15

97 10 22
                                    

(Recommend playlist:To My Youth-BOL4)

Bunyi bising dari fanmeeting membuatkan mata Woo Seok terbuka luas.

Ya...dia bukan di dalam bilik, tapi di sebuah fanmeeting Up10tion semasa mereka mula-mula debut dulu.

Woo Seok bingung, buntu. Apa yang dia buat dekat sini?

"Annyeonghaseyo,"suara yang cukup dikenalinya menyapa. Woo Seok teeus melangut dan memandang wajah gadis yang memanggilnya.

"Annyeong~~bokeh bagitahu nama awak?"Woo Seok secara tiba-tiba bersuara sendiri. Padahal dia tak mahu bersuara, tapi tubuhnya seakan-akan bergerak sendiri.

"Han Aira imnida,"Woo Seok memang dah agak. Ianya Aira...

Walaupun bingung dengan apa yang sedang berlaku, dia tetap menyukainya. Seperti dia berada di tempat dia mengembara semula kenangan-kenangan terindah mereka.

Kemudian dia ternampak satu sticky note dilekatkan pada gambarnya.

'Awak masih ingat saya?'Woo Seok tersenyum mengenangkan pertemuan pertama mereka. Sudah tentu dia masih ingat Aira, dia jatuh cinta pandang pertama padanya.

Woo Seok terus menulis 'ya' dan menulis nombor telefonnya sekali sebelum menyerahkan album tu kepada Aira semula.

"Gumawo! Bye bye!"Woo Seok tertawa melihat kecomelan Aira sebelum dia turut melambai balik.

Mata dia berkedip, dan dengan sekelip mata, dia dibawa ke tempat lain. Woo Seok terkejut. Kali ni dia dibawa ke bawah pokok sakura yang bunganya mulai gugur. Memang cantik sangat.

"Woo Seok!"Woo Seok lantas berpaling mendengarkan namanya dipanggil. Aira melambai-lambai padanya sambil berlari ke arah Woo Seok.

"Hah...hah...kenapa awak nak ajak saya keluar? Tak sibuk dengan schedule?"tanya Aira padanya.

"Saya dah habiskan schedule harini, jadi sebab lapang...saya bosan jadi saya ingat nak ajak awak luangkan masa..."Woo Seok dengan malu-malu menjawab membuatkan Aira tertawa kecil.

"Saya rasa awaklah satu-satunya kawan lelaki yang saya rasa selesa,"kata Aira sambil tersengih.

Secara mengejut, satu bunga sakura jatuh di atas kepala Aira. Woo Seok tertaaa sebelum mengambilnya.

''Awak nak tahu tak, ada orang kata, kalau kita tangkao bunga sakura bila dia gugur, dan bagi pada orang yang kita suka, kita akan bersama dengan diorang,"ujar Woo Seok seraya meletakkan bunga sakura tu pada tangan Aira.

Wajah Aira memerah sebaik saja Woo Seok berkata begitu. Woo Seok turut tersenyum simpul sambil wajahnya berona merah sekali tapi fak seteruk Aira.

"Emm...emm...sejuklah pulak..."Aira terus menukar topik. Mendengarkan Aira sejuk, Woo Seok membuka skarf miliknya sebelum dipakaikan pada Aira.

"Eh, Woo Seok! Nanti awak se-"belum sempat Aira nak habiskan ayatnya, Woo Seok menutup mulut Aira dengan skarfnya.

"Apalah awak ni...tengok awak pun saya dah rasa hangat tau,"terus bertambah merah wajah Aira dibuatnya, semerah tomato! Dia menekup mukanya dengan skarf Woo Seok tadi.

"Yah, Kim Woo Seok! Berhentilah usik saya!"Aira berniat nak memukul Woo Seok, tapi Woo Seok terus lari dan tertawa. Mereka berdua berakhir dengan berkejaran di bawah guguran bunga pokok sakura.

Woo Seok teruskan lari dan lari, sehinggalah dia memasuki waktu malam secara mengejut. Dia berhenti berlari dan berdiri di tepi tebing. Indah sekali pemandangan pada waktu malam begini.

Woo Seok ingat akan momen ni. Malam sebelum tahun baru...

"Woo Seok? Kenapa awak nak jumpa saya kat sini?"tanya Aira padanya. Woo Seok menarik tangannya lembut.

[C][15+]The World Of Husband And Wife || 우석Where stories live. Discover now