06

99 11 64
                                    

Aira betul-betul tunaikan kata-katanya. Bukan itu saja, dia langsung tak berhubung dengan mana-mana rakan Woo Seok. Macam terus terputus hubungan camtu je!

Aira juga langsung tak keluar ke mana-mana, melainkan ianya betul-betul penting saja. Dia hanya menghabiskan masanya di rumah, menonton tv, membuat kerja suri rumah, melukis atau menulis.

Tapi Woo Seok risau. Bukan sebab keselamatan Aira, tapi Aira nampak lesu dan penat akhir-akhir ni sejak dia asyik berkurung. Dah macam duduk dalam penjara pulak lagaknya.

"Aira? Awak okey ke tak ni?"tanya Woo Seok pada Aira yang nampak lesu nak pegang pensel.

"Hmm..."jawabnya pendek. Telefonnya tak berhenti-henti bergetar tanda banyak notifications masuk.

Disebabkan Aira langsung tak hiraukan, Woo Seok mengambil telefon Aira dan periksa apa yang hingar sangat telefon dia tu.

Yo Hanie Paboooo
Aira? Noona? Noona, kenapa bluetick je?
11 more messages

Min Soo Perasan Hensem
Weh, Aira, kau sakit ke? Kau tak baca pun mesej aku.
5 more messages

Ye In Kaki Kepoh
Airaaaa! Uii sis! Uii pendek sependek jinwook!
23 more messages

Terkejut Woo Seok melihat telefon Aira. Bukan terkejut kerana kawan-kawan dia mesej Aira, tapi terkejut bila Aira langsung tak baca semua mesej diorang!

Yelah, sebab Aira bukan jenis nak bluetick orang, kecuali dia memang tak tahu nak jawab apa, dia tak berminat ataupun dia betul-betul penat.

'Aira...awak buat semua ni sebab saya ke?'hati Woo Seok terdetik. Dia meletakkan telefon Aira ke tepi.

Perlahan, dia memeluk Aira, memberi back hug pada isterinya.

"Woo Seok?"Aira agak terkejut bila Woo Seok berbuat begitu.

"Aira...saya tak sangka awak betul-betul ikut cakap saya..."gumamnya sebelum menyembunyikan wajah ke leher Aira.

Namun dia terhenti bila merasakan suhu badan Aira agak panas.

"Aira? Awak demam ke?"kata Woo Seok seraya dia meletakkan dahinya pada dahi Aira bagi memeriksa suhu.

"Emm..."

"Awak demam ni...aduh..."Woo Seok mulai panik. Ni semua salah dia!! Mesti Aira demam dan sakit sebab asyik terperuk dalam rumah nak dekat 3 minggu saja!

Sudahlah isterinya tu tengah mengandung, dia sepatutnya berjalan ambil angin dan dapatkan cahaya matahari!

"Jom, saya bawa awak jumpa doktor eh?"pujuk Woo Seok padanya. Aira dengan pantas menggeleng.

"Tak nakk! Tak suka doktor...saya okeylah, Woo Seok!"marah Aira, dengan suara yang serak dan lemah. Woo Seok tak tahulah nak marah ke nak geli hati, sebab pada masa yang sama Aira nampak comel bila marah macam tu.

"Jagiya, jomlah pergi klinik. Awak demam ni, kalau sakit sampai ke baby ni nanti siapa susah? Saya jugak..."pujuk Woo Seok lagi.

"Tak nakkk..."

"Kim Aira..."ha dah keluar dah 'Kim' tu. Eh tiberrr😂😂

"Tiber tukar surname orang...Han okey? Han Aira! Adiknya Han Seungwoo, Han Jiyoung dan Han Sun Hwa!"marah Aira lagi.

"Ha yolah, Han Aira. Dahlah, cepat! Habis dimention nama kakak abang dia ye,"Woo Seok akhirnya terlepas tawa sendiri. Sakit perut dia dengan Aira kalau hari-hari camni.

Woo Seok membantu Aira bangun dan mencari jaketnya di bilik. Woo Seok terus memakaikan jaket Aira pada tuan punya jaket. Dia mencapai kunci kereta di atas laci sebelum dia membawa Aira ke klinik berdekatan.

[C][15+]The World Of Husband And Wife || 우석Where stories live. Discover now