(Recommend song-You Can Be King Again by Lauren Aquilina)
Seungwoo meletakkan laptop milik Woo Seok di atas meja. Selepas Seo Hyun pergi tadi, Woo Seok meminta tolong Seungwoo untuk ambilkan laptop miliknya.
"Kau nak buat apa?"tanya Seungwoo, namun Woo Seok sekadar menunjukkan pendrive di tangannya.
Tanpa ragu-ragu, pendrive tu dicucuk ke laptopnya. Beberapa fail muncul pada skrin laptop Woo Seok. Cuma ada dua fail yang menarik perhatiannya.
To My Woo Seok♡
Satu lagi merupakan fail gambar. Woo Seok terus klik pada fail video tadi. Dia dan Seungwoo terkejut bila satu video dimainkan.
"Kamera dah on ke? Ah dah...Woo Seok! Woo Seok, annyeong~"kedengaran jelas suara Aira dari dalam video tu. Dia tersenyum lebar, tapi Woo Seok tahu, yang Aira berada di hospital ketika ni.
"Woo Seok-ah, hari ni merupakan hari pertama saya masuk hospital. Lama saya tak bersemuka dengan awak. Hampir sebulan?Hmm...apapun, saya nak minta maaf sebab sebulan tak balik dan jumpa awak. Saya rindu awak sangat-sangat, tapi pada masa yang sama saya takut,"
"Yang pertamanya, saya cuma nak cakap, kalau awak tengah tengok video ni, mungkin maknanya saya dah tak ada di sisi awak lagi, di sisi Mi Kyung dan Kyung Mi. Saya tak boleh yakin yang saya akan selamat dari penyakit ni. Tapi saya berjaya juga survive kan? Hehe,"
"Ada beberapa perkara yang awak kena tahu. Maafkan saya sebab dah lama rahsiakan, tapi saya kena beritahu sekurang-kurangnya sebelum saya mati. Pasal perkahwinan awak dan saya selama ni...sebenarnya perkahwinan ni boleh dikatakan perkahwinan yang dirancang," Seungwoo dan Woo Seok terkejut.
Perkahwinan dirancang?
"Ianya bukanlah dirancang sangat sebab saya dan awak sempat berkenalan dulu. Tapi sebenarnya sebelum ni saya langsung tak ada niat nak sayangkan awak, tapi bila tengok awak sayangkan saya sebelum kita berhubungan, saya rasa saya pun dah sukakan awak, jadi omma saya terus cadangkan untuk mula perlahan-lahan,"
"Kenapa ianya dirancang? Sebab ada sesuatu pernah jadi yang awak mungkin tak ingat. Awak masih ingat awak sambut debut awak dengan Up10tion? Awak mabuk dengan diorang dan awak terpisah. Saya pernah bekerja sambilan dekat situ dan cuba untuk tolong bawa awak balik, tapi berakhir dengan...perkara yang tak diingini,"
"Awak taklah nodai saya sepenuhnya tapi masih juga awak sentuh saya. Disebabkan risau akan risiko, omma saya cadangkan untuk jumpa awak di fanmeeting tu dan berakhir awak beri nombor telefon awak,"
"Tapi syukurlah, saya tak mengandung dan omma saya cadangkan untuk mula perlahan-lahan. Dia risau kalau orang tahu saya pernah disentuh, saya takkan dapat kehidupan yang dia nak saya ada. Tapi awak jaga saya, lebih dari seorang kawan, dan saya terus setuju dengan omma saya untuk cintakan awak dengan ikhlas,"
Woo Seok benar-benar terkejut mendengarkan cerita dari mulut Aira. Walaupun ianya video, dia tetap rasa terkejut. Dia tak rasa kecewa kerana Aira merahsiakannya darinya.
"Apa semua ni? Kau tak tahu ke, Seungwoo?"tanya Woo Seok pada Seungwoo.
"Tak...aku tak tahu..."jawabnya dengan muka yang masih terkejut.
"Saya tahu awak mungkin terkejut. Maafkan saya sebab rahsiakannya. Tapi jangan risau, saya tetap bahagia dengan awak. Maknannya semua yang berlaku ni ada hikmahnya sendiri kan? Kalau awak tak sentuh saya malam tu, mesti saya takkan bersama dengan awak macam ni kan? Hehe, maaf terlebih pula..." Woo Seok tersenyum lucu melihat Aira begitu.
"Ketiga, saya nak awak jaga Mi Kyung dengan Kyung Mi. Kekal lah di sisi diorang, besarkan diorang, tengok diorang habis belajar, kahwin dan dapat anak macam yang kita berdua impikan. Saya tetap akan bersama awak, di sini, kan?" Aira meletakkan tangan pada dada kirinya. Woo Seok tersenyum, menahan tangisnya sendiri.
YOU ARE READING
[C][15+]The World Of Husband And Wife || 우석
FanfictionCredits to: @-Kayla_Hyunjie- for the awesome cover 15+ Kisah seorang suami isteri yang berbeza kehidupan masing-masing. Si suami seorang idol, sentiasa sibuk dengan jadualnya lagi-lagi ketika bakal comeback. Manakala si isteri hanya gadis biasa yang...