Bab 7

1.3K 303 79
                                    

KERTAS soalan kuiz matematik di atas meja guru dijeling berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERTAS soalan kuiz matematik di atas meja guru dijeling berkali-kali. Mikayla menarik nafas, cuba menghilangkan rasa gemuruhnya.

Kerusi kosong di sebelahnya digoyang perlahan. Hari ini, Najwa tak hadir. Dia terpaksa mengikut ayahnya ke Perak.

"Nur Mikayla," panggil Cikgu Hazlin. Sesekali, cermin mata yang melorot di batang hidungnya dibetulkan.

Mikayla lantas bangun menuju ke meja guru. Tangannya menggigil-gigil semasa mengambil kertas soalan kuiz itu.

Ini ambil baru kertas kuiz, belum lagi mahu ambil slip keputusan SPM. Haih.

Wajah Mikayla bertukar muram sebaik sahaja melihat markahnya.

Gagal.

"Kay, kau dapat berapa?" tanya Nurin yang berada di belakangnya.

"Cepat bagitahu. Nanti aku tunjuk markah aku pulak," sampuk Erin pula.

"Mana boleh bagitahu." Mikayla membalas sambil menyimpan kertas itu di dalam fail.

"Kay! Markah kau berapa?" Syura tiba-tiba muncul di hadapan meja Mikayla.

"Markah aku teruk lah." Suara Mikayla mengendur.

"Alaa bagitahu jelah," desak Syura. Bahu Mikayla digoyang-goyang perlahan.

"Lima tiga, terbalikkan." Mikayla menjawab perlahan. Dia sudah tidak tahan didesak oleh rakan sekelasnya.

"Hm okeylah tu. Aku pun dapat cukup makan je," komen Erin.

"At least kau lulus, Rin," ujar Mikayla, perlahan.

"Alaa baru kuiz. Relakslah," Nurin menepuk perlahan bahu Mikayla.

"Sudahlah, aku nak pergi tandas sekejap," ujar Mikayla apabila Cikgu Hazlin sudah keluar dari kelas 4 Setia untuk menghadiri mesyuarat.

"Eh, nantilah dulu. Dah nak rehat..." Kata-kata Nurin terhenti apabila Mikayla sudah bangun dari duduknya seraya berjalan meninggalkan kelas itu.

Sebaik sahaja Mikayla melangkah keluar dari tandas, jam tangannya ditilik. Alamak, waktu rehat dah nak habis! Matanya yang sembap dikesat sebelum dia berlari menuruni anak tangga.

Baru sahaja dia mahu beratur di hadapan kaunter koperasi, seorang pengawas perempuan mendepakan tangannya sekali gus menghalang laluan Mikayla.

"Tak boleh beli!" Satu suara berskala besar keluar dari mulut pengawas itu. Matanya terjegil luas sambil menatap muka Mikayla.

Itulah Laili, penolong ketua pengawas di sekolah itu. Dia punya gila kuasa tu, pergh! Tak boleh bawak bincang langsung. Kalah Wafiy.

"Baru je keluar ni. Belum rehat lagi." Mikayla membalas tenang sambil matanya terarah pada raut wajah Laili.

"Kau budak kelas 4 Setia kan? Kelas 4 Setia kan keluar awal tadi. Dah, pergi masuk kelas!" Tegas suara Laili. Hish, tak boleh bertolak ansur langsung!

Mikayla terpaksa menurut. Sandwic di atas kaunter koperasi hanya mampu dipandang.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now