Bab 34

1.7K 196 402
                                    

KEPALA anak perempuan tunggalnya diusap penuh kasih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA anak perempuan tunggalnya diusap penuh kasih. Raut wajah Mikayla yang sedang nyenyak dibuai lena ditatap. Maria mengoyak senyuman tipis sebelum memori semalam kembali terlintas di benaknya.

"Mama..."

Maria yang sedang menangis teresak-esak tergamam saat suara itu menusuk gegendang telinganya. Melihat anak mata hazel milik Mikayla yang sudah terbuka luas, rasa syukur tak henti-henti mengasak jiwa seorang ibu.

Pantas, dia menggengam erat jari-jemari anaknya bersama rasa kasih yang meresap ke dalam urat hati. Senyuman manis terukir di bibir Maria sambil tangannya mengelus lembut pipi anaknya.

"Maafkan mama sayang. Mama minta maaf kalau selama ni mama abaikan Kay. Mama tak niat nak buat macam tu. Mama cuma nak buat yang terbaik untuk Kay. Mama sayang sangat dengan Kay." Itulah, luahan hati penuh ikhlas dari sanubari seorang ibu yang merindui permatanya.

Zafran yang memerhatikan adegan itu sekadar mendiamkan diri. Biarlah dua beranak itu saling mengungkap rasa yang selama ini disimpan sepi di dalam jiwa.

Sesekali, tangan Zafran mengusap lembut belakang tubuh Maria, menyalurkan kekuatan buat isterinya yang sudah tersedu-sedan.

"Mama minta maaf kalau mama dah gagal jadi seorang ibu yang baik. Percayalah, jika hati Mikayla kuat mengatakan yang mama dah tak sayang Kay, Kay silap. Kay anak mama, Kay nyawa mama. Kay satu-satunya zuriat mama. Mama sayang Kay sangat-sangat," luah Maria lagi. Air mata yang mula bergenang di tubir mata Mikayla dikesat lembut.

"Kay pun sayang mama..." luah Mikayla sebak. Rasa bersalah mula menyelinap ke ulu hati saat melihat mutiara jernih yang membasahi pipi mamanya.

"Maria..."

Panggilan daripada Zafran menyedarkan Maria yang larut dalam lamunan. Zafran yang sedang meletakkan plastik berisi roti di hadapannya dipandang.

"Makanlah. I tengok you langsung tak sentuh nasi I beli pagi tadi tu. Kenapa? Tak sedap? Kalau tak selera makan makanan berat, makan je roti ni. Makan sikit pun tak apa." Zafran berkata prihatin sambil menatap wajah Maria yang tak bermaya.

Melihat Maria yang tidak memberikan sebarang respon, Zafran mengeluh sendiri. Lantas, roti coklat dikeluarkan daripada plastik berwarna jingga.

"Buka mulut," arah Zafran tegas selepas mencubit sedikit roti coklat tersebut.

Secara paksa rela, Maria mengunyah perlahan cebisan roti yang disuap oleh Zafran. Sungguh, tekaknya perit untuk menelan makanan. Langsung tidak ada selera.

"You tahu tak, hari ini hari apa?" soal Zafran sambil mengerling ke arah Maria yang sudah meletakkan roti yang masih berbaki separuh di atas meja.

"Hari ni hari Sabtu kan?" Soalan dibalas dengan soalan.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now