(Recommend song-Over and Over Again cover by Seungsik)
Woo Seok duduk di depan cermin. Disebabkan air matanya menitis jatuh tadi, dia harus melakukan make-upnya semula.
"Han Sung Joon imnida," suara gadis itu masih bermain-main dalam fikirannya. Woo Seok mengeluh berat. Dia betul-betul tak menyangka semua ni.
Siapa gadis tu tadi? Trainee baru? Wajahnya, perlakuan dan suara semuanya sama dengan Aira. Bezanya cuma rambutnya dipotong pendek.
"Woo Seok, dah siap,"kata stylistnya bila Woo Seok ralit dalam fikirannya sendiri. Dia lantas tersedar dan mengucapkan terima kasih pada stylist tu.
Bila dia keluar dari ruang persalinan, dia masih nampak bayang gadis tu. Maknanya dia tak bermimpi.
"Woo Seok, dah siap? Kita kena cepat ni,"tanya directornya pada Woo Seok. Woo Seok dengan lemah mengangguk. Dia harus ketepikan hal peribadinya terlebih dahulu.
"Kejap, boleh saya tahu, siapa dia sebenarnya?"tanya Woo Seok pads director tu.
"Dia baru masuk sebagai trainee dekat sini. Kami rekrut dia untuk berlakon sebab dia juga berlatih sebagai pelakon, tapi pada masa yang sama sebagai idol. Nama dia Han Sung Joon, umur dia baru 18 tahun,"ujar director tu pada Woo Seok.
Woo Seok terdiam. Nampaknya umur Sung Joon lagi muda dari Aira. Tapi macam mana muka dan suara semuanya sama? Macam tak ada beza langsung.
Dia lantas berjalan ke set. Apa yang dia nampak hanyalah Sung Joon yang menunggu di set tadi.
"Maaf, aku...ada kerja kejap tadi..."ujar Woo Seok, tapi dia tak menggunakan bahasa yang biasa digunakannya. Dia tak mahu gunakannya bahasa yang dia selalu guna dengan Aira pada gadis tu.
''Tak apa. Saya tak tunggu lama pun,"Sung Joon mengukirkan senyuman pada Woo Seok.
Sama, semuanya sama.
Siapa sebenarnya dia? Nak kata kelahiran semula Aira...ianya mustahil.
"Satu hari dia akan kembali di sisi hyung,"
"Satu hari nanti saya akan kembali pada awak,"
Atau mungkin ianya tak mustahil?
Waktu rehat...
"Ddadda! Janganlah lari jauh-jauh!"jerit Mi Kyung sambil memegang tali sawat milik Ddadda yang lari semasa dia membawa Ddadda berjalan-jalan di sekitar syarikat.
"Unnie, jangan jatuh pulak, Ddadda tu taklah kuat mana nak tarik,"sindir Kyung Mi pada Mi Kyung. Mi Kyung memuncung.
"Amboi. Makin besar makin kuat menyindir,"kata Mi Kyung membuatkan Kyung Mi terkekeh.
Sedang dia terkekeh, tanpa sengaja dia terlanggar seseorang.
''Akh, mianhae!"terus dia kalut meminta maaf. Gadis yang dilanggarnya tu tertawa.
"Tak apalah, kamu tak sengaja pun!"ucap suara tu membuatkan Mi Kyung dan Kyung Mi terkejut. Mereka melangut dan memandang gadis tu.
"Jadi kamu berdualah Mi Kyung dengan Kyung Mi?"gadis itu menyamakan ketinggiannya dengan mereka.
"Mana...unnie tahu nama kami?"tanya Mi Kyung membuatkan gadis tu sedikit tersentak namun dia sekadar tersenyum.
"Kamu berdua boleh dikatakan buah mulut semua orang dekat sini. Ah, nama unnie Han Sung Joon. Kamu berdua dah besar ye, dah 5 tahun..."Sung Joon mengusap kepala mereka berdua.
"Mana unnie tahu umur kami?"Mi Kyung pelik. Jarang staf-staf disini nak hafal umur diorang, kadang-kadang tu tersalah sebab diorang jarang nak datang sini.
YOU ARE READING
[C][15+]The World Of Husband And Wife || 우석
FanfictionCredits to: @-Kayla_Hyunjie- for the awesome cover 15+ Kisah seorang suami isteri yang berbeza kehidupan masing-masing. Si suami seorang idol, sentiasa sibuk dengan jadualnya lagi-lagi ketika bakal comeback. Manakala si isteri hanya gadis biasa yang...