salah siapa?

256 27 2
                                    

Tuala kecil di dalam mangkuk yang isi air itu di peras oleh Ariana. Lalu meletakkan tuala kecil itu di dahi figure yang terbaring lemah di katil. Ariana menarik thermometer yang di isi bawah lidah sahabatnya itu. Kelihatan suhu badannya naik mendadak 40•c. Sepanjang dia mengenali Aisy, jarang sekali dia jatuh sakit sedemikian rupa.

"Ya Allah, Apa yang berlaku sebenarnya dekat kau ni Aisy? Kau tak pernah mendadak jatuh sakit macam ni." Sayu hati Ariana melihat kawannya sebegitu. Kedengaran pintunya di ketuk lalu di buka daripada luar. Kelihatan kawan-kawan yang lain sampai untuk membantu menjaga Aisy.

"Dia hidup lagi ke tu?" penyatan Yuhanis mendapat pelbagai habuan daripada yang lain.

"Auooo... Sakitlah!!! Gurau je tak yah ambik serious sangat." adu Yuhanis sambil mengosok bahagian yag sakit.

"Kau punya guruan tak kena tempatlah memang mendapat jawapnya." yang lain hanya menggelengkan kepala masing-masing melihat kelakuan kawan mereka yang satu itu.

"Kau memang nak aku mati ke Yu?" kata Aisy dengan suara serak. 

Matanya hanya tertutup rapat. Yuhanis tersengih, bukan maksudnya untuk menyikiti hati kawannya itu.

"Maaflah aku tak bermaksud macam tu pun." Yuhanis hanya menundukkan kepala sambil bermain dengan jarinya.

Kelakuannya amat di maklumkan oleh kawan rapatnya. Seorang yang manja, mulut lencang, hati tisu dan suka buat kesimpulan sendiri tapi baik hati itu lah perangai sebenar Yuhanis. Aisy mendengar pengakuan Yuhanis hanya tersenyum kecil.

"I know you. Jangan risau aku bukan marah pun." ujar Aisy perlahan. Masing-masing ingin tahu apa berlaku sebaik sahaja Aisy balik dari rumah Rayyan itu. Namun mereka tahu ini bukan masa yang tepat untuk menyoal hal tersebut.

"Korang, bukan 9 malam ni ada mesyuarat ke? Kenapa tak bersiap lah? Sekarang dah pukul 8:45pm. Kalau korang risau sangat pasal aku, biar Aida je teman aku dekat hostel. Ok!" mereka teragak-agak meninggalkan Aisy dalam keadaan begitu dengan Aida sahaja. Bukan apa kalau terjadi kepada Aisy, kesian Aida harus urusankan sendiri.

"Haahlah lupa pula kita orang! Aida kau jaga kawan kita sorang ni. Ok lah kita orang bersiap dulu. Bye!" sehabis sahaja Asyqin berkata, mereka pun beransur pulang ke kamar masing-masing.

Aisy hanya menghantar permergian mereka dengan senyuman. Tak sangat olehnya dalam sekelip mata kehidupan mereka berubah. Daripada budak nakal jadi budak baik sikit. Nakal bukan bererti dia jahat dan jahat tak semestinya tak boleh menjadi lebih baik. Begitulah lumrah hidup yang penuh dengan cabaran menanti.

Wajah Aisy berubah mendung apabila teringat kembali kejadian yang berlaku di HorseHouse petang tadi.

"Kenapa kau baling handphone aku? Adab kau kat mana? hah! Sesuka hati kau je buat semua benda ikut kepala sendiri. Aku tak faham otak kau fikir apa dan tak faham apa yang kau nak sebenarnya?" sembur Aisy kepada Rayyan.

Sudah lama dia hendak menanyankan hal itu. Penat sudah untuk dia faham sendiri. Bukan dia ahli nujum untuk mengetahui semua benda yang berada di otak bossnya itu.

"Kau tak faham ke buat-buat tak faham? Kau sama je dengan perempuan lain tak cukup satu lelaki. Harap ayah kau ustaz. Ceramah sini sana tapi anak macam... Betullah orang cakap, kalau mak dah pelacur memang anak ikut perangai pelacur tu juga. Semaklah aku tengok muka kau. Dasar hipokrit!" jerkah Rayyan tanpa pedulikan reaksi perubahan raut wajah Aisy apabila mendengar ayat yang di lontarkan.

"Bukk!" satu tendangan melayang mengenai wajah Rayyan. Terduduk Rayyan dalam masa yang sama terkesima. Belum pernah ada orang melayani dia sedemikian rupa.

"Tengku Rayyan! Aku benarkan kau hina, caci maki, pijak maruah aku tapi jangan hina keluarga aku terutama sekali orang yang lahirkan aku. Terima kasihlah atas kesedaran yang kau bagi. Oleh sebab tu, aku rasa kau dan aku tak patut berjumpa lagi lepas ni." terus Aisy mengambil handphone yang rosak lalu melangkah keluar dari situ. Langkahnya terhenti seketika apabila mengingat sesuatu.

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now