STAM? MUET?

202 35 5
                                    

Ok ni sis nak cerita apa benda stam dan muet ni.

Stam bermaksud:

Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Stam sama taraf dengan diploma/ STPM/ Matrik/ asasi dan seumpamanya.

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dikelolakan Lembaga Peperiksaan (LP) bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke universiti awam di Malaysia. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan enam.

Pangkat di gunakan dalam SMA DAN STAM:

MUNTAZ SOFI: A++++++

MUMTAZ: A

JAYID JIDDAN: B

JAYID:C

MAQBUL: D

ROSIB: G ATAU F BERMAKSUD
              GAGAL.

Subjek STAM:

BIDANG             MATA PELAJARAN
Bahasa Arab 1. Nahu dan Sarf
                         2. Insya' dan Mutala'ah
                         3. Adab dan Nusus
                         4. 'Arudh dan Qafiyah
                         5. Balaghah

Syariah           6. Fiqh
                          7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin       8. Hifz Al-Quran dan
                                Tajwid
                          9. Tauhid dan Mantiq
                         10. Tafsir dan Ulumuhu

Syarat masuk stam:

Ada SPM dan lulus SMA ada lagi tapi tak ingat dah

Cabaran mengambil STAM:

Kau kene kuatkan mentallah. Sebab memang banyak kene hafal kalau kau hafal malam sebelum periksa jawapannya kau dah tempah untuk Rasib.

Satu subjek rosib semua rosib. Contoh: Even, kau semua subjek muntaz tapi ada satu rosib pangkat kau akan di tulis Rosib.

Beza dengan SMA, 4 subjek rosib baru semua rosib.

1 subjek besar mempunyai mempunyai 2 bahagian kecil untuk satu subjek. Contoh, mantiq di bahagian A ada 4 soalan tapi wajib jawab 3. Tauhid di bahagian B mempunyai 3 soalan tapi wajib jawap 2 sahaja.

Dalam ambik STAM kene juga ambik MUET pada tahun yang sama.

Apa yang best pasal STAM:

10 bulan je korang ambik. Lepas tu korang dah merdeka. Tapi sepanjang 10 bulan tu korang kenelah pulun habis-habisan.

Korang boleh memperdalamkan ilmu pasal Islam.

Kau boleh guna ilmu STAM ni dalam kehidupan seharian kita.

MUET?

MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Komponen Ujian MUET

Terdapat empat jenis ujian dalam MUET iaitu:

800/1 (Listening/Pendengaran) – ujian mendengar selama 30 minit

800/2 (Speaking/Lisan) – ujian lisan selama 30 minit

800/3 (Reading/Pemahaman) – ujian pemahaman yang melibatkan soalan objektif selama 90 minit

800/4 (Writing/Penulisan) – ujian penulisan yang memerlukan kamu menulis esei selama 90 minit
Permarkahan


OK TQ SEBAB BACA❤

nurdinie03 istimewa tag tau...

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now