dare me? go hell!

358 23 12
                                    

Kemunculan Aisy di sebalik pintu membuat suasana bilik tayang tiba-tiba seperti kubur. Aisy hanya menghela nafas lalu menapak ke arah semua exco muslimah di hadapan bilik tayang yang berhadapan dengan penghuni kolej kediaman.

"Diaorang nampak aku, macam nampak hantu." desis Aisy apabila sentiasa menjadi pusat perhatian ketika dia hadir sesuatu tempat.

"Eh, Aisy! Kenapa kau ada dekat sini? Kau kan tak sihat. Better kau berehat jelah." sapa Nasyirah dengan prihatin.
Safarina sebagai exco kelestarian mengangguk setuju dengan apa yang di katakan oleh penolong YDP itu. Aisy hanya tersenyum senget.

"Kalau aku sakit aku tak datang sini. Faham! Dah, abaikan aku dan teruskan bahagikan tugas. Lepas gotong-royong ni, aku ikut juga Safarina cek bilik. Ok?" Safarina hanya mengangguk sahaja. Takut pula apabila membantah arahan ketua barunya itu. Nasyirah hanya menjeling Aisy sekilas dengan perasaan geram. Aisy menyedari tidakan rakan sekerjanya itu tapi ada dia kesah.

Laila meneruskan kerja tertanguh tadi. Wawa membisik di telinga Asyqin.

"Asyqin ada orang rasa tercabarlah dengan Aisy." Asyqin hanya terseyum sinis.

"Dia bukan lawan Aisy lah." balas Asyqin dengan perlahan. Lalu mereka semua melaksanakan tugas yang di berikan oleh Laila.

Skip...

"Siapa punya katil tak kemas ni? Ni bilik Hawa kan. Ketua bilik panggil semua ahli bilik berkumpul sekarang. Tiada siapa yang terkecuali." Arah Safarina kepada ketua bilik. Aisy hanya mendiamkan diri dan memantau kerja apa yang di lakukan oleh anak buahnya itu.

Bbuk... Aisy sedikit terdorong ke hadapan apabila di repuh oleh gadis kecil. Aisy hanya perhati sahaja tingkah kalut gadis itu meminta maaf. Aisy hanya memberi isyarat tangan tanda tiada apa-apa. Terus gadis itu bergegas ke tempat pengumpulan biliknya.

"Awak punya katil ke yang tak kemas tu?" tanya Safarina kepada gadis yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tersebut. Gadis itu hanya menundukkan kepala dan mengangguk perlahan. Aisy hanya perhatikan tingkah laku gadis itu.

"Kenapa tak kemas katil? Tugas bilik korang kena buang sampah je. Tak akan itu ambik masa yang lama. Ahli bilik yang lain semua dah ada bilik awak je tak ada. Awak buat apa lepas gotong-royong tadi? Baju sampai basah macam tu." gadis itu masih lagi terdiam dan hanya menundukkan kepala apabila mendengar suara Safarina sedikit meninggi. Kelihatan badan gadis itu tergetar-tegar menahan rasa takut.

"Awak ni ada mulut ke tidak?" tanya lagi Safarina dengan tegas. Gadis itu masih tidak menunjukkan tanda ingin menjawab persoalan itu. Sebaliknya, gadis itu semakin ketakutan dengan situasi tegang di situ. Aisy hanya mendehem kecil menarik perhatian sekelilingnya.

"Safarina terus jelah bagi denda. Kau tanya budak ni belum tentu dia jawap soalan kau." kata Aisy bersahaja. Safarina baru sahaja nak membangkang terus dapat jelingan maut daripada Aisy. Terus dia membatalkan niatnya itu.

"Ok lah. Ahli Hawa, denda korang kena kemas surau selama 2 hari ni pada setiap kali lepas solat. Kalau saya tak kemas saya tahu nak cari sapa. Faham!" ahli bilik hawa hanya mengangguk sahaja apabila mendapat arahan. Kalau melawan, biadap namanya. Yelah, lawan cakap senior dan MPP. Nasib baik tau, bukan Aisy yang bagi denda. Kalau tak, lagi teruk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Telekung putih bersulam itu di lipat elok lalu di sangkut pada tempat asalnya. Aisy mengerling jam dinding surau takwa milik kolejnya itu.

Jam menunjukkan 2:20pm. Sempat dia melihat sekelilingnya yang agak tidak terurus kebetulan pula waktu itu sunyi dan ramai yang lepas solat terus balik ke kediaman.

'Bukan patutnya Bilik Hawa ke yang kemas?' Persoalan itu muncul di benak Aisy. Lalu dia duduk di sebalik tiang apabila mendengar bunyi pintu di buka dengan kasar.

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now