap itu.

"Wanda! What are you doing here? In front of my house?" tengking Zafran sambil menikam anak mata Wanda. Letusan kemarahannya cuba ditahan sebaik mungkin agar tidak meletup di hadapan rumahnya.

Mahu dia tidak marah. Wanda selamba memarkirkan kereta di hadapan rumahnya pada awal pagi itu. Sudahlah perempuan itu tidur mati, punyalah payah Zafran mahu mengejutkan Wanda daripada lena.

"Kalau anak I nampak you macam mana?" tegur Zafran lagi. Dia baru sahaja menghantar Mikayla ke sekolah awal pagi tadi. Nak harapkan Maria? Jauh sekali.

"Biarlah. Lagipun I ni kan bakal mama tiri dia." Wanda membalas bersahaja.

Zafran hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Cepatlah, apa dia benda penting yang you nak bagitahu tu?" gesa Zafran.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now