Di sebalik dia

222 43 0
                                    


'Bamm' bunyi pintu di hempas.

Rayyan merebahkan badannya di atas katil. Rambutnya dikusutkan menunjukkan fikirannya terganggu. Panas hatinya melihat kemesraan Aisy dan Raykal di kafe. Aisy seperti sengaja menyiram minyak ke api amarahnya supaya semakin marak.

"Dia dah buta ke apa? Dah tahu aku marah bukan nak tenangkan aku ke. Jauhkan pula nak pujuk aku. Dah tu sibuk melayan si Raykal. Apa yang dia pandang sangat dekat Raykal pun aku pun tak tahu. Bukan dia tak tahu aku tak suka dia rapat dengan lelaki lain. Haish..." Omel Rayyan.

Pandangannya tertumpu di syilen. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

"Tak apa, kau nak sangatkan main dengan aku kan so aku ikut jelah. Kita tengok siapa yang kalah dan siapa yang menang."

   Pintu bilik Aisy dikuak oleh tuan empunya. Kelihatan wajahnya letih walaupun bukan buat apa pun cuma latihan speking untuk MUET sahaja. Lalu dia merebahkan diri di atas katil. Namun fikirannya melayang apabila terkenang perubahan drastik Rayyan di dalam perbincangan speaking MUET. Lirikan mata tajam Rayyan tak lepas melihatnya.

'Apasal dengan mamat annoying tu? Mula-mula ok je tapi bila aku ajukan point aku terus dia tolak mentah-mentah. Ingat dia hebat sangat ke? Dah lah lepas latihah terus hilangkan diri. Aaah malas aku nak fikir pasal dia buat semak kepala je.' gertus Aisy.

Tiba-tiba dia merasa katil sedikit meledut ke bawah. Terus dia memalingkan melihat sisinya.

"Apahal kau tak bagi salam sebelum masuk dan ketuk pintu? Suka hati je!" tegas Aisy kepada sahabatnya itu.

"Amboi, Kau nak pintu roboh ke? Salam pun aku dah bagi berkali-kali. Kau je tak dengar sibuk sangat fikir pasal Mr. Anoying AKA boss kau tu. Aku tahu kau nak bantah tapi jangan nak tipu aku. Orang lain kau boleh tipu tapi bukan aku." Aida seperti ada tahu-tahu sahaja Aisy cuba menafikan kebeneran yang tidak terungkap.

Aisy hanya membuat muka tanda dia kalah. Betul katanya, Aida umpama otak keduanya sebab apa saja di dalam fikiran pasti Aida akan dapat tebak dengan betul.

"Aisy! Kenape kau tak pujuk boss kau tu? Tanya dia apa masalah dia bukan salah pun. Aku tahu dari tadi kau asyik terfikirkan tentang boss kau tu. Jangan lah ego sangat. Kalau kau ego dia ego macam mana nak jumpa jalan penyelesaian."

Aisy hanya terdiam mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dalam masa yang sama dia sibuk menanggalkan tudung yang terlilit di kepalanya.
Sambung Aida lagi.

"Minta maaf tu bukan tanda kita kalah. Tapi tanda kita menang dalam merendahkan ego. Tak semua orang mampu merendahkan ego tau. Aku malas nak cakap banyak lagi pun kau boleh fikir apa yang patut kau buat sekarang."

"Tapi dia tu perangai macam budak-budak sangat. Asyik-asyik aku je yang kene mengalah dia je yang menang. Macam dia sorang je ada perasaan habis aku tak ada. Dah lah aku tak tahu apa masalah dia tiba-tiba nak angin satu badan. Entah apa-apa. Kau sendiri dengarkan aku ada tanya kawan-kawan dia tapi dia orang suruh aku tanya Rayyan sendiri. Dah lagi aku tak tahu tu salah aku ke tidak. Haish.... Cuba perangai dia macam Raykal tak ada lah aku nak marah sangat." sekali bebel Aisy boleh berdarah telinga tau.

Aisy geram bila teringat perangai mengada-ngada Rayyan seperti semua orang tahu pasal dia. Padahal Rayyan tak pernah sekali pun cerita tentang dirinya kepada Aisy. Tak ke annoying namanya.

"Dah nama pun lain Rayyan dengan Raykal. Even, diaorang tu sepupu tak kan nak sama perangainya. Mungkin Rayyan ada history dia sendiri kot? Sebab tu perangai dia macam tu." kata Aida memberi pandangannya terhadap sifat annoying milik Rayyan. Aisy hanya membuat muka tidak kesah sambil memadang Aida.

"Whatever! Ikut dia lah malas aku nak fikir. Baik aku mandi lepas tu solat nanti pukul 3:00 latihan Writing pula. Dan kau dengan segala hormatnya dipersilakan keluar dari bilik aku." halau Aisy kepada Aida. Walaupun begitu tak pernah dia ambik hati dengan Aisy.

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now