Antara scene2 dalam ni adalah yang aku tak masukkan, aku tukar or aku lupa nak letak. Aku ni memang pelupa siket so yeah😂😂😂sambil tu dengar jugak lagu Sweet Rain by Jin Hyuk, vokal bukan main-main uttt-
Chapter 7-Scene Aira kena panic attack
"W...Woo Seok, saya takut..."Aira terus memeluk Woo Seok bila Woo Seok memberitahunya tentang hal orang yang sebarkan rumor mereka.
"Tenang, saya dekat sini..."pujuk Woo Seok. Tapi Aira langsung tak mampu untuk tenang, jantungnya berdetak laju, dahinya berpeluh dingin, dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan pemandangannya berpinar-pinar.
Woo Seok tanpa putus asa memujuknya, cuba menenangkan Aira kerana dia tahu Aira mengalami serangan panic attack, kerana dia pun pernah hadapinya.
Aira menggenggam baju Woo Seok erat, kepalanya disandarkan pada dada Woo Seok. Dia berasa sukar nak bernafas dengan teratur.
"Aira, tarik nafas, hembus. Cuba tenangkan diri dulu,"pujuk Woo Seok dengan suara yang lembut dan mengusap rambut Aira.
"Sa...saya takut..."ujarnya sebelum dia pengsan. Mujurlah Woo Seok tak panik dan menangkapnya tepat pada masa.
Woo Seok menghela nafasnya. Dia mengangkat Aira dan membaringkannya di atas katil. Dahi Aira yang berpeluh tadi dikesat dengan sapu tangan.
"Saya ada, Aira, saya sentiasa ada di sisi awak, jadi jangan takut..."ujar Woo Seok lembut sebelum mengecup dahi Aira.
Chapter 15-scene perkahwinan Aira dengan Woo Seok
Woo Seok menunggu dengan resah di dalam bilik menunggu. Badannya dilengkapi dengan sut berwarna putih dan rambutnya disisir bagi menampakkan dahinya yang selalu tertutup tu.
Woo Seok masih mampu rasakan, detak jantungnya yang tak selari. Dia sangat gugup ketika tu, dan ini kali pertama dia terasa gugup selain dari membuatkan persembahan di pentas.
Bersama Aira sudah cukup membuatkan hatinya berdegup, apatah lagi dia sedar bahawa hari ni merupakan hari perkahwinan mereka. Dia tak menyangka bahawa hari ni akan sampai juga suatu hari nanti.
Dia masih ingat betapa hangatnya perasaan membayangkan dia membina keluarga bersama Aira. Setelah banyak yang dikorbankannya, mestilah perkahwinan ni terasa sangat berharga.
"Woo Seok, cepatlah, kau sendiri suruh aku siap cepat-cepat tapi kau pulak yang termenung depan cermin tu,"usik Jin Hyuk. Sudah semestinya Jin Hyuk yang akan berada di sebelahnya nanti, sebab dia yang pilih Jin Hyuk jadi pengapit dia.
Okey sebenarnya cerita asalnya pengapitnya sepatutnya Ye In, tapi Ye In tak nak sebab malu, jadi Woo Seok terpaksa ambil Jin Hyuk. Member lain semua menolak atas alasan jeles dan bukan-bukan.
"Yelah, aku datang ni,"katanya sekilas sebelum berjalan bersama Jin Hyuk ke tempat dia akan bakal mengangkat ikrar bersama Aira nanti.
Manakala bagi situasi Aira, gadis itu berasa sangat gugup bila tahu yang dia bakal bergelar isteri seseorang yang dia sangat sayang setiap masa. Bahkan nama keluarganya juga akan bertukar dari Han Aira ke 'Kim Aira'.
Dia gugup kalau-kalau dia silap langkah dan terjatuh, sebab pernah dengar cerita yang ada kawannya pernah jatuh semasa nak berjalan untuk mengangkat ikrar. Lagi-lagi bila dia pakai kasut tumit tinggi.
"Alah, Aira, kau pakai kasut 2 inci je, bukan 5. Rilek dulu, nanti kau terkencing dalam gaun pulak,"usik Hayoun, salah seorang kawannya yang menjadi pengapitnya.
"Ish, kau cakap senanglah! Jangan usik camtu!"marah Aira padanya. Hayoun tergelak sakan.
"Okey, okey, aku gurau je. Tapi kau cantik je, Aira, tak payahlah kau risau kalau Woo Seok tak tertawan,"Hayoun meletakkan berus blusher tadi ke tempat asalnya.
YOU ARE READING
[C][15+]The World Of Husband And Wife || 우석
FanficCredits to: @-Kayla_Hyunjie- for the awesome cover 15+ Kisah seorang suami isteri yang berbeza kehidupan masing-masing. Si suami seorang idol, sentiasa sibuk dengan jadualnya lagi-lagi ketika bakal comeback. Manakala si isteri hanya gadis biasa yang...