01

219 20 135
                                    

Dunia suami isteri ni berbeza...

Sangat berbeza...

Pernah tak tahu bahawa jikalau salah seorang dari suami atau isteri hilang kawalan, maka rumah tangga akan terus roboh?

Begitulah kisah mereka...

"Kau!"tangan Woo Seok naik ke atas, berniat untuk memukul isterinya kerana kesabarannya yang sangat terhad.

Disebabkan terkejut, Aira terus menunduk dan melindungi dirinya sendiri dari dipukul Woo Seok.

Woo Seok terkejut melihat Aira yang ketakutan itu. Dia terus tersedar dan menurunkan tangannya. Sungguh, dia sebenarnya tak ada niat nak pukul Aira pun.

"Aira! Sa...saya minta maaf...saya tak berniat pun..."Woo Seok menarik tangan Aira turun dari menutup wajahnya. Dia terkejut bila melihat Aira menangis sebab ketakutan.

"Aira, saya minta maaf...serius saya tak nak pukul awak...jeongmal mianhae..."Woo Seok terus memeluknya, mengusap surai hitam panjang milik isterinya.

"Woo Seok...ja-jangan pukul saya...jebal...hiks..."gumam Aira perlahan.

"Tak, saya tak akan pukul. Sumpah Aira, saya tak akan pukul awak...maafkan saya..."Woo Seok meminta maaf lagi.

"Pa...papa..."Woo Seok terus melangut bila terdengar suara Kyung Mi. Dia terkejut melihat Mi Kyung dan Kyung Mi mengintai di sebalik dinding sambil ketakutan.

"M...Mi Kyung...Kyung Mi..."Woo Seok kaku.

"Papa...papa nak pukul mama ke tadi?"tanya Mi Kyung pada Woo Seok. Manakala Kyung Mi pula dah memeluk kakaknya tanda ketakutan.

"Pa...papa tak berniat..."baru saja Woo Seok nak memegang bahu mereka berdua, Mi Kyung menepis tangan Woo Seok kasar membuatkannya terkejut.

"Papa jahat!"jerit Mi Kyung sebelum dia lari naik ke biliknya. Kyung Mi turut lari mengikut kakaknya.

"Mi Kyung, Kyung Mi! Papa tak berniat pun!"Woo Seok terus ke bilik mereka namun dikunci. Diketuknya pintu bilik banyak kali tapi tak ada jawapan.

"Papa...papa minta maaf..."Woo Seok terus jatuh di depan pintu bilik anak kembarnya. Air matanya menitis jatuh mengenangkan dia digelar 'jahat' oleh anaknya sendiri.

.

.

.

Semuanya bermula ketika pertemuan pertama mereka di kedai serbaneka biasa.

Hanya seorang Kim Woo Seok bekerja sementara dia menunggu masa untuk dia debut, sambil dia boleh buat duit.

Sampailah dia bertemu dengan Aira yang rajin ke kedai dia bekerja. Walaupun gadis itu selalu mengelak untuk bertentang mata dengannya, Woo Seok rasa senang dengan keberadaan Aira.

Dia selalu menunggu, setiap hari untuk kedatangan Aira.

Di situlah perasaan sayangnya berputik. Rasanya terbeban bila dia berhenti dan sudah tak bertemu dengan gadis itu.

Sampailah takdir membawa mereka untuk bertemu lagi di sebuah fanmeeting kumpulannya, Up10tion.

Pada mulanya Woo Seok tak mengenalinya, tapi bila bertentang mata, barulah dia ingat siapa gadis itu. Dan dia terjumpa satu nota yang terselit saat dia ingin menandatangani album tersebut.

'Awak masih ingat saya?'dan soalan itu dijawab dengan ya.

Paling mengejutkan, Woo Seok menulis nombor telefonnya di nota itu secara senyap-senyap dan berakhir mereka berhubung melalui telefon.

[C][15+]The World Of Husband And Wife || 우석Where stories live. Discover now