Bab 32

1K 174 188
                                    

"MARIA!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MARIA!"

Maria terkaku seketika. Saat dia menoleh, raut wajah Zafran yang jelas terlakar kesedihan menyambar pandangannya.

"Maria, jangan tinggalkan I. I need you. I merayu. Jangan seksa jiwa I macam ni.  I tak izinkan you pergi, Maria." Zafran meraih lengan Maria bersama air mata yang sudah bergenang di tubir mata.

"Kalau you tak beri keizinan pun, I tetap akan pergi. Kalau you tak dapat terima pemergian I, lepaskan I Zaf. Moga Allah kuatkan hati kita, supaya kita masih boleh berdiri teguh meskipun kita tidak lagi sehaluan."

Sejurus melafazkan bicaranya, kolam air mata mula pecah. Air mata tak henti-henti membasahi pipinya. Rasa pedih tak jemu memalu jantungnya lebih-lebih lagi apabila genggaman Zafran erat, seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi.

"Macam mana dengan Mikayla? Tak kan tak ada walau sikit pun belas ihsan untuk anak kita, Maria? Anak yang you kandung 9 bulan lamanya. Anak yang you lahirkan dengan pengorbanan tak berbelah bahagi. Apa keras sangat ke hati you Maria, sampai tiada lagi naluri seorang ibu dalam diri you?"

Sungguh, kata-kata yang dilemparkan Maria tadi membuatkan dinding hati Zafran bagai disiat belati. Pedih. Rasa kecewa tak jemu memukul jantungnya, membuatkan Zafran tersandar dalam keperitan yang mencengkam sanubarinya.

"Wanda kan ada. Biar dia je yang gantikan tempat I." Semudah itu Maria menjawab.

"Maria..."

"Enough Zaf." Tangan Zafran yang memegang erat lengannya dileraikan kasar. Tanpa sebarang kata, dia cepat-cepat memasuki perut kereta tanpa menoleh lagi.

"Maria! Buka pintu ni Maria!" jerit Zafran pilu sambil mengetuk-ngetuk cermin tingkap kereta milik Johan.

"Joe, cepat gerak. Pedulikan dia. Cepat!" jerit Maria sambil menepuk-nepuk kerusi pemandu.

"Hoi Johan! Berhenti! Kau nak bawa lari bini aku pergi mana haa! Tak guna!" pekik Zafran lantang sambil mengejar pacuan empat roda yang sudah meluncur laju meninggalkan rumah teres itu.

Akhirnya, tubuh Zafran jatuh melorot di atas jalan tar. Air mata lelakinya mula mengalir membasahi pipi. Dia rasa dirinya manusia paling tidak berguna saat ini. Dia gagal mempertahankan rumah tangganya sendiri.

Langkah kaki diheret lemah menuju ke perkarangan rumah teres tiga tingkatnya. Saat pandangannya dihalakan ke hadapan pintu rumahnya, Zafran mula tersedar akan sesuatu.

Mikayla yang sudah teresak-esak menangis dibawa ke dalam dakapan. Tangisannya turut merembes sama dek rasa pilu yang meragut tangkai hatinya.

Tangisan Mikayla bertambah lebat saat tubuhnya berada di dalam pelukan erat papanya. Betapa dia rindukan saat ini. Dia terasa selamat berada dalam dakapan kasih seorang bapa.

"Kay jangan risau. Papa ada sayang..." Zafran mengukirkan senyuman di sebalik kesayuan yang menjerat jiwa. Dia lantas memimpin tangan anaknya memasuki rumah teres itu.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now