sesi pembelajar.

279 58 2
                                    


6:00 Am

Bunyi alarm handfone menyadarkan Aisy daripada tidur. Maka berjalanlah tangungjawab Aisy mengejut yang lain untuk bangkit dari alam khayalan dan Aisy mengajak mereka untuk solat subuh berjemaah. Mereka hanya menurut walaupun mata masih lagi tertutup berjalan pun huyung-hayang.

Setelah selesai mereka solat berjemaah. Mereka akan ada yang tidur balik dan ada yang tak. Kalau Aisy memang tidur baliklah.

Siapa perangai macam Aisy ni? Cuba mengaku.

Tapi sebelum tidur kembali dia membaca surah Al-Hasyr ayat 22-24.

Kelebihan ayat ini adalah Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 22-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;

1. Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.

2. Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.

3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.

4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.



Skip.....

"Aisy bangun... Aisy bangun... AISY BANGUNNNNNN!!!!!" Aisy tersentak dari tidurnya.

Aisy memandang gerangan yang mengejutnya macam nak bagi orang sakit jantung. Lalu Aisy tidur kembali dan menutup kepadanya dengan bantal.

"Weh,Bangunlah!!! Aku kejut kau bukan untuk tidur balik. Kau tahu tak kalau kau tak bangun sekarang kau akan lambat pergi kelaslah mangkuk?" Soal Aida sambil mengejut Aisy. Aisy bila mendengar apa yang dikata oleh Aida terus bangkit dari tempat pembaringannya.

"Sekejap... Kita start pukul berapa? Kenape aku tak tahu?" bingung Aisy.

"Kita start pukul 8:30 pagi dan kau masih ada 30 minit untuk bersiap sebelum pukul 8:30 pagi. Dan untuk pertanyaan kedua, kau kan sibuk sweet-sweet dengan Rayyan semalam so macam mana kau nak tahu kalau kau pun bukan tengok kertas yang Rayyan edarkan." Jawapan Aida yang agak menyakitkan hati itu tidak diendahkan oleh Aisy.

Yang Aisy tahu sekarang dia kene pergi mandi sekarang sebelum telat ke kelas mereka. Lagi pun, bukan tak biasa kene perlikan.

28 minit kemudian.....

Aisy kelam-kabut membelit tudungnya di dalam bilik pakaiannya. Setelah dia berpuas hati baru dia keluar dari bilik pakaiannya itu

Tap... Tap... Tap... Baru melangkah 3 tapak.... Aisy dapat rasa ada benda asing di dalam biliknya. Terus dia menoleh ke arah katilnya.... Bertapa menyirap darahnya menahan marah...

"Dear~ lambatnya bersiap. Penat I tunggu you sampai I tertidur tau." Rayyan mengeyit mata dengan posisi separuh baring yang enak landing di atas katil Aisy.

Aisy rasa nak mengamuk tahap dewa bila melihat tingkah laku Bossnya semakin lama semakin annoying. Baru niatnya nak berbaik dengan bossnya itu. Tup.. Tup hari ini bossnya cari pasal balik.

"Argghhhhh" jeritan mengejutkan seisi rumah chelat tersebut.

"Apa yang buat kau buat dekat sini lagi? Tak ada tempat lain ke kau nak pergi?" Aisy dah kesah kalau kawan-kawannya dengar.

Nafasnya turun naik melihat riak wajah Rayyan yang tampak tidak bersalah. Rayyan tersenyum lalu menepuk-nepuk kecil sebelahnya seakan-akan menyuruh Aisy duduk disampingnya.

"Aisy kau dah kenapa jerit macam nampak hantu? Ke kau jerit sebab tikus semalam datang balik? Tapi bukan tikus semalam kau dah bunuh ke?" tanya Aida di sebalik pintu. Aisy mendengus perlahan.

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now