02

144 13 60
                                    

"Harini awak dijemput untuk pergi satu rancangan?"Woo Seok terkejut bila Aira memaklumkan padanya.

"Mestilah. Saya dijemput untuk bicara tentang hidup saya dengan awak dan pasal novel saya baru keluar tu,"Aira mengusap rambut Woo Seok lembut.

Woo Seok memuncung sebelum dia baring di atad paha isterinya.

"Bangunlah, Seok, saya nak siap,"Aira menolak kepala Woo Seok sebelum dia bangun ke meja solek.

"Kenapa baru harini awak nak bagitahu? Saya baru cadang nak bawak awak ngan Mi Kyung dan Kyung Mi keluar,"

"Saya baru teringat. Walaupun ni bukan kali pertama saya hadiri apa-apa show, saya masih pelupa kalau hal-hal macam ni,"Aira tergelak sendiri.

"Nak saya hantar?"tanya Woo Seok padanya.

"Awak boleh ambil saya bila dah habis, nanti kalau awak hantarkan awak akan nak tunggu sampai habis, dahlah show tu lama,"Aira terkekeh mengetahui akan lagak Woo Seok yang selalu dibuatnya.

Woo Seok terdiam, menahan rasa malu bila Aira dapat mengagak niatnya.

"Saya dah nak pergi ni, jagakan Mi Kyung dan Kyung Mi eh? Awak pun tahu diorang sayang awak sesangat,"Aira menunjukkan muka merajuk. Woo Seok tergelak sebelum dia mencubit pipi Aira.

"Alah, saya sayangkan awak jugak. Diorang pun sayangkan awak,"Woo Seok memujuk sebelum mengucup sekilas bibir isterinya.

"I love you 3000,"ucapnya membuatkan Aira malu dan menampar bahu Woo Seok sebelum dia lari keluar.

"I LOVE YOU 3000 TOO!"jeritnya dari luar sebelum Woo Seok dengar bunyi pagar terbuka.

Woo Seok hanya mampu gelak je sebelum dia naik ke atas bagi melihat Mi Kyung dan Kyung Mi.

.

.

.

"Harini untuk rancangan kita, kami ada jemput seseorang yang dikenali oleh ramai orang,"MC itu memperkenalkan Aira.

"Annyeonghaseyo, Han Aira imnida..."Aira membongkok sikit. Dia tersenyum pada kamera.

"Pertamanya, tahniah diucapkan untuk pencapaiannya kerana alhirnya dapat mengeluarkan novel hasil tulisan anda sendiri, yang bertajuk 'Suamiku Pencinta Kucing'. Boleh terangkan sikit?"tanya MC itu.

"Cerita ini mengisahkan pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Suaminya, atau dalam cerita ni dipanggil Hyun Jin, sangat sukakan kucing, tapi isterinya, Choi Nia mempunyai alahan terhadap haiwan. Ianya bergenre romance dan fantasy bila si suami bertukar jadi kucing dan harus dijaga oleh si isteri,"

"Menarik betul cerita ni! Boleh saya tahu mengapa kamu pilih cerita ni untuk di keluarkan?"MC itu bertanya lagi.

"Saya pilih cerita ni sebab ianya mengisahkan kesusahan suami isteri untuk dapat kesefahaman. Lagi-lagi yang baru berkahwin. Seperti dalam cerita ni, suami dan isteri ni bergaduh hanya disebabkan seekor kucing. Ia membawa maksud sebab yang kecil juga boleh mendatangkan pergaduhan, jadi saya nak beri pesan kepada mereka yang di luar sana untuk ambil berat perkara ni,"Aira menerangkan kepadanya.

"Saya juga dapat tahu yang anda terinspirasi dari seseorang?"soalan MC itu membuatkan Aira tergelak kecil dan tersenyum malu.

"Saya dapat idea ni dari suami saya, Kim Woo Seok. Sebab ramai orang kata yang Woo Seok mempunyai rupa seperti seekor kucing, jadi saya gunakannya sebaik mungkin,"Aira tertawa lagi.

"Ramai orang sangat sukakan kamu! Lagi-lagi apabila kamu merupakan isteri kepada Kim Woo Seok, yang merupakan seorang penyanyi dari kumpulan Up10tion dan X1 yang sangat popular ketika ini,"

"Saya tak nafikan yang diberi kasih sayang oleh para peminat suami saya tu tipu, tapi selain diberikan kasih sayang, ada juga yang mungkin tak suka,"Aira menjawab soalannya dengan tenang.

"Begitu rupanya. Dan juga, saya ingin tanya satu soalan,"

"Boleh, silakan,"

"Saya ingin tanya tentang satu controversy antara Kim Woo Seok dengan Jeon Somi semasa dia masih di Up10tion,"kata-kata MC itu tiba-tiba membuatkan Aira rasa kurang selesa.

"B...boleh..."

"Saya nak tanya kalau apa yang dilakukan Woo Seok pada masa itu adalah secara sengaja atau tak? Dan apa reaksi kamu?"tanya MC tu. Namun kalini, Aira tersenyum saja.

"Saya masih ingat akan kejadian tu. Kejadian tu meninggalkan parut dalam hati saya dan Woo Seok. Ketika itu, saya ingat bila dia balik ke rumah secara mengejut. Reaksi dia, wajah dia, membuatkan saya rasa sedih. Saya masih mampu ingat bila saya pujuk dia setelah saya tahu apa yang jadi.

Ianya bukannya sekejap untuk Woo Seok terima akan semua ni. Saya masih kecewa bila ada yang masih ungkit perkara itu bila dia menyertai Produce. Ramai yang kata dia cuba menyembunyikan sifat kasar dia bila depan kamera.

Tapi tak ramai yang tahu, itulah diri dia yang sebenar. Saya tahu, sebab saya isteri dia. Dia cuma takut. Takut untuk tunjuk lebih lagi. Dia tak kasar, dia cuma takut kebahagiaan dia diambil orang. Dia tamak, macam saya, macam semua orang. Sebab tulah..."Aira menjeling sekilas pada MC itu.

"Saya takkan teragak-agak untuk serang sesiapa saja yang menyakitkan hati Woo Seok. Sesiapa yang berbuat sebegitu akan terima balasan yang setimpal,"katanya lagi membuatkan MC itu terdiam.

"B...baiklah, kita teruskan ke segmen seterusnya..."MC itu agak ketakutan membuatkan Aira tersenyum. Dia berlagak seperti tiada apa berlaku.

Puas hati dia.

Selepas show...

Aira mengeluh sikit sebaik saja show itu habis. Sedaya-upaya dia tahan rasa nak pijak-pijak je MC tu depan kamera, biar jadi lempeng.

Pandai ek nak tanya soalan-soalan camtu? Hesy, cari nahas betul.

Aira berjalan keluar dari lif. Baru saja dia nak melangkah ke tempat parkir, dia terkejut bila ada ada orang tutup mata dia dari belakang.

"Siapa ni?"jejaka itu tertawa. Aira menolak tangannya sebelum berpaling dan turut tersenyum sekali.

"Yo Han! Apa kamu buat kat sini?"Aira terkejut melihat Yo Han kebetulan di situ.

"Takde ape, Yo Han kebetulan je lalu sini. Noona buat apa kat sini? Woo Seok hyung mana?"tanya Yo Han bertubi-tubi.

"Noona ada show kat sini. Woo Seok tu kejap lagi sampailah. Eh, tak semestinya noona kena melekat ngan dia tau,"Aira menampar lengan Yo Han membuatkannya tuannya tergelak.

"Yelah, dia tu kalau nampak Yo Han ngan member X1 lain sembang ngan noona je jeles dia tu naik,"ujar Yo Han sebelum dia dan Aira sama-sama tergelak.

Tanpa mereka sedar, mereka diperhatikan oleh seseorang dan...

KCHAK!

Gerangan itu tersenyum sinis.

"Habislah kau lepasni, Han Aira~~"

+++

Laju sgt ke storyline? Ehe😂

[C][15+]The World Of Husband And Wife || 우석Where stories live. Discover now