03

123 13 53
                                    

Tanpa Aira dan Yo Han sedar, selain dari seorang manusia misteri tadi, ada lagi yang menyedari akan mereka.

Tak lam tak bukan ianya Woo Seok.

Bila dia lihat Aira dan Yo Han saling dekat antara satu sama lain, jauh dalam lubuk hatinya dia cuba untuk memberi peringatan bahawa Yo Han tu sahabatnya.

Tak mungkinlah Yo Han akan khianati Woo Seok, dan Aira juga bukan seseorang yang mudah beralih hati.

Tapi jiwanya terasa marah, mendidih dan rasa seperti mahu melanggar Yo Han dengan keretanya saja. Nasib baiklah rasa sayang dia pada jejaka itu sebagai seorang kawan menghalangnya dari berbuat begitu.

Silap-silap mati awal si Yo Han.

Stereng kereta digenggam erat. Woo Seok menarik nafasnya sebelum memandu dan berhenti betul-betul di depan Yo han dan Aira.

Aira yang menyedari akan kereta Woo Seok terus berhenti bersembang dengan Yo Han. Takut.

Takut kalau Woo Seok akan keluarkan sisi setan dia tu bila-bila masa je.

(Tudia sisi setan😂)

Tingkap kereta diturunkan, menampakkan wajah Woo Seok yang memandang kedua manusia di hadapannya ni.

"Ehem, seronok sembang, tak perasan ke saya datang?"tanya Woo Seok pada Aira, seolah-olah Yo Han tak ada pun kat situ.

Tapi Yo Han kisah apa, dia biar je diorang nak sembang pape.

"Ehe, sori...tak perasan lah..."Aira tersengih. Rambutnya dimain-main tanda dia memang rasa akan jadi sesuatu nanti.

Kemudian wajah Yo Han dipandang Woo Seok.

"Kau buat apa kat sini? Jauh nau dari dorm,"tanya Woo Seok padanya.

"Kalau naik tren mana jauhnya hyung...nak jumpa kawan je hak alah,"Yo Han yang tahu nada suara Woo Seok tu menjawab tenang. Macamlah dia tak tahu yang hyung dia tu tengah panas kat dalam.

"Hmm, yelah. Ha, Aira, jom. Masuklah,"kata Woo Seok membuatkan Aira terus masuk dalam kereta.

"Hyung, janganlah nak jeles sangat, aku bukannya nak bini kau date aku ke apa,"Yo Han sempat berbisik pada Woo Seok. Woo Seok menunjukkan muka menyampah.

"Sudahlah kau, jangan kau rumah tangga orang, cari lah calon sendiri, wek,"Woo Seok menjelir lidah padanya sebelum menaikkan tingkap kereta dan memandu pergi.

Yo Han hanya mampu menggeleng jelah tengok perangai Woo Seok gang posesif sangat tu.

Manakala situasi dalam kereta, senyap, sunyi saja. Hanya bunyi radio saja yang mengisi ruang kosong antara mereka.

"Awak ada makan tak tadi?"tanya Woo Seok pada Aira membuatkan bahunya terhinjut kerana terkejut.

"Tak...belum lagi..."

"Hmm, baguslah, kebetulan saya ada masak tadi dekat Mi Kyung dengan Kyung Mi, jadi tak apa kan kalau awak makan tu je?"tanya Woo Seok padanya lagi.

"Tak apa, apa awak masak saya makan...hehe..."Aira menjawab dengan nada kekok saja. Woo Seok yang disebelah rasa geli hati tengok wajah cuak isterinya.

"Tenang, saya tak marah,"katanya membuatkan Aira menghela nafas leganya sikit.

"Mungkin sikit jadi jangan lega cepat sangat,"sambungnya lagi membuatkan Aira cuak lagi.

Sebaik saja mereka sampai di rumah, Aira baru berniat nak turun tapi terhenti bila pintu kereta masih belum dibuka.

"Uhh, Woo Seok? Kenapa tak buka lagi ni?"tanya sebelum berpaling ke sebelah kiri dan terkejut melihat wajah Woo Seok dekat dengannya.

[C][15+]The World Of Husband And Wife || 우석Where stories live. Discover now