salah faham

274 71 11
                                    

            Selesai sahaja Solat Jamak berjemaah mereka adakan bacaan Al-Quran. Selepas selesai Aisy terus menghalau kawan-kawanya untuk kembali ke bilik masing-masing. Nampak kejam bukan tapi ada Aisy kesah. Ini masanya untuk Aisy pula meneroka biliknya dalam masa yang sama boleh bersiap untuk dinner.

Aisy mula tour biliknya. Setelah selesai, dia pun membuka pintu almarinya untuk meletak pakaiannya tapi matanya tertacap dengan kejutan daripada Rayyan.

jeng jeng jeng

Sedang Aisy menyiapkan diri.....

"Nice... You look so pretty tonight. I like it" Berderau darah Aisy apabila mendengar suara husky milik bosnya.

"What are doing in my room? And when you in my room?" kelihatan Aisy wajah berubah merah padah bukan sebab panas ye tapi sebab marah sangat. Dia paling pantang orang kacau privasi dia lagi-lagi lelaki ajnabi macam bosnya itu.

"I datang ni nak jemput you lagi pun tempat ni I  yang punya so tak salahkan kalau I nak melawat. By the way, you look so pretty with baju yang I beli tu."

"Kau ni belajar tak dekat sekolah dulu pasal adab? Kalau nak jemput guna pintu depan rumah bukan bilik aku. Aku tahu lah tempat ni milik kau tapi aku bukan milik kau  dan kau dah bagi aku duduk bilik ni so kau kene lah jaga privasi aku juga itu pun tak kene ajar juga. Dan satu lagi, kalau  nak puji perlu ke mention kau beli baju ni. Penat lah cakap dengan orang tak reti bahasa ni..."

kesabaran Aisy semakin tipis bila depan dengan orang yang tersangat lah 'Annoying'. Habis ayat Aisy pun rasa tak betul bila marah.

"I ada belajar pasal adab tu tapi bila dengan you. I rasa adab I hilang entah kemana. You ada nampak tak adab I? And suka hati I lah nak jemput you guna pintu mana pun. Dan lagi satu pasal tempat tu betul dah but you..... Will be mine too dear." Baru Aisy nak balas kata-kata Rayyan ada pula yang yang mengacau.

"Aku dah agak dah yang kau ada dekat sini. Padanlah kau nak keluar cepat tadi."

Terbuntang mata Aisy melihat Danish, Shameer, Dzafran, Emeriz dan Raykal pun turut memasuki biliknya tanpa rasa bersalah.

"Arrrrggggghhhhh" Jerit Aisy  kerna sakit hati.



Biasanya itu cara Aisy untuk melepaskan stressnya cotohnya macam sekarang. Apabila kedengaran jeritan Aisy itu terus kawan-kawan Aisy berlari  mengetuk pintu bilik Aisy.

"Aisy kau ok tak? Kenape kau jerit?Ada apa-apa yang berlaku dekat dalam tu? Aisy buka pintu ni... Aisy!!." Bertalu-talu Soalan dan ketukan pintu di terima oleh Aisy.

"Aku ok je. Tadi aku jerit tu sebab aku stress ada tikus besar sangat dalam ni. Mula-mula ada satu lepas tu ada 5 lagi datang weh!!!" Jerit Aisy ke mereka yang berada di sebalik pintu.

"Aik.... Rumah mewah dekat sini pun ada tikus ke?" Kedengaran suara Asyqin di sebalik pintu sedikit pelik.
Kelihatan Rayyan dan member-membernya memandang  satu sama lain silih berganti. Mereka dapat agak siapa yang di maksudkan tikus itu.

"Tu lah pasal. Aku pun pelik tiba-tiba je ada.." Aisy terus mengisyaratkan mereka 6 untuk pergi tetapi macamlah tak kenal dia orang jenis keras kepala.

"Kalau kau takut, meh sini buka pintu. Aku tolong bunuhkan." kata Yuhanis.

"Tak pe.... Tak pe.....  Sebelum kau bunuh benda ni, baik aku yang tamatkan riyawat masalah ni dulu."

Aisy mula membuka langkah untuk berlawan dan mula mengisyaratkan tangan untuk mereka maju kehadapan tetapi tiada siapa berani maju.

"Kalau tak nak malam ni solat jenazah beramai-ramai. Sila keluar sekarang! Kalau nak jemput girls, ikut pintu depan sana bukan sini."  kata Aisy dengan separuh berbisik dengan nada tegas.

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now