Bab 10

1.7K 285 82
                                    

BUNYI tembakan yang berselang- seli dengan bunyi letupan sedikit pun tidak menggentarkan Mikayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI tembakan yang berselang- seli dengan bunyi letupan sedikit pun tidak menggentarkan Mikayla.

Bersama Najwa, Mikayla tangkas bergerak menumpaskan musuh-musuh dengan shotgun. Sesekali bom tangan dilempar ke arah pihak musuh.

"Wawa!" pekik Mikayla apabila terlihat Najwa rebah terkena tembakan musuh.

Kepala Najwa dipangku di pehanya. Darah pekat mula mengalir mengenai pakaian Mikayla. Najwa menggenggam tangan Mikayla yang sudah berlumuran darah dengan erat.

"Ti... tinggalkan aku. Ha... habiskan tu... tugas ki... ta." Tersekat-sekat suara Najwa. Anak mata hazel Mikayla ditatap sayu.

Mikayla mengelengkan kepalanya. Air mata mula mengalir deras.

"Jangan tinggalkan aku, Wa. Jangan."

"De... demi ne... negara kita." Senapang miliknya dipandang dengan ekor mata. Sebagai isyarat untuk Mikayla bangkit mempertahankan tanah air mereka yang tercinta.

Mikayla mengangguk faham. Dengan langkah penuh berani, dia menentang semua musuh berbekalkan senapang patahnya.

Dan tiba-tiba...

"Arghh!" Mikayla sudah rebah terkena tembakan di kakinya. Musuh di hadapannya bila-bila masa akan melepaskan tembakan ke arahnya. Mikayla pasrah. Matanya sudah dipejam rapat.

Boom!

Eh? Bunyi kuat tapi kenapa aku tak rasa sakit? Tersasar ke? Perlahan-lahan Mikayla membuka matanya.

Cikgu Hazlin sudah bercekak pinggang di hadapannya. Semua mata pelajar 4 Setia memandang ke arahnya. Najwa di sebelahnya sudah memandangnya semacam.

Eh? Macam mana budak Najwa ni hidup lagi? Bukan aku berperang ke tadi? Macam mana boleh tersesat dalam kelas ni?

Tak semena-mena lengannya dicubit oleh Najwa. Ouch, sakit! Mikayla menjeling Najwa tajam.

Eh? Jadi maknanya tadi aku cuma mimpi...

"Apa nak jadi dengan kamu ni, Mikayla? Macam mana nak lulus periksa kalau dalam kelas asyik nak tidur je. Kamu ni..."

Kring!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat untuk pelajar menengah atas bermula. Cikgu Hazlin bingkas mengemas barang-barangnya di atas meja sebelum meninggalkan kelas itu.

Mikayla menarik nafas lega. Tak perlulah dia dengar bebelan cikgu subjek matematiknya itu.

Ish, tak ada rasa bersalah langsung!

"Buatlah lagi macam tu. Kau layan drama sampai pukul berapa hah? Jenuh aku kejut kau tadi tahu?" Najwa sudah bercekak pinggang di hadapan Mikayla.

"Janganlah marah aku. Aku..."

"Dah jom rehat!" ajak Najwa.

"Aik, coklat? Siapa bagi?" Coklat Cadbury di pegangan Najwa ditunding dengan jari telunjuk.

Sengihan melebar di bibir Najwa.  Dia menghulurkan sehelai sticky notes kepada Mikayla.

Senyuman awak manis macam coklat sebab awak manis macam coklat juga!

"Weh, asal sweet sangat ni?" Macam tidak percaya je Nazril yang tulis macam ni. Bukan ke Nazril tu pemalu?

"Eh Kay! Cepatlah!"

Mikayla cepat-cepat mengambil dompetnya di dalam laci meja.

Eh?

Mikayla tunduk melihat isi laci mejanya. Ada sepeket gula-gula Mentos Mint di dalam laci mejanya. Kertas yang terselit di ambil lalu dibaca di dalam hati.

Ikhlas untuk beruang panda kepala teleng.

Pergi lap air liur basi tu!

MIKAYLA menyedut susu kotak Dutchlady sambil matanya meliar memerhatikan keadaan di kantin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MIKAYLA menyedut susu kotak Dutchlady sambil matanya meliar memerhatikan keadaan di kantin.

"Oi, sombong eh sekarang?" tegur Deena, rakan sekelas Mikayla dan Najwa semasa tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

Namun, mereka kini jarang melepak bersama kerana berlainan aliran. Mikayla dan Najwa berada dalam aliran sains tulen manakala Deena dalam aliran sastera.

"Mana ada sombong. Kau kan ada pakwe baru, mana layan dah kita orang ni. Kan Wawa?" Mikayla sengaja buat suara seakan-akan merajuk.

"Alaa kau ni kan..." Deena tersengih malu. Dia mula mengambil tempat di sebelah Mikayla.

"Emm... Wawa aku nak tanya sikit ni." Deena memandang Najwa yang berada di hadapannya.

"Apa dia?"

"Kau dengan Nazril couple ke? Budak kelas aku dah sibuk mengata pasal kau," cerita Deena bersungguh-sungguh.

"Mana ada aku couple." jawab Najwa lalu menggigit coklat di pegangannya.

"Alaa... biasalah tu. Mulut makcik bawang memang macam tu. Kalau aku sumbat mulut dia orang tu belum tentu diam," sampuk Mikayla.

"Assalamualaikum," ucap satu suara.

Serentak Deena dan Mikayla menoleh. Deena tersenyum-senyum melihat gerangan yang memberi salam tadi.

"Waalaikumussalam. Ada apa Nazril?" Sopan suara Najwa bertanya.

"Emm... esok kita ada study group. Jangan lupa datang," pesan Nazril sebelum berlalu.

"Hah Wa, dengar tak cik abang kau tu pesan apa?" sakat Deena.

Pipi Najwa sudah merah. Malu!

LANGKAH diatur menuju ke kelas 4 Setia dengan semangat yang baru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH diatur menuju ke kelas 4 Setia dengan semangat yang baru. Tekadnya hari ini, dia tidak akan tumpas! Berbekalkan gula-gula Mentos kiriman Wafiy, dia akan cuba bertahan hingga masa yang terakhir!

Berkerut dahi Mikayla melihat Najwa yang sedang duduk di atas tikar di sudut bacaan kelas. Matanya merah seperti orang yang baru menangis.

"Wa, kau okey?" tanya Mikayla, prihatin.

Wajah Najwa bertukar mendung apabila terdengar ayat Mikayla. Dia menangis teresak-esak.

"Wa, kenapa ni?"

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now