Aira hanya diam, dia biarkan saja Yo Han merawat lebam di pipinya. Yo Han langsung tak bawa dia pulang ke dorm X1, risau kalau-kalau Seungwoo akan mengamuk bila tahu yang Woo Seok pukul Aira. Jadi dia bawa Aira ke dorm lamanya sebelum ni.
"Noona...mana lagi dia pukul? Yo Han nak letak ubat..."tanya Yo Han padanya. Namun Aira sekadar diam saja. Dia tak tahu mana satu bahagian yang sakit sekarang ni.
Seketika kemudian, Aira tiba-tiba bersuara.
"Sini..."tangannya diletakkan di dada sebelah kiri. Dicengkamnya bahagian itu kuat sebelum air matanya menitis.
"Hati noona sakit sangat..."katanya lagi sebelum tertunduk menangis. Yo Han memahami apa yang dikatakan Aira.
"Boleh noona...longgarkan baju? Yo Han nak sapu ubat kat belakang bahu noona, tadi Woo Seok hyung hempas noona kat dinding,"tanya Yo Han, meminta kebenaran Aira.
Aira tak menjawab, tapi melonggarkan bajunya, membiarkan Yo Han merawat belakang bahunya yang sedikit lebam akibat hentakan Woo Seok tadi.
Seketika kemudian, barulah dia menaikkan semula baju tanda tak mahu lagi dirawat.
"Noona..."
"Sudahlah tu, Han, baik noona balik je,"Aira baru berniat nak bangun tapi ditarik Yo Han semula.
"Noona, tak boleh. Woo Seok hyung akan pukul noona lagi,"kata Yo Han risau.
"Yo Han, noona kenal Woo Seok. Dia tu cuma...terbawa-bawa dengan perasaan je. Dia tak pernah sakiti noona,"Aira tersenyum hambar.
"Jadi sepatutnya dia tak patut pukul noona sekasar tu, lagi-lagi bila noona tengah mengandung, betul tak?"pernyataan Yo Han membuatkan Aira terdiam terus. Senyumannya mati.
Ada betulnya cakap Yo Han. Woo Seok sepatutnya tahu yang Aira sedang mengandung, jadi dia tak patut pukul Aira. Kalau dia terbawa-bawa dengan perasaan sekalipun, takat tampar cukuplah, tak perlu sampai sepak dan hentak di dinding.
"Noona, sini,"Yo Han secara mengejut menarik Aira ke dalam pelukan. Walaupun tersentak dengan tindakan Yo Han, Aira tak tahu kenapa dia tak menolak, mungkin sebab dia memang perlukan perhatian lagi-lagi bila tengah mengandung.
Aira terus menangis dalam dakapan Yo Han. Kecewa bila Woo Seok memperlakukannya sebegitu. Kecewa bila Woo Seok tak mampu menerima yang dia bakal pergi.
Yo Han pula, sekadar mengusap bahu Aira, membiarkan gadis yang lebih tua darinya itu melampiaskan rasa sedihnya.
"Noona..."tiba-tiba dia bersuara. Aira lantas melangut memandangnya.
"Wae?"
"Sebenarnya...Yo Han...suka noona..."Yo Han akhirnya meluahkan perasaannya pada Aira. Aira tersentak, namun dia sekadar menunjuknya riak tenang sebelum tersenyum hambar.
Dia terus menolak Yo Han dari terus memeluknya.
"Han...noona bukan nak sakitkan hati kamu atau tolak perasaan kamu tu, tapi noona akan cakap baik-baik. Noona ni isteri orang, isteri Woo Seok, kamu tak sepatutnya sukakan noona betul tak?"kata Aira padanya. Serius Yo Han malu sangat sekarang ni. Aira kemudiannya meraih tangan Yo Han.
"Noona cuma suka dan sayangkan kamu sebagai seorang adik. Adik yang melindungi kakaknya. Ada banyak lagi perempuan yang nak dekat kamu,"
"Tapi...noona berbeza..."tingkah Yo Han membuatkan Aira tertawa kecil.
"Han, ada orang ajar noona, bunga bukannya sekuntum. Ada banyak lagi, tapi hanya ada satu yang padan dengan kamu. Bunga itulah yang takkan layu bila bersama kamu, sebab kamulah baja, air, dan matahari yang padan dengan dia,"Aira tersenyum sikit.
![](https://img.wattpad.com/cover/223354137-288-k133231.jpg)
YOU ARE READING
[C][15+]The World Of Husband And Wife || 우석
FanfictionCredits to: @-Kayla_Hyunjie- for the awesome cover 15+ Kisah seorang suami isteri yang berbeza kehidupan masing-masing. Si suami seorang idol, sentiasa sibuk dengan jadualnya lagi-lagi ketika bakal comeback. Manakala si isteri hanya gadis biasa yang...