Hadirnya dia.

207 31 3
                                    

Pang... Bunyi file di hempas dengan kuat.

Suasana bilik mesyuarat pada awalnya bising kini terdiam seperti kubur. Mata helang Aisy menikam setiap wajah yang berada di situ.

"Korang buat kerja apa sampai laporan yang merapu-rapu korang hantar dekat aku? Lain aku minta lain korang bagi! Korang ingat aku ada masa ke nak main-main? Kalau tak faham tanya aku! Ini tak, bila aku tanya kata faham. Kalau faham, tak adanya hasil macam ni." berang Aisy dengan suara agak meninggi.

Apabila dia melihat laporan seluruh exco yang di hantar kepadanya. Dia boleh terima kalau mereka yang buat-buat faham tapi laporan ok. Tapi kalau dah macam 2 kali 5 laporan hancur semua exco . Siapa sahaja tak marah?

"Eh, apahal kau ni! Sedar diri tu sikit! Kau baru jadi penolong YDP, dah gila kuasa. Selama ni pun ok je kita orang hantar laporan dekat YDP. Aiman sebagai YDP pun tak komen. Tak ada pula melebih-melebih macam kau ni." bentakan Sheikh sebagai setiausaha merangkap orang ke percayaan YDP.
Aisy hanya tersenyum senget. Matanya memandang tajam lalu dia dengan tenang berkata.

"Padanlah, aku tengok kolej ni macam tak ada MPP. Dah lah, buat kerja dengan laporan korang asal buat je! Aku tengok macam tak ada usaha langsung!" perlian Aisy membangkitkan kemarahan semua MPP yang lain. Aisy hanya memberi penyataan yang selama ini dia perhatikan. Sambung Aisy lagi...

"Kau dengar ni! Aku cuma suruh, korang tambah dalam laporan cara penyelesai dan penyebab budak-budak buat masalah itu sahaja. Tak akan itu pun susah? Yang lain ikut laporan yang biasa korang buat. Aku ni, kalau tak kenang nanti aku kena soal dekat akhirat dengan Allah. Tak ada maknanya aku nak masuk campur urusan MPP ni. Buat semak otak je." bidas Aisy dengan kembali tenang.

Kawan-kawan Aisy hanya tersenyum daripada tadi hanya menonton. Bukan mereka tidak mahu menolong Aisy, tapi kalau Aisy dalam keadaan marah lebih baik mereka di nasihatkan untuk tidak mengikut campur. Belum tentu riak wajahnya tenang menandakan dia sudah tenang juga. Nasyirah berdengus melihat Aiman tidak mengambil tidakan atas perilaku Aisy itu.

"Habis tu, kau tu hebat sangatlah! Elah sendiri pun suka buat masalah." sindiran Nasyirah merangkap penolong YDP mendapat sokongan daripada MPP yang lain. Aisy masih lagi tenang namun auranya kian bertukar.

Pak... Meja di tepuk kuat oleh Aisy. Terdiam semua yang berada di situ.

"Aku bagi korang 2 pilih sama ada ikut cara aku selama 2 bulan ni atau sekarang juga aku lucutkan jawatan korang. Korang kena ingat aku boleh buat apa sahaja termasuk lucutkan jawatan, selama mana korang semua bawah kendali aku. Kalau nak mengadu dekat dekan tentang ni, di persilkan. Aku sikit pun tak kesah tapi tengoklah nanti, dekan ambil tindakan atas aku atau pun korang semua. Pilihlah! aku bagi masa sampai petang ni sahaja. Kalau nak cara yang pertama, hantar laporan baru yang mengikut apa yang aku nak. Kalau cara kedua, jangan hantar laporan sampah dekat aku." terus Aisy beredar di susuli rakannya yang lain.

Sempat juga Asyqin mengucapkan hwiting seakan-akan menyindir kepada MPP. Mereka yang cabar Aisy tunjukkan sisi lain. Nasib merekalah, mengejutkan monster yang sedang tidur.

"Aisy! Aisy! Berhenti!" Aisy memberhentikan langkah apabila mendengar panggilan suara seorang lelaki. Lalu dia memusingkan badannya memandang lelaki itu termengah-mengah akibat mengejarnya.

"Aisy, maafkan lah diaorang. Kau janganlah ambik hati sangat dengan diorang tu." Aisy hanya mengangkat kening tanda pelik mendengar permohonan maaf Aiman itu. Apa pasal pula YDP pula yang minta maaf? Bukan dia yang patut minta maaf.

"Kau YDP kan? Sepatutnya kau lebih tegas ini tak, kau nampak kesalahan diaorang tapi kau tak nak tegur. Aku tak hadap pun permintaan maaf kau tu. Yang aku nak sekarang, suruh anak buah kau jaga adab dan akhlak tu sikit. Satu lagi, aku tak ada niat pun nak ambik alih kuasa kau tapi aku hanya nak betulkan kesilapan kau buat kepada anak-anak buah kau. Ingat Aiman, seorang pemimpin yang baik apabila dia menerima banyak kecaman bila melakukan perkara yang betul bukan jadi seorang pemimpin yang di sanjung tinggi tapi membuka ruang untuk ke arah kejahatan." kata-kata Aisy membuat Aiman terkedu seketika. Manakala Aisy hanya meninggalkan Aiman berseorangan di ikut oleh rakan-rakannya.

Selama ini dia hanya perhatikan sahaja pentadbiran kolejnya itu. Budak MPP dengan bukan budak MPP sama sahaja macam tiada beza. Aisy memang nakal tapi dia ada sebab yang tersendiri kenapa dirinya begitu. Peribadi Aisy akan berubah mengikut situasi. Apabila memerlukan ketegasan dia perlu menjadi serious begitu juga sebaliknya. Itu yang ajar oleh ayahnya, bukan setiap masa kita boleh bermain.

Telefon vivo Y30 di atas meja menjerit-jerit meminta tuannya menjawap panggilan tersebut. Namun Aisy hanya memgerling seketika. Dia sudah tahu gerangan yang menalifon. Bukan dia tidak mahu menjawap panggilan tersebut tetapi sekarang Aisy sangat sibuk menyemak laporan yang baru dihantar oleh semua MPP.
Teman-temannya yang lain sudah pandang satu sama lain dan juga naik rimas mendengar rington telefon bimbit milik Aisy.

"Aisy, angkat je lah phone tu! Bisinglah lari ketenangan dalam bilik." kata Asyqin yang sibuk membuat nota pelajaran.

Aisy hanya mengedahkan ucapan Asyqin. Tiba-tiba Aida mengambil telefon tersebut lalu memjawap sambil mengerling wajah marah Aisy. Aida menghulurkan phone kepada pemiliknya. Namun sempat di tolak oleh Aisy tetapi Aida mengisyaratkan dengan tegas supaya jawap juga.

"Kau kenapa tak jawap call aku? Buzy sangat ke jadi MPP sampai tak boleh angkat call aku? Kenapa tak beritahu aku pasal kau dah jadi MPP tu dekat aku? Kalau kau nak, aku boleh tolong cakap dekat dekan kau tak payah denda macam tu." belum sempat Aisy memberi salam. Rayyan sudah menghujankan soalan. Disebabkan itu lah Aisy malas nak angkat call Rayyan.

"Boleh tak tanya tu slowly. Ini tak, serbu ikut suka hati je. Dah lah tak bagi salam. Hish..."

"Assalammualaikum Aisy! Puas hati? Sekarang I nak kau jawap soalan I. Ok dear!" Aisy hanya memutarkan bebola matanya. Rimas Aisy dengan kelakuan Rayyan yang nak tahu semua benda tentangnya.

"Waalaikummusalam. Aku buzy sangat sekarang so jangan kacau. Boleh tolong tak? Jangan menyibuk hal aku. Aku tahu kau ada pasang spy intip aku kan? So buat apa nak tanya kalau dah tahu jawapannya. Aku nak ingatkan kau, jangan kacau atau call aku kalau benda tak penting. Dahlah bye." Aisy terus memutuskan talian sebelum menerima jawapan daripada
Rayyan. Rayyan yang agak berang diperlakukan sebegitu, terus dia menalifon anak buahnya.

"Hello! Aku nak kau pastikan Aisy sentiasa selamat dan tak rapat dengan lelaki lain. Faham!" arah Rayyan kepada anak buahnya itu.

"Tak apa, aku maafkan kau kali ni je Aisy. Kalau kau buat lagi kau tahu lah nasib kau lepas ni." kata Rayyan sambil memandang pemandangan di luar tingkap. Senyum sinisnya menghiasi bibirnya.

Skip...

Setelah menyemak laporan, Aisy baru teringat hendak menghantar buku kerjanya kepada Ustaz Amir guru Arudhnya. Terus dia bergegas ke bilik guru seorang diri. Memandangkan kawan-kawannya yang lain sudah pergi ke surau sementara menunggu azan asar.

Sebaik sahaja Aisy berpaling melangkah keluar dari bilik lecture/ guru lelaki, seorang lelaki berdiri tegap di hadapannya. Aisy agak kebelakang sedikit akibat terkejut.

"Assalammualaikum ukhti, buat dekat sini?" tanya lelaki itu dengan lembut sambil badannya bersandar di dinding. Aisy cuba berlagak tenang apabila dia tahu gerangan lelaki tersebut.

"Waalaikummusalam, hantar buku. Tumpang lalu ye." kata Aisy tanpa nada. Dia tidak tahu kenapa setiap kali dia berjumpa dengan lelaki itu pasti hatinya tidak tenteram.

"Ukhti takut kalau saya kenal ukhti ye? Jangan risau rahsia ukhti saya simpan elok. Macam mana khabar Ustaz Badrul? Sihat?" senyuman manis bak gula yang dilemparkan oleh Ustaz Azhar itu di jawap dengan senyuman sinis Aisy.

"Kenapa nak tanya ana? Kalau ustaz boleh tanya sendiri. Baguslah, kalau ustaz tahu apa yang patut buat. Ana rasa anggaplah kita berdua ni macam tak pernah bertemu. Dan satu sahaja peringatan ana, jangan campur urusan ana!" lalu Aisy meninggal Ustaz Azhar dengan jelingan maut. Lelaki itu hanya menggelengkan kepala lantas tersenyum kecil. Dengan nada perlahan dia berkata.

بإذن الله تزوجتك."

bi'iidhn allah tuzawajatuk."











Ok guys! macam mana?

Korang mesti penasarankan Aisy ni siapa sebenarnya? Sapa ustaz Azhar?

Bacalah sampai habis ok!!!

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now