agree or forget me?

102 3 4
                                    

Suasana menjadi sepi, tidak tahu bagaimana hendak mulakan. Aisy mengisyaratkan matanya ke kawan-kawannya yang lain agar membawa mak saudarannya itu pergi. Aisy hanya tidak mahu segala hal yang di lakukan olehnya diketahui oleh mak saudarannya. Jika terlalu lama di bilik dekan mahu pecah tembelangnya.

"Hey, Zinnirah! Kenapa senyap je ni? Tak suka ke mak su balik Malaysia? Korang semua pun tak kan tak suka ke mak su balik?" pelik Ameera melihat anak sedara itu yang bertingkah seperti cuba sembunyikan sesuatu. Yang lain hanya saling bertukar pandangan sambil menyegol satu sama lain.

"Hah! Zinnirah... Suka je mak su balik. Yang lain pun suka. Betul tak?" laju sahaja kawan-kawannya yang lain bersetuju.

Mak su Ameera memandang satu-satu muka mereka untuk mencari kebenaran yang di kata dengan mata helangnya. Terus Aida bertindak untuk menyelamatkan keadaan sebelum suasana semakin memburuk.

"Mak su! Kita orang banyak benda nak ajak berborak dengan mak su. Sambil-sambil tu, kita orang boleh juga tunjuk kawasan kolej. Bolehkan dekan?" belum sempat dekan menjawap Aisy terlebih dahulu memberi kebenaran.

"Pergi jelah! Dekan mesti tak kesah. Emm... Yelah mak su pun alumni sini tak akanlah tak boleh nak mengamit kenangan. Betulkan dekan?"

Dekan hendak tergelak melihat riak muka Aisy yang cuak sambil memberi isyarat mata meminta bantuan untuk memberi kebenaran untuk kawan-kawan membawa ibu suadaranya keluar.

"Pergilah! Kebetulan, saya pun ada benda hendak berbincang dengan Aisy." mendengar kebenaran itu, terus mereka menarik keluar mak su Ameera yang masih dalam kebingunggan. Terlepas bebanan yang menghempap kepala Aisy.

"Bahahahhaha. Bagus, lakonan kamu ye Aisy dah boleh dapat award ni! Jarang nak nampak muka kamu cuak macam tu." Aisy hanya mampu bersabar sahaja melihat dekannya itu mengetawakannya.

"Ehmm... Ok ok, kita cakap serius pula. Apa hal yang penting sangat Aisy nak bincangkan tu?" kata dekan yang mengontrol semula emosi dia kembali sambil menyapu air mata yang tersisa di tubir matanya. Aisy hanya menghela nafasnya. Tabahlah nasib.

Lalu Aisy menceritakan masalah yang berlaku di bilik MPP. Apabila dekan dengar sahaja cerita itu terus menggelengkan kepala. Tergamam dekan dengar cerita Aisy itu. Dekan sendiri rasa ini bukan pentanda yang baik. Dan juga dia naik hairan dengan keberanian Aisy yang seakan-akan tidak kisah akan hidup atau mati dia ketika membuat keputusan.

"Kamu ni suka buat keputusan sendiri. Saya yang bagi posisi kamu sekarang. Alih-alih, senang saja kamu buat bet macam ni dan saya tak tahu reaksi ayah kamu kalau tahu pasal ni. Kalau jadi kamu yang kalah kali ni macam mana?" tampak wajah dekan merisaukan Aisy. Aisy hanya tersenyum bersahaja.

"Jangan risaulah dekan! Macam tak kenal je saya macam mana. Ni Aisy Hur Zinnirah lah! I never gave my opponent a chance to win."

Dekannya hanya mampu geleng-geleng sahaja kepala melihat tingkah anak buah satunya itu.

Setelah selesai urusannya, terus Aisy meminta diri untuk pergi ke ibu saudara pula. Dekan hanya tersenyum kecil dan hatinya tercuit setiap kali melihat telatah gadis 19 tahun itu.

Selain Aisy anak emas kolejnya, Aisy juga adalah anak kawan baiknya yang telah menjadi antara ustaz popular di Malaysia. Kerana itu, dia begitu menjaga dan merawat Aisy seperti anaknya sendiri. Itu mungkin salah satu sebab Aisy jadi macam kamu semua boleh nampak sekarang.

###############################

Bunyi detuman barang pecah dari bilik Rayyan membuat mereka yang berada di ruang tamu bergegas ke bilik Rayyan.

"Arggghhh... Apa masalah kau perempuan? Susah sangat ke kau nak faham aku? Ha! Aku ingat kau boleh faham aku, setia dengan aku tapi... Rupanya tak pun! I NEED YOU MY DEAR! Tak kan itu tak faham. Aish!!!" kedengaran Rayyan mengamuk memaki seseorang. Padahal dia seorang sahaja di dalam bilik itu.

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now